AntarabangsaIsu Semasa

China Dakwa Makmal Di Fort Detrick Adalah Sumber Virus COVID-19

Seperti kita semua dengar, virus COVID-19 dikatakan berasal daripada sebuah makmal di Institut Virologi Wuhan, China. Akan tetapi terdapat sebuah makmal lagi yang mungkin menjadi punca virus tersebut. Ia adalah Institut Kajian Penyakit Berjangkit Fort Detrick yang terletak satu jam daripada Washington, Amerika Syarikat (AS).

Kemungkinan besar kebanyakan orang AS tidak pernah dengar tentang institut ini tetapi ia merupakan makmal untuk program senjata biologi AS.

 

Siapa Yang Menimbulkan Teori Kemunculan Virus COVID-19 Mungkin Datang Daripada Makmal Di Fort Detrick?

Netizen China yang telah menimbulkan hal tersebut setelah diplomasi pejuang serigala yang keras mengecam segala kritikan ke atas China di media sosial dan dalam wawancara.

Mereka telah berkali-kali melakukan kiriman di media sosial dan juga sidang media tentang Fort Detrick, Maryland yang juga berpotensi menjadi sumber virus COVID-19.

“Penyakit misteri EVALI (berkaitan kecederaan paru-paru akibat penggunaan e-rokok ataupun vape) terjadi di Wisconsin pada Julai 2019 dengan simptom sangat mirip dengan COVID-19. Wabak di tempat kejadian tersebut hanya terletak satu jam perjalanan daripada Fort Detrick.” ujar Menteri Luar Negara, Hua Chunying di Twitter.

Hua dan juga dua rakan sekerjanya daripada kementerian yang sama, Zhao Lijian dan Wang Wenbin telah menyeru siasatan di lakukan ke atas Fort Detrick sebanyak 33 kali di sidang media rasmi.

Yang terakhir, mereka telah melakukan 27 kali ‘mention‘ sejak Presiden AS Joe Biden mengambil jawatan Presiden bulan Januari lalu.

Apakah Fort Detrick Ini?

Apabila penyakit COVID-19 muncul pada pertama kali di Wuhan, China pada akhir tahun 2019, majoriti orang berfikir ianya datang daripada haiwan seperti virus dalam famili virus korona yang lain.

Akan tetapi kini terdapat sejumlah ahli sains dan ahli politik yang kian mahukan siasatan bebas dilakukan bagi mengetahui asal usul COVID-19. Ini termasuk siasatan ke atas Fort Detrick.

Fort Detrick merupakan tempat program senjatabio AS yang berdiri sejak tahun 1943 hingga ia ditutup pada tahun 1969.

Ianya kini menjadi agen pertahanan bio di bawah Institut Kajian Penyakit Berjangkit Tentera Amerika Syarikat.

Pada Ogos 2019, BSL-4 ataupun makmal keselamatan hebat terpada ditutup oleh Pusat Kawalan Penyakit AS kerana perlanggaran keselamatan berkaitan pembuangan bahan berbahaya. Ia kemudiannya dibuka semula pada April 2020.

Hashtag untuk nama Cina Fort Detrick mempunyai lebih daripada 270 juta hits di Weibo, platform seperti Twitter di China yang membahaskan tentang AS menyembunyikan senjatabio dan kajian virus yang mematikan.

 

Dakwaan China Terhadap Fort Detrick

Beijing buat pertama kalinya menyebut nama Fort Detrick pada Mac 2020 setelah Presiden AS ketika itu telah mendakwa tanpa bukti bahawa virus korona yang baharu ini berasal daripada kebocoran makmal di Wuhan.

Setelah Trump kalah sewaktu pilihan raya Presiden, kenyataan tersebut tidak terpadam begitu sahaja walaupun sebuah laporan yang dikeluarkan pada 30 Mac oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata “sangat tidak mungkin” ianya merupakan kebocoran makmal dari Wuhan.

Sehari setelah WHO mengeluarkan laporan tersebut, 14 negara termasuk AS, Britain, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Kanada telah mengeluarkan kenyataan terdapat kekurangan akses terhadap data asli makmal Wuhan untuk disiasat.

Jurucakap China, Zhao telah membalas dengan mengungkit tentang Fort Detrick.

“Aktiviti apakah yang sedang dilakukan oleh ketenteraan AS di dalam makmal dan pangkalan di Fort Detrick?,” soal Zhao.

“Kita sekali lagi menyeru AS untuk bersikap tanggungjawab dan bertindak ke atas kebimbangan antarabangsa dan menawarkan klarifikasi penuh terhadap aktiviti ketenteraan-bio di rumah dan juga luar negara.”

 

Fort Detrick Pernah Disiasat Sebelum Ini

Milton Leitenberg, seorang ahli biokimia dan pengawai penyelidik kanan di Pusat Antarabangsa dan Kajian Keselamatan di University Maryland berkata syakwasangka China tentang Fort Detrick telah mengabaikan ketelusan asas masa lalu.

Leitenberg berkata AS menghentikan program senjata biologinya pada tahun 1969 dan kemudian mengundang pegawai dari Kesatuan Soviet untuk memeriksa Fort Detrick.

Kemudian pada tahun 1991, Washington bersetuju untuk membenarkan pasukan Soviet mengunjungi mana-mana kemudahan pilihan mereka di AS untuk memeriksa adakah orang Amerika mematuhi Konvensyen Senjata Biologi tahun 1973 bagi memusnahkan persenjataan biologi, katanya.

