Gaya HidupKesihatan

Betul Ke Cekak Dahi Ini Mampu Buat Seseorang Lebih Tenang?

Gadis berusia 24 tahun yang merupakan salah seorang ahli pasukan pembangunan Bobsled/Skeleton mengakui dia rasa ianya pelik dan kelakar mengenakan cekak dahi ini namun pada masa yang sama dia rasa ianya “cool”.

Emma Baumert yang juga merupakan seorang atlet dengan memiliki pengiktirafan menjadi jurulatih angkat berat dan memperoleh sarhana dalam latihan fisiologi awalnya menemukan alat ini bernama FocusCalm dua tahun lalu.

Setelah mengenakannya, Emma sangat teruja dan ingin mengetahui lebih tentang alat tersebut.

Emma menghubungi firma yang menghasilkan alat tersebut dan mereka telah menjadikannya salah seorang pengkaji mereka di tahun 2020 dan juga di awal tahun 2021 lalu.

Apakah Cekak Dahi Ini Sebenarnya?

Ia merupakan alat memberi tindakbalas neuro ataupun alat EEG (elektroensefalogram). Ia merupakan alat yang semakin popular digunakan di kalangan orang kuat bersukan untuk mengukur gelombang otak si pemakai.

Ini kerana apabila otak seseorang berada dalam keadaan tertekan, ia menghasilkan gelombang atau signal yang lebih banyak kerana aktiviti elektrik yang meningkat.

Adakah Alat Ini Benar-Benar Berkesan?

Alat seperti ini seringkali digunakan oleh doktor untuk mengesan penyakit seperti sawan dan angin akmar.

Namun bagi Emma, alat ini benar-benar berkesan.

“Saya dapat memvisualisasi dan belajar bagaimana mengawal dengan lebih baik serta melakukan latihan dalam keadaan yang lebih santai yang pada masa sama memiliki hasil output yang lebih berkesan.”

Bagaimana Cekak Dahi Ini Berfungsi?

Presiden BrainCo, Max Newlon berkata cekak dahi ini menggunakan perisian algoritma kecerdasan buatan untuk mengawasi 1,250 titik data pada gelombang otak seseorang.

Dengan menghubungkannya melalui aplikasi telefon, ia akan memberi markah dari 0 hingga 100 dengan 100 merupakan tahap paling tenang.

Namun, sebilangan besar rata-rata orang berada di sekitar 50 markah.

“Ia merupakan ukuran pasif dan tidak ada kena mengana dengan otak seseorang,” kata Max.

“Kami telah melakukan eksperiman ke atas pelbagai orang dan keadaan. Antaranya ialah dengan meluangkan masa bersama keluarga… seseorang perlu mempelajari tentang diri mereka sendiri untuk mengetahui apa yang membuat mereka lebih fokus dan tenang.”

Sama seperti latihan fizikal yang membuat tubuh seseorang lebih kuat, Max berkata manusia juga boleh mempelajari cara untuk menenangkan otak dan apabila sudah tahu yang mana yang paling sesuai, lakukannya sebagai rutin.

Show More

Related Articles

Back to top button