AntarabangsaIsu Semasa

Wanita Bangkit Menentang Kewujudan Iklan Wanita Islam Konon “Dijual”

Pada awal Julai lalu, Hana Mohsin Khan, 32 tahun yang bekerja sebagai juruterbang dan feminis adalah di antara 80 wanita Islam yang mana foto mereka telah digunakan oleh sebuah aplikasi bernama Sulli Deals.

Baginya dia menjadi sasaran laman web tersebut kerana dia beragama Islam.

 

Aplikasi Apa Yang Ingin Jual Wanita Ini?

Aplikasi ini merupakan aplikasi ejekan dan nama aplikasi itu juga merupakan istilah penghinaan bagi wanita Muslim yang biasanya digunakan oleh lelaki Hindu sayap kanan.

Pengguna akan ditawarkan peluang untuk “membeli” wanita ini seperti barangan dalam sebuah lelongan.

Hakikatnya, wanita-wanita ini bukanlah untuk dijual tetapi ia turut menyebabkan mereka ketakutan, marah dan ada yang trauma.

Dua bulan kemudian, laman tersebut telah dibawa turun oleh Github yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Akan tetapi, para wanita Islam masih marah kerana tiada sebarang tindakan dijalankan ke atas penciptanya.

 

Tindakan Diskriminasi Terhadap Wanita Islam Semakin Parah

Pencipta laman tersebut tidak ditahan mahupun ditangkap.

Mereka mengatakan bahawa kurangnya tindakan terhadap diskriminasi yang dihadapi wanita beragama Islam di India yang dikuasai agama Hindu. Ini juga mengakibatkan pejuang hak wanita yang memperjuangkan hal ini sering diserang di media sosial.

Namun mereka tidak akan terus berdiam diri.

Aduan Khan adalah salah satu daripada sekurang-kurangnya empat aduan yang diajukan kepada polis India oleh mangsa, penggubal undang-undang pembangkang dan aktivis.

Praveen Duggal, seorang pegawai kanan polis Delhi, mengesahkan unit sel siber India sedang menyiasat aduan tersebut, tetapi mengatakan dia tidak dapat berkongsi maklumat lebih lanjut kerana itu adalah “perkara yang tertutup.”

 

Negara Besar Tetapi Tiada Undang-Undang Khas Buli Siber

India mempunyai undang-undang yang mensasarkan jenayah siber, tetapi tidak memiliki undang-undang khusus untuk menentang kes buli siber, meskipun terjadi peningkatan penyalahgunaan yang ditujukan kepada wanita India.

Khan dan aktivis feminis lain mengatakan bahawa mereka disasarkan oleh lelaki yang bersembunyi di belakang pegangan di media sosial yang cuba mengintimidasi mereka – dan pihak berkuasa India tidak melakukan perkara yang sepatutnya untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Tidak ada ancaman keganasan secara nyata terhadap wanita di aplikasi Sulli Deals, tetapi mereka merasakan paparan mereka di Twitter dengan foto yang ada telah diambil dari akaun media sosial mereka mengundang kepada penyalahgunaan.

 

India Rasa Wanita Islam Yang Lantang Adalah Ancaman?

Khan mempunyai 15,000 pengikut di Twitter dan selalu menerima komen-komen kebencian – terutamanya dari lelaki. Dia berkata jumlahnya meningkat setelah fotonya muncul di aplikasi.

“Lelaki rasa diancam oleh wanita yang bersikap tegas di negara kita,” katanya. “Dan wanita Muslim yang lantang bersuara adalah ancaman terbesar di mata mereka.”

Dari 580 juta wanita di India, kira-kira 6.5% adalah beragama Islam, menurut bancian terbaru oleh kerajaan yang dilakukan pada tahun 2011.

 

Suara Minoriti Tenggelam

Setelah gambar “lelong” mereka menjadi viral di media sosial, 21 wanita itu telah menyertai kumpulan WhatsApp yang salah satunya dibuat untuk sokongan bersama, termasuk penyair Nabiya Khan.

Nabiya Khan sering meluahkan keadaan di Twitter untuk memperkuat suara orang-orang terpinggir di India, yang menurutnya menarik perhatian sindiran Sulli Deals.

“Lelaki menganggap keganasan seksual adalah hukuman yang sah (kerana menjadi wanita yang tulus),” kata Nabiya Khan, yang tidak ada hubungannya dengan Hana Mohsin Khan.

