Bisnes & Ekonomi

Cara Kerja Jeff Bezos Lain Dari Lain Yang Membuat Syarikatnya Tersohor

Walaupun Syarikat Besar, Jeff Bezos Tetap Memeriksa Dengan Sendiri Bahagian Khidmat Pelanggan

Pada tahun 2004, Jeff Bezos dan penasihat teknikalnya, Colin Bryar memandu kereta bersama ke bandar Tacoma yang terletak satu jam daripada selatan Seattle, Washington.

Ketika itu Amazon sudahpun menjadi syarikat multi-bilion tetapi mereka berdua ingin melihat pusat perkhidmatan pelanggan secara terus di mana kedua-duanya menjadi agen perkhidmatan pelanggan selama dua hari.

“Jeff yang mengangkat panggilan telefon sendiri,” kata Bryar di mana salah satu produk mereka sering kali mendapat aduan. “Mata Jeff menjadi membulat,” kenang Bryar.

Bezos sangat kecewa. Ianya jelas bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan produk tersebut tetapi ia belum lagi parah. Di penghujung hari, dia menghantar emel untuk meminta cara lebih efisyen untuk mengetahui produk bermasalah.

 

Prinsip Jeff Bezos

Setelah 27 tahun mempelopori dan membina Amazon, pada hari Isnin lalu Jeff Bezos akhirnya meletakkan jawatan.

Pada ketika ini Bezos sudah membangunkan beberapa siri prinsip kepimpinan yang tidak biasa yang mana ada yang mengatakan ia menjadi tulang belakang kepada kejayaannya.

Ada yang percaya caranya pula berbeza dan salah dengan Big Tech (Teknologi Tinggi).

Menurut BBC, jika anda pernah bercakap dengan sesiapa yang pernah bekerja di Amazon, anda tidak perlu menunggu lama sehingga mereka akan berkata frasa yang sama “obsesi pelanggan”.

Bagi Bezos, keuntungan merupakan aspirasi jangka panjangnya. Untuk sebuah syarikat berjaya, mereka perlu memiliki pelanggan dalam apa jua keadaan.

 

Pengalaman Pekerja Amazon Yang Hampir Dipecat

Nadia Shouraboura yang mula bekerja dengan Amazon pada tahun 2004 mengingat kembali kenangan yang dia fikir dia bakal dipecat.

“Saya telah melakukan kesilapan terbesar dalam hidup saya ketika kemuncak musim Krismas,” kenang Shouraboura yang kini berada dalam pasukan elit “S-team” dalam kalangan pengurus.

Shouraboura telah mengarahkan produk kunci diletakkan pada rak terlalu tinggi di gudang. Ia akan mengambil masa dan wang untuk mengambil produk yang betul dari rak tersebut.

“Saya mendapat idea bernas untuk kita tidak kehilangan wang dan menyelesaikan masalah tersebut. Namun ketika saya bercakap dengan Jeff tentang perkara itu, dia melihat saya dan berkata ‘cara anda berfikir adalah salah’.

“Anda berfikir cara untuk mengoptimumkan wang di sini. Selesaikan masalah untuk pelanggan, dan datang balik ke saya dalam beberapa minggu ke depan lalu beritahu berapa kosnya.”

Ramai Pengkritik

Ramai orang mengkritik Bezos. Pada bulan lalu, sebuah artikel dari ProPublica telah mendakwa terlihat pulangan cukai Bezos dan menyatakan Jeff Bezos tidak membayar cukai pada tahun 2007 dan 2011. Ia merupakan sebuah kenyataan yang mengejutkan untuk orang paling kaya di dunia.

Cerita negatif lain tentang Amazon adalah sangat dahsyat. Mereka berkata Amazon memonopolikan pasaran juga tidak membantu reputasi Bezos.

Walau bagaimanapun, orang yang bekerja dengannya secara dekat tidak pernah melihat wataknya sebagai tiada belas kasihan mahupun mementingkan diri sendiri.

Bagi mereka, dia seorang yang memiliki visi perniagaan. Seorang lelaki yang hanya memiliki satu fokus untuk mencipta falsafah kerja yang bersejarah dan sebuah syarikat bernilai hampir AS$1.8trilion.

Cara Kerja Bezos Di Amazon

Bezos lebih gemar kumpulan kecil. Dia mempunyai pertauran untuk memastikan mesyuarat yang diadakan produktif dengan persiapan hanya dua piza untuk semua orang dalam kumpulan.

Bezos bencikan perbentangan PowerPoint dan lebih gemar menggunakan memo bertulis untuk para eksekutif berbincang.

Untuk mengelak daripada beberapa personaliti yang dominan menonjol berlebihan, dia akan keliling setiap orang dalam mesyuarat dan bertanya pendapat mereka tentang sesuatu soalan.

