AntarabangsaIsu Semasa

Mahkamah EU Benarkan Pekerja Wanita Berhijab Dipecat

Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan majikan dalam blok terbabit boleh memecat mana-mana pekerja wanita yang mengenakan hijab ketika bertugas.

 

Pendapat Mahkamah Tentang Peraturan Wanita Berhijab Di Tempat Kerja Dalam EU

Portal berita Independent melaporkan, dalam penghakiman itu, mahkamah berpendapat ia selari dengan peraturan umum syarikat yang secara jelas melarang penggunaan simbol agama di tempat kerja.

“Larangan berhijab mungkin wajar dikuatkuasa kerana ia membabitkan sensitiviti agama dan ideologi, yang dibuat majikan mengikut keperluan atau dasar di tempat kerja.

“Ia bagi menunjukkan imej sama rata atau mengelakkan perselisihan sosial dengan pelanggan mahupun rakan sekerja yang berbeza agama.

“Namun, alasan yang diberikan pihak majikan harus sesuai dengan keperluan sebenar serta mengambil kira hak serta kepentingan semua pihak berhubung isu berkenaan,” menurut penghakiman yang dibuat.

 

Kes Wanita Dipecat Kerana Memakai Hijab Di EU

Mahkamah mengeluarkan pandangan itu selepas dua wanita Jerman digantung kerja selepas mereka mula memakai hijab di tempat kerja.

Dalam kes pertama, Samira Achbitam, dipecat daripada jawatannya sebagai penyambut tetamu oleh syarikat keselamatan selepas bertegas untuk bertudung.

Achbita tewas dalam samannya di dua mahkamah di Belgium dan kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi, yang meminta pandangan mahkamah EU.

Aktivis Jaringan Muslim EU, Sulaiman Wilms, berkata itu bukan saja tamparan kepada wanita Islam yang bekerja, sebaliknya menunjukkan trend Eropah dalam mengekang amalan kepercayaan keagamaan dan rohani mereka.

 

Mahkamah Melindungi Wanita Islam

Sementara itu seorang peguam kanan Rangkaian Anti-Rasisme Eropah, Julie Pascoet, berkata keputusan Mahkamah EU itu dilihat sebagai kegagalan untuk melindungi wanita Islam daripada penindasan.

Inisiatif Keadilan Masyarakat Terbuka mengemukakan kebimbangan tentang keputusan yang “mungkin terus mengecualikan banyak wanita Muslim, dan minoriti agama lain, daripada pelbagai pekerjaan di Eropah”

Penasihat Dasar Senior Inisiatif itu, Maryam H’madoun memberi amaran bahawa para majikan perlu bertindak dengan teliti kerana “mereka berisiko dianggap bertanggungjawab atas diskriminasi … jika mereka tidak dapat menunjukkan keperluan untuk larangan berpakaian agama.”

 

Larangan Berhijab Di EU

Pada tahun 2014, mahkamah tinggi Perancis membenarkan pemecatan seorang pekerja jagaan harian Muslim kerana memakai tudung di sebuah rumah persendirian yang menuntut  pekerja bebas daripada simbol agama.

Perancis juga telah melarang pemakaian hijab di sekolah pada tahun 2004.

Mahkamah perlembagaan Austria memutuskan undang-undang yang melarang kanak-kanak perempuan berusia sehingga 10 tahun dari memakai tudung ke sekolah adalah diskriminasi.

Keputusan mahkamah EU itu mungkin menimbulkan konflik dengan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang memutuskan pada tahun 2013 bahawa memakai salib di tempat kerja adalah hak asasi.

Show More

Related Articles

Back to top button