Gaya HidupKesihatan

Mengapa Kes Covid Di Malaysia Semakin Meningkat & Bila Ia Akan Berakhir?

Peningkatan kes harian Covid-19 di Malaysia yang terkini pada lebih 13,000 kes semalam sememangnya membimbangkan kita semua.

Apatah lagi perkongsian kisah oleh TheStraitsTimes satu keluarga yang kekal duduk di rumah sejak bulan April didapati postif Covid-19.

 

Duduk Di Rumah Tetapi Positif Covid-19

Puan Noriah Bakar, 36 tahun bersama suami dan dua anaknya didapati positif varian Delta minggu lalu.

“Kami masih bingung kerana sejak pertengahan April lalu, suami saya hanya keluar rumah sekali sahaja untuk mengambil dokumen kerja dan saya hanya keluar rumah dua kali sahaja tiga minggu lalu untuk temujanji vaksinansi dan membeli roti,” kata surirumah yang tinggal di Subang Jaya, Selangor.

“Kami sangat bergantung kepada perkhidmatan atas talian untuk membeli barang dapur walaupun kosnya sangat tinggi, oleh itu kami tidak habis fikir di mana kesalahan kami,” tambahnya.

 

Varian Delta Merupakan Punca Peningkatan Kes Di Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Noor Hisham Abdullah telah memberi amaran bahawa jumlah penambahan kes ini akan meningkat dalam dua minggu lagi akibat daripada varian Delta yang boleh dijangkiti melalui udara dan telah dikesan berada di hampir semua negeri di Malaysia.

Varian Delta ini dikatakan mampu menyebar melalui udara dengan menjangkiti lima daripada lapan orang. Ini bermaksud jika varian ini menjangkiti 100 orang, ia mampu menular kepada 800 orang lain dalam jangka masa yang singkat.

 

Sebab Lain Peningkatan Kes Covid Di Malaysia

Menurut Professor Awang Bulgiba Awang Mahmud, Pengerusi Analisis dan Strategi Epidemiologi Covid-19 kerajaan, gabungan penyebaran komuniti yang meluas, penyebaran yang berlaku udara disebabkan oleh pengudaraan yang lemah dan ketidakpatuhan terhadap protokol kesihatan kerana keletihan pandemik adalah antara sebab berlakunya peningkatan kes di seluruh negara.

Peningkatan kes COVID-19 di Malaysia ini juga disumbangkan oleh peningkatan ujian massal terutamanya di kalangan orang bekerja yang sehingga semalam merekodkan 135,000 ujian telah dilakukan.

Jumlah keseluruhan ujian COVID-19 daripada 6 JUlai sehingga 12 Julai ialah 825,373 ujian.

Ahli epidemiologi dan biostatistik Kamarul Imran Musa, yang merupakan profesor bersekutu di Universiti Sains Malaysia, mengatakan kepada StraitsTimes, “Lebih banyak ujian membawa kepada lebih banyak kes, lebih banyak penularan membawa kepada lebih banyak kes. Jadi untuk lebih pasti, kita dapat melihat kadar positifnya. Sayangnya, sejak minggu lalu atau lebih, kadar positif sepertinya berada pada trend yang meningkat yang menunjukkan peningkatan transmisi. “

 

Ramalan Peningkatan Kes Harian Covid-19 Di Malaysia

Semalam Dr. Noor Hisham Abdullah meramalkan kes harian Covid-19 akan berkurangan pada 1,000 kes pada bulan Oktober jika Malaysia mampu meningkatkan proses vaksinasi penuh dalam 150,000 dos sehari.

Berdasarkan perkongsian maklumat Model Seir oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mereka mengunjurkan kes baharu Covid-19 akan terus meningkatkan dan mencapai puncak di pertengahan Ogos sebelum menurun dengan mengandaikan 80% populasi Malaysia telah pun di vaksin sepenuhnya pada 31 Oktober 2021.

Namun jika 80% populasi divaksin sepenuhnya pada 31 Disember pada kadar 100,000 dos kedua diberikan setiap hari, KKM mengunjurkan peningkatan kes COVID-19 akan mencapai kemuncak dengan 23,000 jangkitan harian pada pertengahan September sebelum ianya menurun.

