AntarabangsaIsu Semasa

Bimbang Dihantar Ke China, Etnik Uighur Mohon Diberi Status Pelarian di Malaysia

Beberapa kumpulan pro-Uighur meminta kerajaan untuk memberikan status pelarian atau suaka kepada etnik itu di Malaysia untuk mengelakkan mereka dihantar pulang ke China dan menghadapi pendakwaan politik kerana visa mereka hampir tamat tempoh.

 

Bagaimana Pelarian Uighur Boleh Tiba Di Malaysia?

Ramai orang Uighur melarikan diri dari China untuk datang ke Malaysia bagi mengelak daripada menjadi mangsa diskriminasi ekonomi dan penindasan agama dan budaya.

Zuhri Yuhyi, presiden Malaysia4Uyghur, sebuah NGO yang menjaga masyarakat Uighur, mengatakan kebanyakan etnik itu tiba di sini menggunakan visa perjalanan. Dalam satu kenyataan yang meminta pertolongan, Zuhri mengatakan visa akan terbabit akan tamat tempoh.

“Mereka takut dianiaya sekiranya mereka kembali ke China; oleh itu, Malaysia harus memberi mereka status pelarian,” katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia4Uyghur adalah gabungan yang terdiri daripada NGO Islam, NGO Kristian, NGO Advokasi Hak Asasi Manusia yang bekerjasama untuk mengetengahkan nasib Uighur.

 

Malaysia Pernah Tolak Permintaan Beijing Mengekstradisi Pelarian Uighur

Malaysia belum menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokolnya dan tidak mempunyai sistem suaka yang mengatur status dan hak pelarian, tetapi membuat pengecualian undang-undang bagi masyarakat Muslim yang menghadapi penganiayaan di negara asal mereka.

Tahun lalu Putrajaya menolak permintaan Beijing untuk mengekstradisi etnik pelarian Uighur dan mengatakan perlindungan akan membolehkan mereka masuk ke negara ketiga sekiranya berasa tidak selamat.

Asia Tenggara telah menjadi tempat transit untuk etnik Uighur Muslim sebelum ke Turki, melarikan diri dari apa yang digambarkan oleh pelarian dan aktivis sebagai penindasan dan penahanan besar-besaran oleh kerajaan China.

 

Adakah Malaysia Akan Memberikan Status Pelarian Kepada Mereka?

Presiden Majlis Perundingan Organisasi Islam Malaysia, Azmi Abdul Hamid berkata, Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menerima mereka sebagai pelarian.

“Mereka harus diberi status pelarian kerana Malaysia adalah sebahagian dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Asean, oleh itu harus memberikan perlindungan kepada pencari suaka,” kata Azmi.

Dia mencadangkan agar Malaysia membiarkan orang Uighur berasimilasi kerana jumlah mereka yang sedikit.

Azmi mengatakan bahawa walaupun jumlah orang Uighur di Malaysia tidak diketahui, kebanyakan daripada mereka telah sebati dengan budaya Malaysia.

“Mereka rajin dan pandai berniaga tetapi keadaan mereka sangat mengerikan,” tambahnya.

 

Turki Juga Menolah Permintaan Beijing Mengekstradisi Pelarian Uighur

Pada April 2021, mahkamah Turki menolak permintaan Beijing untuk mengekstradisi guru agama Uighur Abduqadir Yapchan, yang dituduh melakukan kegiatan pengganas.

Orang Uighur berasal dari wilayah paling barat China Xinjiang, sebelumnya dikenali sebagai Turkestan Timur sebelum pencerobohan pada tahun 1949.

Masyarakat mengatakan bahawa mereka menjadi mangsa diskriminasi ekonomi, penindasan agama dan budaya kerana agama mereka.

Show More

Related Articles

Back to top button