Orang yang mengenalinya tahu dia suka orang yang suka menolak. “Kami akan bertengkar dan menjerit pada satu sama lain,” kata Shouraboura.

“Semuanya terbuka dan di atas meja. Perbincangan akan menjadi hangat dan sangat mendalam. Namun ia selalunya tentang subjek dan bukan disebabkan orang tersebut,” katanya.

 

Prinsip Amazon

Amazon memiliki 14 prinsip kepimpinan. Salah satunya ialah “tulang belakang untuk tidak bersetuju”.

Perkara ini adalah budaya yang Bezos ingin terapkan di peringkat tertinggi. Para pemimpin seharusnya “tidak berkompromi demi kesatuan sosial”, kata prinsip itu.

Namun, ada persoalan tentang apakah falsafah itu selalu ditafsirkan dengan betul di peringkat bawah.

Pada tahun 2015, New York Times menerbitkan sebuah artikel yang mendakwa budaya kerja “membengkak” dalam bekas pekerjanya.

Bezos merupakan peminat kejuruteraan, ciptaan, mesin. Dia taksub dengan metrik – bukan sifat buruk dalam dunia logistik. Tetapi pengkritik mengatakan bahawa obsesi mempunyai kos manusia, terutama di kebanyakan gudang Amazon.

Semasa percubaan yang gagal oleh pekerja Amazon di Bessemer, Alabama untuk membentuk sebuah kesatuan, ramai pekerja yang mengatakan mereka merasa seperti “roda gigi dalam mesin”. Yang lain akan menggambarkan perasaan “sentiasa dipantau”.

 

Jeff Bezos Menyokong Idea Pekerja Yang Dipercayainya

Di kalangan peringkat senior pula, pengurusan gaya Bezos adalah berlainaan. Bezos lebih gemar pasukannya untuk mempunyai kuasa autonomi yang dia percaya akan memupuk inovasi.

Perkhidmatan Laman Amazon (AWS) merupakan perkhidmatan awan komputer yang sangat berjaya walaupun jika dilihat dari hadapan ia tidak ada kaitan dengan perniagaan induk Amazon iaitu e-dagang.

Namun Bezos tetap menyokong idea tersebut dengan memberi pekerja yang dipercayainya, Andy Jassy kebebasan dan modal untuk menghasilkan syarikat dalam syarikat.

Bezos melihat Jassy sebagai seorang usahawan dan bukan perngurus. Ianya sebuah kunci kemungkinan dia akan menggantikan Bezos.

 

Seorang Yang Berani & Cara Kerja Jeff Bezos Yang Lain Dari Lain

“Ia adalah mudah untuk menjadi berani apabila anda sebuah ‘start-up’ tetapi apabila anda sudah membesar, ia akan menjadi lebih sukar untuk menjadi berani kerana terlalu banyak risiko. Namun, dia sentiasa berani,” kata Shouraboura.

Orang yang mengenal Bezos akan berkata dia gemar untuk menangani masalah secara “mengundur”. “Ia sebuah proses yang sangat spesifik di Amazon,” kata Bryar.

Dalam kumpulan perancangan, mereka akan melakukan garis masa mengundur bermula dengan bagaimana mereka mahukan sesuatu perasmian itu terhasil lalu melihatnya ke belakang.

“Perkara pertama kumpulan itu lakukan ialah dengan menulis kenyataan media yang mana selalunya itu adalah perkara terakhir dilakukan oleh syarikat-syarikat lain.”

Ini memainkan pandangan Bezos berkaitan masa. Ia sesuatu yang banyak difikirkannya.

Dia memasang jam 10,000 tahun dengan AS$42 juta di sebuah gunung berongga di Texas. Ia seharusnya mewakili kekuatan “pemikiran jangka panjang”.

DanĀ  supaya adil, Bezos selalu mendekati perniagaan dengan mempertimbangkan permainan jangka panjang dalam minda.

Orang yang dekat dengannya sering menggunakan perkataan “metodis” untuk menggambarkan obsesi pelanggan terhadap keuntungan jangka pendek.

Selalu terpesona dengan perjalanan angkasa lepas, akhir bulan ini Jeff Bezos berhasrat untuk terbang ke angkasa pada penerbangan pertama yang dibuat oleh syarikatnya Blue Origin.

Bagaimanapun sebuah petisyen untuk tidak membenarkannya kembali ke Bumi telah berjaya mengumpulkan hampir 150,000 tandatangan.

Akan tetapi suka atau benci, Bezos telah membuktikan dirinya pemimpin yang sangat cerdas dan berkemampuan – seseorang yang telah mengubah cara syarikat di seluruh dunia beroperasi.

Show More

Related Articles

Back to top button