Kedua-dua unjuran ini menggunakan 1.2Rt (nombor reproduktif) virus dengan 75% keberkesanan vaksin.

“Melalui unjuran kami, jika kita mampu memberi 100,000 dos sehari dan mengimplementasi 150,000 dos kedua (dengan 75% keberkesanan vaksin), kami menganggarkan penurunan kes akan berkalu di penghujung atau pertengahan November.”

“Namun jika purata keberkesanan vaksin adalah pada kadar 80% dan kita melakukan pemberian 150,000 dos kedua sehati, kami mengjangkakan kes akan menurun pada Oktober dengan 1000 kes sehari. Ianya bergantung kepada vaksinasi,” jelas Dr Noor Hisham.

 

Kebanyakan Kes Covid-19 Di Malaysia Tidak Bergejala

Dr Noor Hisham turut menyatakan bahawa 96% kes baharu mengalami gejala asimptomatik dan sederhana yang boleh dipantau di rumah.

Selebihnya merupakan kes kategori tiga hingga lima yang memerlukan bantuan pernafasan di hospital.

Dr Noor Hisham kekal berpendapat bahawa vaksinasi adalah satu-satunya solusi untuk mencegah daripada pandemik COVID-19 untuk negara “hidup bersama dengan virus” tersebut.

Perkara ini turut dikatakan oleh Dr. Bulgiba.

 

Labuan & Sarawak Perlu Dijadikan Contoh

Dr Noor Hisham juga memberi contoh tentang keadaan di Labuan di mana vaksinasi pantas telah berjaya mengawal wabak Delta dan mengurangkan kadar jangkitan kepada hanya 26 kes baharu dalam kurang 3 minggu.

Labuan sebelum ini pernah melaporkan kadar jangkitan di bawah 250 kes harian sejak 12 Jun di mana angka tiga digit tersebut terjadi sehingga 4 Julai penurunan kelihatan menjadi 75 kes.

Menurut CodeBlue, pada 14 Julai, kadar vaksinasi penuh Labuan ialah sebanyak 52% populasi dewasa dengan 58.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos COVID-19.

Wabak di Labuan mula mereka akibat daripada pengaruh imunisasi semula jadi daripada jangkitan sebelum ini di mana pulau kecil itu merekodkan kumulatif 9.331 kes COVID-19 sehingga 15 Julai 2021.

Ini bermakna 9.4% daripada populasi Labuan yang kurang daripada 100,000 orang itu pernah terjangkiti koronavirus.

“Kami perlu menggunakan pendekatan ini di Lembah Klang,” kata Dr Noor Hisham yang merujuk kepada program vaksinasi.

 

Kadar Vaksinasi Lembah Klang Perlu Ditingkatkan

“Kami boleh meningkatkan kadar vaksinasi dengan pelan jangkamasa yang lebih pandemik dan kami telah dimaklumkan bahawa sejumlah 5 juta dos telah disalurkan kepada Lembah Klang dan 3.1 juta daripada populasinya telah menerima dos pertama.

“Kami telah meningkatkannya untuk memastikan 5 juta orang divaksinasi sekurang-kurangnya dengan dos pertama sebelum 1 Ogos. Jika kita mampu melakukan ini, jumlah kes di hospital dapat dikurangkan,” katanya.

Sehingga 14 Julai, 39.6% daripada jumlah populasi di Lembah Klang telah menerima dos pertama mereka.

Dr Bulgiba turut memberi pujian kepada Sarawak kerana telah melakukan kerja vaksinasi yang baik untuk warganya dan Selangor harus mengikuti langkah mereka kerana Selangor ketinggalan berbanding Sarawak.

 

Vaksinasi 60% Malaysia Dijangka Pada Akhir September

Menteri yang bertanggungjawab tentang hal vaksin negara, YB Khairy Jamaluddin sebelum ini menyasarkan 40% populasi Malaysia akan divaksinasi penuh terhadap Covid-19 pada penghujung Ogos sejajar dengan Pelan Pemulihan Nasional.

Beliau menganggarkan vaksinasi penuh yang meliputi 60% populasi akan berakhir pada hujung September, lebih awal daripada yang dijadualkan pada akhir Oktober untuk bergerak ke fasa akhir pada bulan November di bawah strategi ‘exit’ kerajaan.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button