Pada tahun 1990-an, menurut Leitenberg, beberapa ahli sains China telahpun bekerja di Fort Detrick yang ditugaskan untuk melakukan kajian ke atas persenjataan untuk lebih 50 tahun dan menulis beberapa buku tentang subjek tersebut termasuk senjata biologi.

Namun sebaliknya, dia berkata, “Kerajaan China tidak pernah membenarkan pakar Barat, ahli sains dan pasukan antarabangsa untuk mengunjungi mana-mana kemudahan senjata biologi ketenteraan.”

South China Morning Post tidak berjaya mendapatkan maklum balas tentang perkara ini daripada menteri luar negeri mahupun menteri pertahanan China.

Konspirasi Virus COVID-19

Beijing yang memfokuskan ke atas Fort Detrick merupakan tindakbalas mereka terhadap kempen propaganda sayap kanan Amerika yang dilakukan oleh Trump.

Pada September 2020, Yang Limeng, seorang bekas pengkaji posdoktoral dalam bidang virologi di University Hong Kong bercakap di Tucker Carlson Tonight yang ditayangkan di Fox News, salah satu rancangan yang paling ditonton di AS.

Dia mendakwa telah menulis laporan yang menunjukkan bahawa COVID-19 telah dibangunkan oleh pihak ketenteraan China yang mana tidak ada seorang pun ahli virologi mengesahkannya.

Seorang lagi ahli perniagaan yang dibuang negara dan melarikan diri ketika tidak bersetuju dengan Parti Komunis China telah berkali-kali mendakwa Beijing telah membangunkan COVID-19 dalam sebuah makmal sebagai senjatabio serta mendakwa akan terjadi serangan-serangan lain.

Gregory Koblentz, Pengarah Program Sarjana Biopertahanan di George Mason University Virginia berkata teori yang menyatakan China telah membangunkan COVID-19 sebagai senjata biologi adalah “tidak masuk akan dan merepek”.

COVID-19 juga telah dipolitikkan setelah itu dengan mencipta pelbagai teori konspirasi,”katanya dan menambah. “Ia adalah sukar untuk mempercayainya jika anda berdepan dengan Fox News ataupun Global Times dari China yang menyalahkan Fort Detrick.”

 

Taktik Klasik Pihak Komunis?

Namun sasaran China ke atas Fort Detrick turut dikatakan sebagai taktik klasik autoritarian daripada buku permainan menidakkan maklumat Rusia, kata Koblentz yang pernah memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan UN pada tahun 2016 tentang terorisme-bio.

“Orang Rusia, secara langsung dan kemudian melalui proksi yang berlainan, terus-menerus membuat cerita baru bahawa Jabatan Pertahanan [AS] sedang membangun senjata biologi di Georgia dan Ukraine untuk digunakan terhadap etnik Rusia,” katanya.

Fort Detrick muncul dalam kempen disinformasi Soviet pada tahun 1980-an, ketika perkhidmatan rahsia KGB melancarkan Operasi Infektion berkaitan wabak Aids, menurut kabel yang terdeklasifikasi yang dipegang di pusat pemikir Wilson Center di Washington.

Infektion berkata, jabatan pertahanan AS dan Agensi Perisikan Pusat telah mengembangkan dan sengaja menyebarkan Aids untuk menekan populasi kulit hitam dan dunia ketiga.

Leitenberg turut mengingat kembali bagaimana Fort Detrick dituduh menghasilkan virus yang menyebabkan Aids. Ianya seperti kempen terkini Beijing, katanya lagi.

“Pihak China tidak memainkan permainan tersebut sehinggalah Mac 2020. Dan apabila mereka memulakannya, mereka telah menyerang bertubi-tubi.”

Apa Akan Terjadi Setelah Ini?

Pada bulan Mei, Biden berkata dia telah memberi memberikan 90 hari kepada komuniti perisik negara untuk mengumpulkan bukti yang akan membolehkan Washington membuat “kesimpulan pasti” tentang apakah pandemik itu berasal daripada hubungan manusia dengan haiwan yang dijangkiti atau dari kemalangan makmal.

Kesimpulan itu, menurut tarikh akhir Biden, akan dicapai sekitar 24 Ogos, tetapi tidak mungkin untuk mengakhiri makmal ketika China terus maju dengan narasi Fort Detrick.

 

Ramai Yang Mahukan AS Disiasat Sebagai Punca COVID-19?

Pada Sabtu lalu, tabloid Global Times telah menerbitkan sebuah surat terbuka dan petisyen yang menyeru WHO untuk menyiasat Fort Detrick.

Menurut laman web tersebut, petisyen tersebut sudah pun mendapat 3 juta tandatangan.

Ia juga berkongsi undian untuk orang awam memberi maklum balas di mana siasatan ke atas asal usul COVID-19 akan berlaku setelah ini.

Empat pilihan yang diberikan ialah AS, Fort Detrick, India, Itali dan “Lain-lain Negara”. 94.4% daripada maklumbalas undian tersebut telah memilih AS.

Jurucakap Zhao berkata dalam sebuah sidang media,”Aksi spontan daripada orang awam dan media telah pun mempersoalkan perkara yang mana masyarakat antarabangsa tidak dapat menjawab buat masa yang lama dan sesetengah orang di AS telahpun merahsiakannya.”

Show More

Related Articles

Back to top button