Dia juga pernah melaporkan perkara ini kepada pihak polis tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

“Saya menjangkakan bahawa aduan saya akan ditangani dengan maruah tetapi melihat bahawa tidak ada langkah yang diambil ke arah keadilan, itu membuat saya marah,” katanya.

 

Semuanya Kerana Modi?

Menurut para wanita ini, penyalahgunaan dalam talian yang berlaku telah menunjukkan bagaimana perasaan terhadap umat Islam di India sejak Parti Bharatiya Janata (BJP) Perdana Menteri Narendra Modi berkuasa pada tahun 2014.

Dalam beberapa tahun terakhir, laporan berkenaan jenayah kebencian anti-Muslim meningkat dan beberapa negari yang diperintah BJP telah meluluskan undang-undang yang dikatakan oleh pengkritik telah menyebabkan peningkatan polarisasi agama.

Contohnya, pada tahun 2019, parlimen India meluluskan rang undang-undang yang akan memberi jalan masuk kepada pendatang dari tiga negara jiran – kecuali untuk orang Islam.

Menurut tinjauan sekitar 12,000 pegawai polis, keadaan berat sebelah terhadap anti-Muslim juga terdapat dalam pasukan polis.

 

Polis Turut Menuduh Orang Islam Itu Jahat

Laporan Status Policing di India pada tahun 2019 mendapati kira-kira separuh daripada polis India yang menjalani tinjauan berpendapat bahawa umat Islam “secara semula jadi cenderung” terhadap melakukan jenayah.

Zakia Soman, seorang aktivis sosial dan pengasas Pergerakan Wanita Muslim India, mengatakan prasangka juga nyata dalam talian, di mana serangan terhadap wanita Muslim meningkat dalam beberapa tahun terakhir.

“Ada yang membayar ‘bot’ di media sosial yang menyasarkan wanita, wartawan atau sesiapa sahaja yang tidak setuju di negara ini,” kata Soman.

Kejadian menggunakan gambar wanita Islam tanpa kebenaran ini bukan pertama kali berlaku.

Satu lagi lelongan atas talian juga pernah melakukan hal yang sama.

 

Bukan Kali Pertama Kes Wanita Islam “Dijual”

Pada bulan Mei, sebuah saluran Youtuba India bernama “Liberal Doge” telah memuatnaik video yang hampir sama dengan aplikasi Sulli Deals.

Ia telah memaparkan “lelongan” wanita Islam berketurunan Pakistan dengan foto mereka dipaparkan tanpa kebenaran.

Menurut jurucakap Youtube kepada CNN, akaun tersebut telah dihapus oleh YouTube setelah melanggar “dasar ketat” mereka yang melarang hebahan kebencian termasuk pengisian yang menawarkan keganasan dan kebencian terhadap jantina serta agama.

Youtube berkata tiga akaun yang hampir sama turut dihapuskan tetapi adalah tidak dikesan sama ia dijalankan oleh orang yang sama.

Sehingga kini, tidak ada sebarang penangkapan dan siasatan dilakukan walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat.

Ahli politik dan aktivis turut bergabung tenaga untuk mendapatkan keadilan bagi para wanita yang telah “dijual” atas talian.

 

Pembangkan Mempersoal Hak Wanita Untuk Bersuara Kepada Kerajaan

Pada 30 Julai, Priyanka Chaturvedi, seorang ahli politik untuk parti pembangkang, Shiv Sena telah menulis surat kepada Menteri IT Vaishnaw dan mendesaknya untuk mengambil tindakan terhadap Sulli Deals serta Liberal Doge.

Dalam suratnya yang turut dimuat naik ke Twitter, Chaturvedi menunjukkan bahawa “kekurangan undang-undang dan hukuman pencegahan yang ketat dan cekap” adalah faktor pendorong untuk kejahatan tersebut berlanjutan di masa depan.

“Di negara di mana wanita berjuang dengan keadaan berat sebelah, insiden ini sekali lagi memberikan perlindungan dan keselamatan wanita, terutama di ruang siber,” kata surat itu.

“Sungguh menyedihkan untuk melihat bahawa hampir tidak ada gerakan yang berkaitan dengan kes ini dilakukan sehingga sekarang walaupun ianya serius.”

CNN cuba menghubungi pejabat Vaishnaw untuk mendapatkan komen tetapi tidak mendapat sambutan.

Show More

Related Articles

Back to top button