AntarabangsaIsu Semasa

Filipina Sokong Pakatan Nuklear Australia Untuk Menentang China

Filipina menyokong kerjasama pertahanan baru antara Amerika Syarikat, Britain dan Australia, dengan harapan dapat mempertahankan keseimbangan kekuatan di wilayah Indo-Pasifik, pandangan yang berbeza dengan beberapa negara jirannya.

Dikenali sebagai Aukus, pakatan negara-negara terbabit akan melihat Australia memperoleh teknologi untuk menyediakan kapal selam bertenaga nuklear sebagai sebahagian dari perjanjian yang bertujuan untuk menyekat kekuatan China yang semakin meningkat di rantau itu.

“Kerjasama ini akan memulihkan dan menjaga keseimbangan di rantau dan bukannya memudaratkannya,” kata menteri luar Filipina, Teodoro Locsin, dalam satu kenyataan pada hari Selasa (21 September).

Ucapan Locsin, bertanggal 19 September, berbeza dengan tindak balas Indonesia dan Malaysia, yang bimbang akan teknologi kapal selam tenaga nuklear di tengah persaingan kuasa besar yang berkembang pesat di Asia Tenggara.

Locsin mengatakan bahawa tanpa adanya kewujudan senjata nuklear, langkah Aukus tidak akan melanggar perjanjian 1995 untuk menjauhkan senjata nuklear dari Asia Tenggara.

Laut China Selatan terus menjadi sumber ketegangan, dengan Amerika Syarikat – rakan perjanjian pertahanan Filipina – dan sekutu Barat secara berkala melakukan operasi “kebebasan pelayaran” yang tidak disenangi oleh China.

China melihat Tindakan itu sebagai campur tangan luar di perairan yang dituntut olehnya, bertentangan dengan negara pesisir lain, seperti Filipina dan Vietnam, yang menuduh China mengganggu aktiviti nelayan dan sumber tenaga.

Filipina semakin marah kerana kehadiran yang “mengancam” dari ratusan kapal “tentera maritim” China di dalam zon ekonominya yang eksklusif.

Nelayan Indonesia di kepulauan Riau juga turut menyuarakan kebimbangan dan rasa takut serta terancam selepas melihat lima kapal perang China di Laut Natuna Utara.

CNN Indonesia melaporkan, maklumat itu diterima daripada nelayan yang kembali dari laut selepas melihat kapal perang China di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia.

Ketua Nelayan Lubuk Lumbang, Bandarsyah, Kepulauan Riau, Herman, berkata mereka rasa terganggu dan takut dengan kehadiran kapal perang asing tanpa sebab di perairan itu.

“Dulu cuma ada dua unit kapal perang, tetapi sekarang tiba-tiba ada lima unit kapal perang,” soalnya.

Show More

Related Articles

Back to top button