Isu SemasaTempatan

Mengapa Kerajaan Sudan Merampas Aset Petronas di Khartoum?

Kerajaan Malaysia sangat prihatin terhadap isu di Kompleks Petronas di Khartoum, Sudan berikutan laporan berita bahawa kerajaan peralihan Sudan berusaha untuk merampas aset kepunyaan Petronas dengan tuduhan mereka diperoleh dengan cara haram semasa pemerintahan pemimpin yang digulingkan Omar al -Bashir.

 

Kedutaan Malaysia Bertungkus-Lumus Menyelesaikan Masalah Di Khartoum

Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam satu pernyataan pada hari Rabu (13 Okt) mengatakan bahawa sejak isu Kompleks Petronas muncul pada bulan Disember 2020, kementerian telah bekerjasama dengan Petronas, termasuk melalui kedutaan Malaysia di Khartoum untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Sehingga kini, kementerian telah melakukan pelbagai upaya diplomatik untuk mengatasi masalah ini, termasuk memanggil Sudanese Charge d ‘Affaires (untuk kedua kalinya) ke Wisma Putra untuk menyampaikan keprihatinan. Kami akan terus memantau perkembangan berkaitan isu ini dalam menjaga kepentingan Malaysia di Sudan.

“Kementerian mendesak kerajaan Sudan untuk menghormati Perjanjian Promosi dan Perlindungan Pelaburan Dua Hala yang berlaku antara Malaysia dan Sudan. Selain itu, kompleks ini juga menempatkan Kedutaan Besar Malaysia, jadi pihak Sudan juga didesak untuk menjaga kesucian status diplomatik sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Konvensyen Vienna berkenaan Hubungan Diplomatik 1961.

“Walaupun proses timbang tara yang diaktifkan oleh Petronas telah bermula, kementerian berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat, demi memelihara hubungan akrab yang sedia terjalin,” kata kementerian itu dalam kenyataan pada Rabu.

 

Malaysia Banyak Melabur & Membantu Sudan

Sejarah membuktikan Malaysia adalah antara negara pertama yang sanggup melabur membangunkan telaga minyak Sudan sejak 1990-an lagi. Petronas mengorak langkah dengan projek GNPOC (30 peratus) pada 6 Disember 1996 dan di Lundin’s Block 5A pada 6 Februari 1997 (28.5 peratus).

Malah, pada 2003 Petronas menyelamatkan industri petroleum Sudan dengan membayar tunai AS$142.5 juta untuk membeli 40.375 peratus working interest daripada konsortium Lundin Petroleum dan OMV yang terpaksa menjual pegangan mereka di Block 5A akibat tekanan berkaitan penglibatan mereka dalam perang minyak di Sudan. Ketika Sudan dibadai krisis kemanusiaan Darfur, Malaysia teguh berdiri di samping Sudan, menyumbang melalui kempen Dapur untuk Darfur.

 

Kerajaan Sudan Sekarang Lain & Sanggup Menjalan Hubungan Diplomatik Dengan Israel

Tetapi Kerajaan Sudan hari ini bukan lagi kerajaan Sudan yang dahulu di mana Presiden Omar al-Bashir yang berkuasa ketika Malaysia menghulur tangan bantuan kepada Sudan lebih 20 tahun lalu telah dijatuhkan melalui rampasan kuasa pada April 2019.

Kerajaan Sudan hari ini juga bertindak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai balasan janji pelaburan besar-besaran dari Barat yang dibuat Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Trump sebelum ini. 

Gelap mata dengan janji-janji pelaburan Barat itu, kerajaan Sudan yang baharu ini telah bertindak kurang bijak dengan merampas aset-aset milik Petronas (Malaysia), Pakistan, Qatar, dan Turki kononnya dengan alasan aset-aset tersebut diperoleh secara tidak sah di bawah pentadbiran Omar al-Bashir dahulu.

Show More

Related Articles

Back to top button