EropahPolitik

Trudeau Bentuk Kerajaan Minoriti Kanada Dalam Mandat Ketiga

Pemimpin Parti Liberal Kanada, Justin Trudeau akan meneruskan mandat ketiga sebagai Perdana Menteri dalam pemerintahan minoriti keduanya.

 

Berapa Kerusi Yang Dimenangi Trudeau Kali Ini?

Parti Trudeau memenangi 156 kerusi Dewan Rakyat pada pilihan raya ke-44, diikuti oleh Parti Konservatif dengan 121 kerusi, Blok Quebecois 32, Parti Demokratik Baru 27 dan Parti Hijau dua, menurut Agensi Berita Xinhua yang memetik media tempatan.

Jumlah akhir kerusi mungkin tidak terlalu berbeza dengan komposisi Dewan Rakyat ketika dibubarkan bulan lalu.

Terdapat 338 kerusi di Dewan, di mana parti perlu memenangi sekurang-kurangnya 170 kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti.

Parti Liberal menguasai 155 kerusi di Dewan sebelum dibubarkan, diikuti oleh Parti Konservatif dengan 119 kerusi, Blok Quebecois 32 kerusi, Parti Demokratik Baru 24 kerusi dan Parti Hijau dua kerusi.

 

Mengapa Kanada Mengadakan Pilihanraya Mengejut?

Berdepan kritikan daripada parti pembangkang kerana mengadakan pilihan raya di tengah-tengah gelombang keempat COVID-19, Trudeau mengumumkan pilihan raya mengejut itu pada 15 Ogos, yang mengakhiri pemerintahan minoritinya yang hampir dua tahun.

Trudeau mengadakan pilihan raya mengejut itu bagi memberi peluang kepada rakyat Kanada memilih siapa yang mereka inginkan bagi memimpin negara itu keluar dari krisis COVID-19, dan memasuki era baru perubahan yang cukup besar.

Pembangkang berpendapat keputusannya itu didorong oleh keinginan untuk membentuk kerajaan majoriti dan fokus utamanya adalah memerintah, bukan berkempen, tatkala pandemik terus menyebar ke seluruh negara.

 

Pilihanraya Kanada Yang Mencipta Sejarah

Mencipta sejarah,  seramai 17 ahli politik berketurunan India dipilih dalam pilihan raya Kanada, 16 terdiri daripada masyarakat Punjabi sekaligus membuktikan populariti mereka dalam kalangan pengundi.

Jagmeet Singh, dipilih semula untuk mewakili provinsi British Columbia dan mengekalkan jawatannya sebagai pemimpin Parti Demokratik Baharu (NDP).

Ahli Parlimen Indo-Kanada merangkumi daripada pelbagai pihak, termasuk 14 Liberal, dua Konservatif dan Singh.

Tiga menteri Kabinet Liberal yang kembali dilantik menerajui kementerian ialah Harjit Sajjan, Bardish Chagger dan Anita Anand, lapor India Tribune.

Selain itu tiga lagi wanita Punjabi yang turut dipilih semula ialah Anju Dhillon, Ruby Sahota dan Sonia Sidhu.

Daripada ahli politik Punjabi, 14 dipilih semula dua lagi iaitu George Chahal dan Iqwinder Singh adalah muka baharu.

Show More

Related Articles

Back to top button