Ketika dunia terus berjuang memerangi koronavirus, Shokubutsu — jenama di sebalik produk sabun pembersih kulit berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan – menyeru warga Malaysia akan kepentingan menjaga kebersihan tangan dan kesihatan kulit dengan Shokubutsu Natural Protection Hand Wash.
Bahan Antibakteria Semula Jadi Ada Dalam Sabun Ini
Dirumus khas untuk menghapuskan 99.9% kuman dengan bahan antibakteria semula jadi, Shokubutsu Natural Protection Hand Wash dengan 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan, memberikan perlindungan semula jadi dan melindungi kulit daripada kuman serta membantu mengimbangi mikrobiom kulit — ekosistem berkawalan kendiri yang melindungi flora yang baik untuk mencegah serangan bakteria atau kuman bahaya. Yakni, mengekalkan kesihatan kulit walaupun dengan pencucian yang kerap. Ia juga diuji secara dermatologi dan didapati sesuai untuk semua jenis kulit.

Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, menekankan kepentingan menjaga kebersihan tangan bersama dengan kesihatan kulit: “Warga Malaysia mengambil berat akan kebersihan, kian menjadi lebih selektif dalam memilih produk yang kita gunakan setiap hari, termasuk pembersih tangan dan badan. Walaupun perlindungan kuman kekal sebagai keutamaan nombor satu kami, ramuan produk juga menjadi pertimbangan penting, terutamanya bagi ibu yang menjaga kesihatan keluarga mereka termasuk kesihatan kulit.
Walaupun Malaysia memasuki fasa endemik, kepentingan mencuci tangan secara kerap tidak boleh diabaikan kerana langkah ini adalah salah satu tindakan paling berkesan yang boleh anda ambil untuk membantu mengurangkan penyebaran patogen dan mencegah jangkitan, termasuk virus COVID-19. Di Shokubutsu, kami memahami bahawa perlindungan mesti datang secara menyeluruh, itulah sebabnya kami menawarkan Natural Protection Hand Wash untuk melengkapkan rangkaian pembersih badan kami.”
Mengapa Cuci Tangan Guna Sabun Itu Penting?

Selain menawarkan produk sabun pembersih tangan yang berkesan dan selamat, Shokubutsu bekerjasama dengan institusi dan pengamal penjagaan kesihatan untuk mendidik orang ramai tentang pengetahuan dalam mengimbangi kebersihan tangan dan kesihatan kulit melalui siri siaran langsung di media sosial, di mana peserta boleh menerima nasihat pakar dermatologi tentang kepentingan mencuci tangan sambil mengekalkan keseimbangan mikrobiom kulit.
Pakar dermatologi Dr. Goh Siew Wen, menegaskan bahawa walaupun menjaga kebersihan tangan dan badan adalah sebahagian daripada rutin harian kita, kita juga harus memberi perhatian dalam memilih produk yang melindungi mikrobiom kulit. “Kulit kita ialah hos kepada berjuta-juta bakteria, kulat dan virus. Sama seperti dalam usus kita, mikro-organisma ini memainkan peranan penting dalam melindungi daripada patogen yang bahaya. Sebagai manusia, sebahagian besar kehidupan kita melibatkan sentuhan – ini memudahkan pertukaran mikroorganisma (baik dan buruk) antara persekitaran dan badan, dan juga antara manusia dan masyarakat,” katanya.
Semua Sabun Tangan Sama Sahaja?
“Banyak kajian telah menunjukkan manfaat membersihkan tangan dalam mengurangkan bakteria patogen pada tangan kita, sekali gus mengurangkan kadar jangkitan dalam pelbagai keadaan. Memilih jenis pembersih tangan dan badan yang betul membantu memberikan perlindungan maksimum. Pada masa yang sama, penambahan prebiotik tumbuhan menyokong pertumbuhan dan aktiviti bakteria baik untuk mikrobiom kulit yang sihat. Inulin, sebagai contoh, yang merupakan prebiotik berasaskan tumbuhan yang kuat. Apabila ia ada, mikrobiom kulit boleh membina semula dengan lebih cepat untuk menangkis serangan bakteria berbahaya,” Dr. Goh tambah.
Shokubutsu Malaysia berkerjasama dengan Columbia Asia Hospital untuk mengadakan sesi siaran langsung Facebook mengenai topik Kebersihan Tangan & Kesihatan Kulit. Ikuti nasihat daripada Dr. Goh mengenai topik tersebut dan melayari halaman Facebook Shokubutsu untuk mendapatkan butiran lanjut.
“Falsafah syarikat kami, life.love menzahirkan keazaman kami untuk menyumbang kepada detik-detik penting yang dikongsi oleh orang ramai dalam hidup mereka. Berpegang kepada falsafah ini, misi Southern Lion adalah untuk mewujudkan masyarakat yang lebih mampan melalui amalan yang lebih baik. Oleh itu, kami berharap produk pembersih tangan dan badan Shokubutsu kami serta sesi pendidikan secara langsung dapat membantu rakyat Malaysia membina amalan kebersihan yang baik untuk masa yang sihat dan gembira bersama!” tambah Mabuchi.
Shokubutsu Natural Protection Hand Wash boleh didapati dalam dua varian, Soothing Fresh (dengan Tea Tree) dan Protect (dengan Eucalyptus), terdiri dalam dua saiz yang mudah didapati iaitu dalam bentuk botol 450g (RM10.90) dan pek isian semula 300g (RM6.20).
Shokubutsu Natural Protection Hand Wash dan Body Wash boleh didapati di pasar raya utama, pasar raya besar dan farmasi terpilih di seluruh negara. Beli dalam talian dengan penghantaran depan pintu melalui Lazada atau Shopee! https://bit.ly/ShokubutsuNaturalProtectionShopee
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan promosi terkini, layari laman Facebook dan Instagram rasmi Shokubutsu.
Tentang Southern Lion Sdn Bhd
Southern Lion Sdn Bhd percaya bahawa kebahagiaan adalah mencintai dan melalui kehidupan dengan sepenuhnya. Mereka berusaha untuk membawa kehidupan yang lebih menggembirakan, bersih dan sihat dengan memperkenalkan produk-produk yang direka untuk mengubah, menambah baik dan memberi kesan positif kepada kualiti hidup warga Malaysia.
Sejak kemudahan pembuatan Southern Lion Sdb Bhd dibina di Johor pada tahun 1987, kami telah menetapkan standard sebagai pembuat dan pemasar yang dipercayai bagi rangkaian jenama-jenama yang berjaya dengan dipacu oleh teknologi inovatif merangkumi pelbagai segmen kategori isi rumah dan penjagaan peribadi.
Syarikat ini sentiasa mengembangkan kemudahan pengeluaran untuk memenuhi permintaan bagi menyokong pertumbuhan pasaran. Penekanan syarikat untuk memahami dan memenuhi keperluan pengguna tempatan menyaksikan penubuhan kemudahan Penyelidikan & Pembangunan yang baharu di Malaysia untuk menyokong inovasi produk.
Antara jenama-jenama dalam portfolio kami yang menyeluruh termasuklah TOP, BioZip, Systema, Kodomo Lion, Shokubutsu, Fresh & White, ZACT, Puteri Emas, Dobi, Senang, dan Emeron.
Southern Lion Sdn Bhd mengamalkan falsafah korporat Lion Corporation Japan, ‘Life. Love. LION’ yang mengutamakan misi syarikat untuk menyumbang kepada kehidupan biasa setiap hari dan memenuhi semangat kasih sayang. Untuk maklumat lanjut: layari http://www.southernlion.com.my