AntarabangsaIsu Semasa

Hari Kebebasan: Semua Sekatan Covid-19 Di England Berakhir

Kerajaan Britain hari ini menamatkan sekatan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di England, merangkumi semua prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal.

Tindakan itu mengundang kritikan dan amaran dalam kalangan parti pembangkang serta ahli sains yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang bakal mengundang bahaya.

 

Undang-Undang Pemakaian Pelitup Muka Dimansuhkan

Bermula tengah malam tadi, kelab malam boleh dibuka semula dan lain-lain premis tertutup dibenarkan beroperasi dalam kapasiti penuh.

Dalam pada itu, undang-undang yang meliputi pemakaian pelitup muka dan bekerja dari rumah turut dimansuhkan.

Perdana Menteri, Boris Johnson, yang kini menjalani kuarantin kendiri selepas ada kontak rapat dengan menteri kesihatan yang positif COVID-19, meminta orang awam terus waspada.

Beliau mempertahankan pendirian membuka semula sektor berkenaan, yang dianggap sebagai ‘Hari Kebebasan’ oleh beberapa agensi media, walaupun saintis menyuarakan kebimbangan kerana jangkitan harian di Britian kini mencecah 50,000 kes di belakang Indonesia dan Brazil.

“Jika kita tidak lakukan sekarang, kita akan buka semula pada musim luruh atau pada musim sejuk sewaktu virus ada kelebihan ketika cuaca sejuk.

“Minggu ini akan mula cuti persekolahan musim panas, yang menawarkan ‘penghalang bernilai’ bagi membolehkan kita menyesuaikan kehidupan di sebalik ancaman coronavirus.

“Sekiranya kita tidak melakukannya sekarang, kita harus tanya pada diri sendiri, bila lagi kita akan lakukannya? Jadi, ini adalah masa tepat tetapi kita harus melakukan dengan berhati-hati,” katanya menerusi mesej video.

 

Apa Kata Mereka Di England Tentang Perkara Ini?

Setakat ini, dua pertiga golongan dewasa di United Kingdom (UK) sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Di pihak pembangkang, jurucakap kesihatan Parti Buruh, Jonathan Ashworth, berkata kerajaan bersikap sambil lewa, dengan mengingatkan kebimbangan pakar bahawa pembukaan sektor berkenaan akan membahayakan kesihatan global.

Pakar dari Kolej Imperial London, Prof Neil Ferguson, memberi amaran kes jangkitan di Britain mungkin mencecah 100,000 sehari kerana penularan varian Delta yang pantas merebak.

 

Angka Kes COVID-19 Di England

Angka kes harian UK bagi setiap juta adalah antara yang tertinggi di dunia, menurut Our World in Data.

Hampir 129,000 orang telah mati akibat COVID-19 di United Kingdom, jumlah kematian ketujuh tertinggi di dunia. Pada hari Ahad, ia melaporkan 48,161 kes baru dan 25 kematian.

Para saintis antarabangsa menggambarkan keputusan England sebagai ancaman bagi seluruh dunia, dan 1,200 saintis memberikan sokongan kepada surat kepada jurnal perubatan terkemuka Britain, The Lancet, yang mengkritik keputusan pemerintah itu.

“Saya tidak dapat memikirkan senario baik yang realistik untuk keluar dari strategi ini, saya takut,” kata Julian Tang, ahli virologi klinikal di University of Leicester, kepada agensi berita Associated Press.

Salah satu kerisauan, kata Tang, adalah “varian super” yang mungkin muncul ketika orang ramai dibenarkan untuk bergaul tanpa langkah berjaga-jaga pada musim panas UK.

Show More

Related Articles

Back to top button