Bisnes & Ekonomi

Ekonomi Thailand Memburuk Sehingga Orang Sudah Tiada Apa-Apa Lagi Untuk Digadaikan

Semasa kemerosotan ekonomi yang normal, kedai pajak gadai menjadi tempat tumpuan orang Thailand. Namun sebuah pajak gadai yang telah beroperasi sejak tahun 1989 berkata mereka belum pernah melalui situasi seteruk ini terutamanya ketika gelombang ke-tiga pandemik melanda Thailand.

Ekonomi Thailand Lebih Teruk Berbanding Krisis Kewangan Tahun 1997

“Orang sudah tidak ada lagi apa-apa untuk digadaikan. Penjualan kami lebih teruk berbanding ketika krisis Tom Yum Kung,” kata Danai Tangvatanangkoon yang melihat krisis kali ini lebih teruk berbanding krisis kewangan 1997 yang telah menyebabkan jutaan orang kehilangan wang simpanan mereka.

“Sekurang-kurangnya (ketika itu) mereka masih memiliki pekerjaan… kini mereka tidak ada apa-apa.”

Bulan lalu, Bank of Thailand telah memotong pertubuhan KDNK 2021 yang diunjurkan dari 3.0 menjadi 1.8% dan untuk tahun 2022, ianya diunjurkan hampir setengah peratus akibat daripada ketiadaan pelancong dan penyebaran virus korona yang kian terjadi.

Kadar anggaran itu kelihatan optimistik buat masa ini untuk negara yang baru berhasil memvaksinasi penuh 5% populasi mereka daripada jumlah 70 juta populasi negara.

Ini menyebabkan kerajaan Prayuth Chan-ocha bergelut dengan mengatasi masalah pandemik dan juga kemarahan orang ramai kerana proses edaran vaksin yang lembab.

 

Peningkatan Kes COVID-19 Mengejut Melumpuhkan Ibu Kota Thailand

Seperti di Malaysia, kes COVID-19 di Thailand juga telah meningkat pada kadar yang tidak disangka-sangka sehingga mencapai 11,000 kes pada hujung minggu lalu.

Pada hari Selasa, Thailand telah melaporkan sebanyak 11,305 kes dan 80 kematian di mana pihak berkuasa menjangkakan jumlah kes akan berganda pada awal Ogos.

Ibu kota Thailand, Bangkok juga telah ditutup sejak awal bulan ini dan penerbangan domestik turut digantung. Sekatan jalan raya di bandar tersebut turut dilakukan untuk mencegah daripada orang memasuki ibu kota tersebut kecuali mereka dari industri penting.

Ini telah menyebabkan aktiviti ekonomi mereka terhenti sewaktu ia sedang beransur pulih di antara tahun lalu sehingga bulan April.

Runtuhnya ekonomi di Thailand juga melihat peniaga buah-buahan, penjual barangan perhiasan sehingga tukung urut kehilangan pekerjaan.

Hutang isi rumah juga dilihat meningkat sehingga 90% KDNK.

 

Sasaran Pembukaan Sektor Ekonomi Thailand Pada Bulan Oktober Kelihatan Kabur

Akibat masalah besar ini, Prayuth telah berjanji kepada negaranya untuk membuka semula sektor ekonomi pada bulan Oktober. Akan tetapi dengan kes pandemik, sasaran ini mungkin tidak akan tercapai.

Walaupun destinasi pelancongan seperti Phuket dan Koh Samui telah dibuka, pemerhati industri melihat tidak akan ada pelancong mungkin mahu datang ke tempat di mana jumlah orang tidak divaksinasi adalah tinggi dan mereka masih bergelut dengan pandemik.

Bank Dunia minggu ini berkata jumlah pelancong yang mungkin akan ada pada hujung tahun ini mencapai 600,000 berbanding 4-5 juta yang dijangka sebelum kehadiran peningkatan drastik kes COVID-19.

 

Langkah Thailand Mengatasi Kemerosotan Ekonomi

Negara tersebut kini berharap pada rangsangan ekonomi. Thailand telahpun memperoleh 1.5 trilion baht (AS$45bilion) untuk merangsang ekonomi mereka dengan tahap terakhir sebanyak AS$15bilion yang dipersetujui pada bulan Mei untuk disebarkan dalam beberapa bulan mendatang.

Rangsangan yang diperkenalkan untuk pertama kali itu telah berjaya memberhentikan ekonomi daripada tersungkur teruk, kata Menteri Kewangan Arkhom Termpittayapaisith.

“Pemulihan tersebut mungkin tidak akan terjadi serta-merta seperti yang kita harapkan,” katanya sambil menambah bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan lagi cuti dari pembayaran hutang sehingga tahun hadapan untuk membenarkan para peniaga bangkit semula.

 

Pajak Gadai Merupakan Tumpuan Utama Orang Thailand Jika Terjadi Kemerosotan Ekonomi Tetapi Kali Ini Keadaan Berlainan..

Semasa kemerosotan ekonomi yang normal, kedai pajak gadai menjadi tempat tumpuan apabila pelanggan meminjam dalam jangka pendek terhadap barang mereka untuk menampung kekurangan tunai secara tiba-tiba dan kemudian membuat pembayaran balik apabila keadaan mereka bertambah baik.

Menurut Danai, kali ini adalah berlainan. Pelanggannya jatuh dan tenggelam semakin dalam ke dalam jerat hutang.

Ramai yang gagal memenuhi tempoh pembayaran lima bulan untuk mendapatkan barang mereka kembali, dengan banyak yang tidak mampu membayar pembayaran faedah 1.5 peratus.

“Kami memperpanjangkan kontrak hingga enam atau tujuh bulan, ini bermaksud barang mereka akan berada dengan kami lebih lama tetapi kami juga tidak dapat menghasilkan wang dengannya,” kata Danai.

 

Orang Sudah Tidak Ada Apa-Apa Lagi

Orang Thailand telah lama menjadi peminjam paling besar di Asia, dan mengumpulkan sejumlah hutang peribadi bernilai sekitar 14 trilion baht (AS$426.5bilion), kebanyakannya terjadi sebelum wabak itu mendorong ekonomi semakin di hujung tanduk.

Menurut Danai, di jalanan tanda-tanda pemulihan semakin samar-samar.

“Kita tahu keadaan semakin memburuk apabila orang yang bekerja juga sudah mula menggadaikan gajet, telefon dan juga laptop mereka,” kata Danai.

“Orang sudah tidak ada apa-apa lagi.”

Show More

Related Articles

Back to top button