Gaya HidupKerjaya

Kenali Mark Bezos, Individu Yang Bersama Jeff Bezos Ke Angkasa Lepas

Pada hujung Julai 2021, Jeff Bezos, orang paling kaya di dunia telah menaiki kapal angkasa New Shepard milik syarikat yang diasaskannya. Salah seorang penumpang yang menaiki kapal angkasa itu bersamanya ialah adiknya, Mark.

Jeff Bezos yang memiliki impian untuk melihat angkasa lepas seluruh hidupnya itu meminta adiknya untuk mennyertai penjelajahan 11 minit itu kerana menurutnya, “kami adalah kawan paling rapat”.

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang latar belakang Mark Bezos ini. Business Insider berkongsi beberapa fakta tentangnya.

 

Beza Usia Jeff dan Mark Bezos

Menurut profil Jeff Bezos yang diterbitkan pada tahun 1999, Mark Bezos adalah enam tahun lebih muda dan berusia 57 tahun.

Mereka merupakan adik-beradik berlainan bapa apabila ibu Jeff, Jackie melahirkan Jeff di usia muda manakala ayahnya, Mike berhijrah dari Cuba ke Amerika Syarikat pada usia 15 tahun.

Pasangan itu berjumpa ketika bekerja di sebuah bank dan akhirnya Mike Bezos mengambil Jeff sebagai anak angkat. Setelah berkahwin, Mark lahir.

 

Kerjaya Mark Bezos

Menurut celebfamily.com, Mark mempunyai latar belakang kehidupan yang sangat berlainan daripada Jeff.

Mark Bezos bekerja di Robin Hood, sebuah badan amal tanpa untung yang memainkan peranan dalam membanteras kemiskinan di bandar New York.

Mark yang memiliki ijazah periklanan dan perhubungan awam dati Texas Christian University memulakan kerjayanya di firma periklanan di bandar New York seperti DBB dan Saatchi & Saatchi.

Pada tahun 1999, beliau mengasaskan syarikat pemasarannya sendiri dan pada tahun yang sama menjadi pengarah untuk Yayasan Keluarga bezos yang diasaskan oleh kedua ibubapanya.

Pada tahun 2016, Mark mula bekerja untuk Robin Hood yang kini beliau menjadi majlis kepimpinan organisasi tersebut.

Beliau juga merupakan pengasas bersama sebuah firma ekuiti swasta bernama High Post Capital.

 

Seorang Lelaki Yang Serba Boleh

Mark Bezos ketika di ‘Ted Talk’ dan bercakap tentang pengalaman menjadi seorang ahli bomba. Sumber Imej: Ever Widening Circles

Mark sepertinya seorang yang serba boleh apabila dia juga menjadi menjadi sukarelawan untuk Scarsdale Fire Department di Westchester County sejak tahun 2005.

Pada tahun 2011, Mark sempat memberi ceramah Ted tentang menjadi seorang ahli bomba, berkongsi kisah lucu tentang diminta untuk melakukan pekerjaan yang tidak menarik bagi mendapatkan kasut untuk seorang wanita yang rumahnya terbakar. Tetapi setelah mendengar penghargaan wanita itu, katanya, dia melihat pentingnya melakukan kebaikan dengan bersikap murah hati.

“Saya akan memberikan peringatan ini: jangan tunggu,” kata Mark Bezos. “Jangan tunggu sehingga anda membuat satu juta pertama anda untuk membantu merubah kehidupan seseorang.”

Setelah ibubapa Jeff dan Mark melabur AS$246,000 ke dalam Amazon pada tahun 1995, Mark juga memiliki sahamnya tersendiri di dalam syarikat tersebut yang dianggarkan bernilai jutaan dollar.

Adik-Beradik Yang Saling Menyokong

Jeff Bezos menggambarkan adiknya sebagai “lelaki paling kelakar dalam hidupnya” dan mereka sering saling menyokong antara satu sama lain.

Menurut kisah Seattle Times, Jeff muncul di maraton pertama Mark di New York dan mula berjoging dengannya sejauh 40km (25 batu) untuk menawarkan sokongan moral sehingga menghampiri garisan penamat.

Show More

Related Articles

Back to top button