Gaya Hidup

Acara ACG Tetap Diteruskan! – AniManGaki Online 2021

Buat tahun kedua, acara animation, comics and games (AGC) AniManGaki kembali meneruskan acara mereka pada Ogos yang lalu secara online.

Namun, ia tidak menghentikan momentum AniManGaki Online 2021 kali ini memberikan pelbagai acara menarik disamping tetamu jemputan yang hebat di dalam industri ini.

2 Minggu Penuh Dengan Aktiviti Anime

Dari 6 hingga 22 Ogos 2021 yang lepas, AniManGaki berlangsung setiap hari dengan pelbagai susunan acara seperti persembahan, pertandingan, forum dan bengkel.

Ramai nama besar yang hadir dan turut serta meraikan acara buat tahun ini seperti cosplayer Vivid Vision, V-tuber Kureiji Ollie dan Liliana Vampaia, illustator Tsukino dan Ryōsuke Tei, dan artis J-Rock, Babybeard.

AniManGaki turut dihebatkan lagi dengan persembahan dari 桿子Drumstick, Patriots, Sol Spectra, TUKUYOMI Maid Cafe, Pumpkin Nest Maid Cafe dan ramai lagi.

Selain forum, perbincangan dan temubual yang dijadualkan, terdapat juga bengkel-bengkel seni yang boleh diikuti seperti kelas melukis, hobi dan persiapan bahan-bahan cosplay.

AniManGaki Buat Semua

Tidak lengkap AniManGaki tanpa acara buat semua peminat ACG.

Seperti setiap tahun, AniManGaki akan mencari penyanyi yang hebat melalui pertandingan Idol Monster yang juga diadakan dalam talian buat tahun ini.

Peminat cosplay juga dapat menyertai pertandingan cosplay hanya dari rumah melalui acara Cosplay From Home, Low Budget Cosplay dan Pet Cosplay.

Terdapat juga pertandingan permainan video yang dilakukan secara online seperti Tekken 7, Guity Gear Strive dan Hisoutensoku selain acara E-sukan Brawl Stars dan Rocket League.

Bagi yang ingin mendapatkan cenderamata anime, AniManGaki juga menyediakan Market Place, ruang bukan sahaja peserta pameran malah peminat anime yang menghasilkan barangan mereka sendiri untuk dijual.

Tetap Meriah Walaupun Di Dalam ‘Online’

Dalam 17 hari acara AniManGaki yang diadakan lalu, setiap hari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan acara berkaitan animation, comic and games.

Kepada yang terlepas acara-acara ini, anda masih boleh menontonnya koleksi strim di laman Facebook dan YouTube rasmi AniManGaki.

Diharap edisi 2022 kita dapat kembali berkumpul dan merasai AniManGaki yang lebih besar dan hebat!

Show More

Related Articles

Back to top button