AntarabangsaIsu Semasa

Hubungan Ketenteraan China-Taiwan Terburuk Dalam 4 Dekad

Hubungan ketenteraan Taiwan dengan Beijing disifatkan berada pada tahap paling rendah susulan serangan jet China ke zon pertahanan udara Taipei.

Amaran itu dikeluarkan Menteri Pertahanan Taiwan, Chiu Kuo-cheng di Parlimen.

 

Ketenteraan Taiwan Berada Dalam Keadaan Tegang

“Bagi pihak ketenteraan, situasi terkini ini adalah tindakan paling suram dalam tempoh 40 tahun sejak saya menyertai perkhidmatan ini,” katanya.

Sebelum ini, 150 pesawat perang China melanggar zon pertahanan udara Taiwan sejak Beijing menyambut Hari Kebangsaan minggu lalu.

Serangan itu mencetuskan kritikan oleh Washington dan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen memberi amaran di dalam artikel yang disiarkan semalam tentang kesan bencana jika pulau itu jatuh ke tangan China.

 

China Mahu Menyerang Taiwan?

Taiwan berada di bawah ancaman pencerobohan secara konsisten oleh China yang menganggap pulau demokratik yang diperintah sendiri itu akan diambil kembali suatu hari, sekalipun secara paksa jika perlu.

Bagaimanapun, Taiwan menegaskan ia adalah sebuah negara merdeka yang akan mempertahan kebebasannya dan demokrasi serta menyalahkan China atas ketegangan yang berlaku.

Taiwan menyatakan, 52 pesawat perang China melintasi zon pertahanan udaranya pada Isnin lalu dalam satu lagi rekod ‘serangan’, dengan Washington menyuarakan kebimbangan tentang tindakan ketenteraan Beijing yang ‘provokatif’.

 

Taiwan Membalas Amaran

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, pihaknya mengerahkan pesawat untuk memberikan amaran selepas 36 jet pejuang, 12 pesawat pengebom berkeupayaan nuklear H-6 dan pesawat lain memasuki ADIZ.

ADIZ tidak sama dengan ruang udara wilayah Taiwan tetapi merangkumi wilayah jauh lebih besar yang bertindih dengan sebahagian ADIZ China sendiri dan bahkan merangkumi sebahagian daratan China.

Presiden Xi Jinping, yang menyebut tindakan merampas Taiwan ‘tidak dapat dielakkan’, juga menggambarkan hubungan antara dua negara itu sebagai ‘suram’ melalui surat kepada pemimpin pembangkang utama Taiwan yang baharu dipilih minggu lalu.

 

Kecuaian Akan Mencetuskan Krisis

Kuo-cheng memberi amaran bahawa sedikit kecuaian atau kesilapan perhitungan berupaya mencetuskan krisis di Selat Taiwan dan menjangkakan Beijing melancarkan serangan berskala penuh pada 2025.

“Ia berupaya sekarang tetapi harus mengira kos yang harus dibayar dan apa jenis hasil yang ingin dicapai.

“Selepas 2025, kos dan kerugian akan diturunkan ke tahap minimum,” kata Kuo-cheng, tanpa memberikan lebih banyak perincian.

Beijing meningkatkan tekanan ketenteraan, diplomatik dan ekonomi sejak pilihan raya 2016, iaitu ketika Ing-wen memandang pulau itu sebagai ‘sudah merdeka’ dan bukan sebahagian dari China.

Ing-wen dalam sebuah artikel yang diterbitkan semalam menyatakan bahawa negaranya akan melakukan apa sahaja untuk mencegah ancaman tetapi pulau itu berharap untuk berdamai dengan China. 

Show More

Related Articles

Back to top button