Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Bagaimana Mengurut Bayi Mampu Mengubah Hidup Si Manja

Ketika Gary Darmstadt, seorang profesor neonatal dan pembangunan perubatan dari Universiti Standford mengunjungi Bangladesh dan India, dia telah melihat kebanyakan ibu dan nenek akan mengambil masa yang lama mengurut bayi yang baru lahir.

“Saya tertarik apabila mengetahui amalan tersebut dilakukan untuk kurun lamanya dan saya mula lakukan kajian,” kata Gary kepada BBC.

 

Kajian Kesan Mengurut Ke Atas Bayi

Oleh yang demikian, pada tahun 2008, sebuah kajian dilakukan ke atas 497 bayi pramatang yang menerima urutan bayi setiap hari di sebuah hospital di Bangladesh.

Melalui kajian tersebut, mereka dapati amalan mengurut bayi ini boleh menyelamatkan nyawa.

“Kami melihat lebih kurang 40% kekurangan risiko jangkitan dan 25-50% pengurangan risiko kematian, ini adalah suatu nilai yang signifikan,” kata Gary.

Dalam sebuah kajian berasingan, pasukan kajian telah mendapati dengan mengurut bayi secara berkala, ia mampu membina mikrobioma bayi iaitu sebuah lapisan bakteria yang tinggal di atas kulit dan usus.

 

Kepentingan Mikrobioma Pada Bayi

Mikrobioma ini memainkan peranan kritikal untuk meningkatkan imuniti badan dengan bertindak sebagai penghalang berkesan yang dapat mencegah jangkitan.

“Bayi yang kekurangan gizi yang diurut dengan minyak boleh megembangkan mikrobioma ini menjadi lebih jauh dan pelbagai,”kata Darmstadt.

“[Minyak] ini meningkatkan fungsi penghalang kulit, sehingga lebih sukar bagi bakteria untuk menembus kulit, masuk ke aliran darah dan menyebabkan jangkitan yang mengancam nyawa.”

Penemuan ini sangat penting untuk penjagaan bayi pramatang. “Pada bayi pramatang, lapisan pelindung kulit mereka tidak berfungsi dengan baik dan oleh itu mereka cenderung kehilangan air melalui kulit. Air menguap (dari badan) dengan sangat cepat, dan seiring dengan panas, mudah bagi bayi itu menjadi hipotermik ,” jelasnya.

Apabila suhu badan turun terlalu rendah, ia boleh mengancam nyawa.

“Bayi kehilangan banyak tenaga (melawan kehilangan haba ini). Tenaga ini mungkin diperlukan untuk tumbuh dan membolehkan bahagian badan berfungsi dengan baik,” tambahnya.

Mengurut Meningkatkan Kadar Tumbesaran Bayi Kecil

Dalam sebuah kajian yang belum diterbitkan oleh Gary dan pasukannya, para pengkaji telah menjejaki 26,000 bayi yang bukan sahaja terdiri daripada bayi pramatang di Uttar Pradesh, India.

Setengah daripada mereka telah diurut menggunakan minyak matahari manakala separuhnya lagi menggunakan minyak biji sawi.

Para pengkaji kedua-duanya kumpulan ini mengalami kadar perkembangan yang baik.

“Walalupun tidak ada impak besar dalam bayi dengan berat badan yang normal, namun bagi bayi yang kecil (kurang daripada 1.5kg), terdapat pengurangan risiko kematian yang sangat besar iaitu 52%.

Kebaikan Mengurut Bayi

Kajian lain turut mendapati kebaikan yang hampir sama. Antaranya ialah ia mampu merangsang saraf vagus – saraf yang menghubung dengan otak dan abdomen yang membolehkan bayi mempunyai pencernaan yang lebih baik dan meneyrap nutrien.

Ini juga mampu menyebabkan bayi menambahkan berat badan.

Bagi urutan pada perut bayi, ia mampu mengurangkan tekanan dan kesakitan yang mungkin terjadi terutamanya pada bayi pramatang yang terpaksa tinggal bersendirian dalam hospital untuk jangka masa yang panjang.

Cara Mengurut Bayi

Menurut Tiffany Field, seorang profesor dalam bidang kanak-kanak, psikologi dan psikiatri dari Sekolah Perubatan, Universiti Miami yang pakar dalam urutan bayi, kita harus menggerakkan kulit bayi dengan menekan secara sederhana.

Namun begitu, jika urutan adalah terlalu lembut, ia akan menyebabkan bayi rasa geli dan tidak menikmatinya.

Jika terlalu kuat pula ia boleh merosakkan bahagian pelindung kulit.

Bagi jururawat neonatal di Uttar Pradesh, dia akan menggunakan minyak yang suam dan menukar-nukar minyak di antara minyak kelapa dan almond.

Menurutnya, minyak tersebut akan disapu ke kulit bayi selama setengah jam dan diikuti oleh mandian dengan air suam.

Urutan dimulakan dengan mengurut perut dengan membentukkan hati dan kemudiannya ke bahagian badan yang lain.

Kemudiannya senaman anggota badan dilakukan dan memasitkan hujung jari kaki mencapai dahi bagi mengeluarkan gas yang terperangkap.

Minyak Apa Yang Baik Digunakan Untuk Mengurut Bayi

Menurut sebuah kajian dilakukan oleh Darmstadt dan rakan sekerjanya, Peter M Elias, seorang profesor dermatologi dari University of California, minyak matahari, kelapa dan bijan memberi manfaat yang paling baik.

“Minyak-minyak ini memiliki kandungan asid linoleik yang mana badan kita tidak boleh hasilkan,” kata Darmstadt.

Terdapat pula reseptor pada kulit yang mengikat asid lemak itu secara khusus, sehingga dicerna. Ada bukti yang menunjukkan bahawa asid lemak dalam minyak juga dapat merangsang dan meningkatkan fungsi kekebalan kulit.”

Minyak Yang Kalau Boleh Dielakkan

Minyak biji sawi yang sering digunakan orang Uttar Pradesh mengandungi asid erucic yang mana ia boleh menyebabkan keradangan dan merosakkan lapisan pelindung kulit.

Selain, sebuah kajian di tahun 2013 mendapati ibu di selatan India sering meletakkan minyak pada telinga dan juga mata bayi.

Ini seharusnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan.

Show More

Related Articles

Back to top button