AntarabangsaIsu Semasa

Pandora Papers: Apa Itu & Orang Elit Malaysia Mana Yang Terlibat?

Ramai orang berpengaruh di Asia termasuk ahli politik kerajaan telah dikaitkan dengan ‘Pandora Papers’ ini yang memaparkan pemilikan syarikat di luar negara.

Data yang dibongkar adalah yang terbesar sejak Panama Papers pada tahun 2016 dan Paradise Papers 2017.

Lebih kurang 12 orang ternama di Malaysia termasuk sekurang-kurang empat ahli politik adalah antara 12juta fail yang terkandung dalam Pandora Papers.

 

Apa Sahaja Dalam Pandora Papers?

Laporan itu memperincikan akaun luar pesisir yang dihubungkan dengan tokoh terkemuka berdasarkan data yang diberikan kepada International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ).

ICIJ dilaporkan memperoleh lebih dari 11.9 juta fail sulit dan mengetuai pasukan lebih dari 600 wartawan dari 150 kedai berita yang menghabiskan dua tahun menyaringnya, mengesan sumber yang sukar dicari dan menggali rekod mahkamah dan orang lain dokumen dari puluhan negara.

Pendedahan itu juga mengaitkan sebilangan besar rakyat Malaysia terkemuka dengan urusan luar pesisir.

Mereka dilaporkan mengambil langkah tersebut, antara lain bertujuan mengelak membayar cukai.

ICIJ dalam penafiannya menjelaskan, wujud penggunaan sah untuk akaun luar pesisir dan tidak semua individu yang terlibat adalah korup.

Siasatan yang dilakukan selama setahun ini mendedahkan bagaimana bank dan firma guaman bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan luar persisir untuk mereka struktur korporat yang rumit.

Antara nama individu didedahkan mempunyai akaun luar pesisir sulit adalah Raja Jordan Raja Abdullah II, bekas perdana menteri United Kingdom Tony Blair, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan Presiden Russia Vladimir Putin.

Menteri Kewangan Malaysia Disebut Dalam Pandora Papers?

Menurut TheStraitsTimes, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz terlibat menerusi syarikat Capital Investment (Labuan) Limited.

Namun begitu, beliau telah meluruskan perkara ini dengan berkata beliau telah melepaskan jawatan eksekutif dan pengarahnya di Kenanga Group pada bulan Jun 2010.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya adalah pengarah kumpulan dan ahli jawatankuasa pengurusan eksekutif Kenanga Holdings Bhd dari Januari 2009 hingga Jun 2010.

“Dalam peranan ini, saya juga memegang jawatan pengarah di beberapa anak syarikat atau syarikat bersekutu di Kenanga Group, yang termasuk Capital Investment Bank (Labuan) Ltd.

“Menjelang bulan Jun 2010, saya telah memegang peranan sebagai ketua pegawai eksekutif di Maybank Investment Bank Bhd dan, oleh sebab itu, saya telah mengambil langkah untuk melepaskan peranan eksekutif dan pengarah saya di Kenanga Group,” katanya dalam satu kenyataan.

Tengku Zafrul Bakal Mengambil Tindakan Sewajarnya Ke Atas Pertuduhan Ini?

Kenyataan itu dibuat berikutan laporan yang diterbitkan oleh Malaysiakini hari ini yang bertajuk “Politikus, Menteri dan M’sian Uber Kaya Terungkap dalam Kebocoran Offshore Terkini”.

Menurut Malaysiakini, maklumat oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) ini berkata Tengku Zafrul muncul sebagai pengarah Capital Investment Bank (Labuan) Ltd, sebuah bank butik yang diperbadankan dalam bidang kuasa luar pesisir Labuan, dalam sejumlah dokumen dari firma guaman Panama terkemuka Alemán, Cordero, Galindo & Lee (Alcogal).

“Nampaknya penerbit memilih untuk meneruskan artikel dengan menonjolkan nama saya dengan cara yang menunjukkan bahawa Capital Investment (Labuan) Limited masih dikaitkan dengan saya dan bukannya menjadi sebahagian daripada Kenanga Group.

“Saya telah merujuk perkara itu kepada peguam saya untuk mendapatkan nasihat dan tindakan sewajarnya,” katanya.

 

Siapa Lagi Orang Ternama Malaysia Yang Tersenarai Dalam Pandora Papers

Laporan Malaysiakini turut menamakan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid sebagai Pengarah syarikat di British Virgin Islands (BVI) yang dikenali sebagai Breedon Limited. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1996 ketika bekas perdana menteri itu  telah memenangi jawatan Ketua Pemuda.

Selain itu, bekas menteri kewangan, Tun Dr. Abdul Daim bin Zainuddin yang pernah mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan ketika Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia semula pada tahun 2018 sehingga 2020 turut dilaporkan dalam Pandora Papers.

Selain Tun Daim, William Leong, seorang Ahli Parlimen PKR juga disenaraikan tetapi telah menafikan syarikat di luar negara adalah tidak sah.

Jho Low yang diburu kerana penyelewangan dana 1MDB turut dikaitkan dengan sebuah firma undang undang Amerika global yang dilapor digunakan untuk membina jaringan syarikat di Malaysia dan Hong Kong.

Syarikat ini didakwa pihak berkuasa Amerika digunakan untuk menyalurkan wang yang diseleweng daripada 1MDB.

Show More

Related Articles

Back to top button