Gaya HidupMakan & Minum

Snek Sihat Untuk Membekalkan Tenaga Oleh Munchy’s

Pada 16 Jun hingga 6 Julai 2022 lalu, ada yang bernasib baik tak untuk menikmati pek sampel Munchy’s Crackers Plus secara percuma apabila menggunakan perkhidmatan e-hailing AirAsia Ride? Pada masa yang sama, penumpang juga boleh mengimbas kod QR di dalam kenderaan untuk membeli biskut kegemaran mereka dari kedai rasmi Shopee Munchy.

Snek Sihat Untuk Membekalkan Tenaga

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Malaysia Rodney Wong berkongsi, “Snek boleh dikatakan penting dalam diet kita untuk membekalkan tenaga pada waktu tengah hari, atau selepas bersenam. Menikmati snek yang sihat di antara waktu makan juga membantu mengekang rasa lapar dan mengelakkan daripada makan berlebihan semasa waktu makan nanti.

“Ramai warga Malaysia yang gemar makan, tetapi pengambilan makanan ringan yang tidak sihat secara kerap boleh membawa kepada masalah kesihatan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, kami di Munchy’s, mahu menyokong kepentingan memilih snek yang lebih sihat, bukan sahaja memenuhi cita rasa anda, tetapi juga menyediakan mikro nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Munchy’s Crackers Plus dihasilkan untuk pengguna menikmati snek secara sihat dengan 10 jenis nutrien yang berbeza dalam hidangan lazat yang dibakar dengan sempurna!”

Kebaikan Snek Sihat Munchy’s Crackers Plus

Munchy’s Crackers Plus boleh didapati dalam tiga perisa lazat: Original Berkalsium Tinggi, Biji Chia Berprotein Tinggi dan Bijirin Penuh Berserat Tinggi. Terdapat dalam dua saiz pek (3 pek: 300g, RM4.80 dan 7 pek: 700g, RM10.90), anda boleh membawa biskut rangup ini bersama anda ke mana-mana jua, untuk berehat bersama snek yang sihat pada bila-bila masa!

Munchy’s Crackers Plus dibuat secara penuh kasih sayang dengan 10 jenis nutrien seperti vitamin (A, B1, C, B6), kalsium, zat besi, zink, asid folik, kuprum dan selenium, untuk anda menikmati snek secara sihat dan meriangkan! Bebas daripada kolesterol dan lemak trans, hidangan rangup ini memberikan anda kelazatan yang sepenuhnya.

 

Makanan Sihat Cepat & Ringkas

Memandangkan warga Malaysia semakin mementingkan kesihatan, ramai yang memilih pilihan makanan yang sihat setiap hari, termasuklah makanan ringan atau snek. Walau bagaimanapun, meluangkan masa dan usaha untuk menyediakan makanan yang sihat dan lazat merupakan sesuatu yang mencabar, terutamanya apabila jadual kita padat dengan pelbagai aktiviti.

Berdepan dengan tekanan masa, kita selalunya mengambil apa sahaja yang boleh dicapai demi mengisi perut. Ini mungkin merupakan satu penyelesaian yang pantas, tetapi pada jangka panjang, pengambilan makanan ringan yang tidak sihat boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Oleh itu, snek yang mudah dan sedia untuk dimakan serta memberikan anda nutrien adalah cara paling mudah untuk memenuhi rasa lapar dan selera yang cerewet.

Show More

Related Articles

Back to top button