BudayaGaya Hidup

Mengapa 26 Perkataan Korea Ini Masuk Dalam Kamus Oxford?

Ombak Tsunami Korea bukan hanya melanda kita yang tinggal di Asia Tenggara tetapi ia berjaya mempengaruhi hampir seluruh dunia termasuk negara Barat dan India dan kini pengaruh Korea Selatan ini telah memasuki Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED).

Pihak bertanggungjawab dalam bahasa Inggeris telah pun menerima 26 perkataan baharu yang berasal daripada Korea dalam edisi terbaharu mereka.

 

Perkataan Korea Dalam Kamus Oxford

Kebanyakan daripada perkataan yang ditambah ke dalam OED ialah berkaitan makanan.  Antaranya ialah:

1. banchan; lauk sampingan berbentuk sayur-sayuran yang dihidangkan bersama nasi.

2. bulgogi; masakan Korea yang berasaskan potongan daging yang dipanggang atau tumis.

3. kimbap; hidangan Korea yang terdiri daripada nasi yang dimasak dan bahan-bahan lain yang dibungkus dalam rumpai laut dan dipotong menjadi kepingan yang mudah digigit.

4. hallyu; peningkatan antarabangsa terhadap budaya popular Korea Selatan seperti muzik, filem, TV, fesyen dan makanan.

5. K-drama; siri televisyen menggunakan bahasa Korea dan diterbitkan di Korea Selatan.

6. manhwa; genre kartun Korea dan buku komik yang dipengaruhi oleh manga Jepun.

7. mukbang; video yang selalunya siaran langsung dan menampilkan orang yang makan makanan dengan kuantiti yang banyak sambil bercakap dengan penonton.

Selain itu, perkataan seperti daebak, PC bang, skinship dan fighting turut termasuk.

Peningkatan Budaya Korea Selatan Di Seluruh Dunia

Kejayaan eksport Korea Selatan di seluruh dunia termasuk UK telah berlaku sejak sekian lama.

Jika diimbas kembali pada tahun 2012, anda mungkin ingat lagu Gangnam Style oleh rapper Psy, yang menjadi bintang pop Korea Selatan pertama berjaya ke tangga teratas carta lagu UK.

Filem Parasite yang memenangi anugerah Oscar kini merupakan filem berbahasa bukan Inggeris dengan pendapatan tertinggi di UK.

Dan kumpulan pop BTS menjadi aksi Korea pertama yang berjaya dalam album top-chart di UK – serta muncul di Radio 1 tahun ini, merakam persembahan khas di Live Lounge.

Kini, Squid Game pula menjadi siri Netflix yang paling ramai ditonton dan disenarai dalam senarai 10 teratas dan 95% penonton rancangan berasal dari luar Korea.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button