Sukan

Siapa 29 Atlet Pelarian Yang Akan Bertarung Di Tokyo Olimpik 2020?

29 atlet pelarian telah mula berlatih di Aspire Dome, Qatar. Mereka adalah daripada 11 negara berbeza yang bakal memasuki 12 jenis sukan di Olimpik Tokyo.

 

Atlet Pelarian Olimpik Akan Membawa Bendera Olimpik Di Acara Pembukaan Tokyo Olimpik 2020

Kebanyakan atlet ini adalah daripada negara bergolak Syria, Iran dan Selatan Sudan. Selebihnya ialah dari DR Congo, Afghanistan, Eritria, Cameroon, Sudan, Cong, Venezuela dan Irak.

Mereka akan bertarung di Tokyo Olimpik 2020 di bawah pasukan Pelarian Olimpik dan memegang bendera Olimpik ketika acara pembukaan di Stadium Nasional Jepun pada 23 Julai ini.

 

Kali Kedua Pasukan Ini Akan Bertanding Di Sukan Olimpik

Ini merupakan kali kedua pasukan Pelarian Olimpik ini akan bertanding di sukan Olimpik.

Pertama kali ia diadakan pada tahun 2016 setelah Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) meluluskan pasukan ini yang pada ketika itu terdiri daripada 10 atlet sahaja.

Kesemua atlet ini telah memiliki status pelarian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menurut UNHCR, seseorang akan mendapat status pelarian apabila “seseorang itu telah dipaksa untuk meninggalkan negaranya kerana penganiayaan, perang, atau keganasan ”.

 

Syria Memiliki Atlet Paling Ramai Dalam Pasukan Atlet Pelarian Olimpik

Menurut Outlook, terdapat 9 atlet dari Syria akan memasuki sukan dari judo hingga berenang.

Atlet dari Sudan pula akan menyertai larian jarak jauh. Iran, Irak dan Afghanistan juga mempunyai wakil tersendiri.

Masomah Ali Zada. Sumber Imej: Archyde

Masomah Ali Zada, atlet 24 tahun yang melarikan diri dari Afghanistan dan tiba di Perancis akan menyertai acara berbasikal.

Beliau terinspirasi daripada Tour de France dan mengambil sukan tersebut untuk memenuhi impian Olimpiknya.

“Di Afghanistan, kaum lelaki fikir adalah tidak sesuai untuk wanita menaiki basikal dan Taliban telah mengharamkan kami daripada bersukan,” kata Masomah kepada France24.

Masomah juga ingin menyertai Sukan Olimpik, untuk meyakinkan mereka yang berfikir tidak wajar bagi wanita menunggang basikal atau mereka yang fikir ianya pelik untuk seorang wanita Islam yang memakai tudung berbasikal.

Setiap atlet dalam pasukan pelarian ini memiliki kisah istimewa untuk dikongsikan. Namun, tujuan utama pihak IOC untuk mengadakan pasukan ini ialah untuk memberi mesej harapan dan solidariti kepada jutaan pelarian di seluruh dunia, memberi inspirasi kepada yang lain dengan semangat kekuatan dalam diri.

 

Ini adalah senarai penuh atlet dalam Pasukan Atlet Pelarian Olimpik

Afghanistan

1. Abdullah Sediqi – Taekwondo (Men’s -68kg);
2. Masomah Ali Zada – Berbasikal (Wanita di jalan raya)
3. Nigara Shaheen – Judo (Wanita campuran berkumpulan)
4, Nigara Shaheen – Judo (Wanita campuran)

Syria

1. Ahmad Baddredin Wais – Berbasikal (Lelaki di jalanraya)
2. Ahmad Alikaj – Judo (Pasukan lelaki bercampuran)
3. Alaa Maso – Berenang (Lelaki Kuak Bebas 50m)
4. Aram Mahmoud – Badminton (Perseorangan)
5. Muna Dahhouk – Judo (Wanita campuran)
6. Sanda Aldass – Juo (Wanta campuran)
7. Wael Sheub – Karate (Kata lelaki)
8. Wessam Salamana – Tinju (Lelaki 57kg)
9. Yusra Mardini – Berenang (Kuak Kupu-kupu 100m wanita)

Irak

1. Aker Al Obaidi – Gust ( Lelaki Greco-Roman – 67kg)

Selatan Sudan

1. Anjelina Nadai Lohalith (Olahraga – Wanita1500m)
2. James Nyang Chiengjiek (Olahraga- Lelaki 800m)
3. Rose Nathike Lokonyen – Atletik 800m

Cameroon

1. Cyrille Fagat Tchatchet II – Angkat Berat (Lelaki 95kg)

Iran

1. Dina Pouryounes Langeroudi – Taekwondo (Wanita 49kg)
2. Hamoon Derafshipour – Karate (Lelaki 67kg)
3. Javad Majoub – Judo (Lelaki pasukan bercampuran)
4. Kimia Alizadeh Zenozi – Taekwondo (Wanita- 57kg)
5. Saeid Fazloula – kanu (Lelaki 500m)

Congo

1. Dorian Keletela – Olahraga (Lelaki 100m)
2. Popole Misenga – Judo (Lelaki campuran)

Venezuela

1. Eldric Sella Rodriguez – Tinju (Lelaki – 75kg)

Sudan

1. Jamal Abdelmaji Eisa Mohammed – Olahraga (LElaki 5000m)

Eritrea

1. Luna Solomon – Menembak (Senapang udara 10. wanita)
2. Tachlowini Gabriyesos – Olahraga (Maraton Lelaki)

 

Mereka Memberi Inspirasi Kepada Ramai Orang

“Kami merasa terhormat diberi kesempatan untuk memberi sumbangan kecil dalam perjalanan inspirasi Pasukan Pelarian Olimpik,” kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Qatar (QOC) Sheikh Joaan Bin Hamad Al Thani, di Zona Aspire di Doha, Selasa.

“Persembahan pasukan tidak hanya akan memberi inspirasi kepada berbilion orang tetapi juga akan meningkatkan kesedaran tentang skala krisis pelarian global.”

Namun, IOC berkata bahawa pasukan terpaksa menangguhkan keberangkatannya ke Jepun berikutan kes positif COVID-19 oleh seorang pegawai pasukan.

“Akibatnya, telah diputuskan bahawa pasukan itu tidak akan melakukan perjalanan ke Tokyo dan akan melanjutkan latihan mereka di Doha sambil diuji setiap hari,” kata IOC dalam satu kenyataan.

Show More

Related Articles

Back to top button