Sukan

Atlet Angkat Berat Olimpik Transgender Cetus Perdebatan

Apabila kumpulan atlet angkat berat New Zealand berkumpul bulan lalu untuk mengambil foto kejayaan, seorang daripada mereka tidak terlihat. Laurel Hubbard, atlet angkat berat yang pemalu di hadapan orang awam akan menjadi atlet transgender pertama secara terbuka bertanding di Olimpik.

Walau bagaimanapun, kehadirannya di pentas Olimpik telah menyebabkan perdebatan jantina serta semangat kesukanan.

 

Patut Atau Tidak Atlet Transgender Wanita Dalam Kategori Sama Dengan Wanita Cisgender?

Bagi penyokongnya, pemilihan Hubbard yang berusia 43 tahun itu merupakan pencapaian selama berdekad lamanya untuk menerima atlet transgender dengan semangat Olimpik yang boleh menginspirasikan atlet transgender yang lainannya yang kurang diwakili dalam sukan di semua peringkat.

Akan tetapi bagi pesaing Hubbard, menjadi wanita transgender – seorang wanita yang lahir sebagai lelaki memberinya kelebihan yang tidak adil secara fizikal.

Salah satu pesaing Hubbard berkata ianya seperti sebuah “jenaka buruk” kerana ia tidak adil bagi wanita ‘cisgender’ yang mana identiti jantinanya sepadan dengan sewaktu dilahirkan.

Hubbard bagaimanapun tidak terikut-ikut dengan perdebatan tersebut selain daripada mengeluarkan kenyataan singkat bahawa dirinya “terharu dengan kebaikan dan sokongan” warga tempatan.

Penyokong untuk kepelbagaian yang lebih besar dalam sukan mengatakan pemilihan Hubbard menunjukkan wanita transgender tidak menimbulkan ancaman terhadap sukan wanita – tetapi tahap reaksi terhadapnya menunjukkan perjuangan untuk penyertaan belum berakhir.

Bagaimana Peraturan Jantina Di Sukan Olimpik Berevolusi

Kristen Worley menjadi atlet pertama yang menjalani proses pengesahan jantina Olimpik ketika dia berusaha mewakili Kanada dalam sukan trek basikal di Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Sejak itu, dia berjuang untuk memastikan tidak ada yang harus menjalani proses “memalukan” yang sama.

Pada tahun 2005, Worley yang merupakan wanita XY menjalani pemeriksaan fizikal di sebuah bilik dengan empat lelaki: dua pentadbir sukan, seorang peguam dan seorang doktor kecemasan, Worley menulis dalam bukunya “Women Enough.” Itu mengikuti pemeriksaan fizikal sebelumnya dengan ahli endokrinologi, yang bertanya mengenai seksualiti dirinya.

“Mereka memandang saya sebagai ancaman sukan,” tulisnya. “Paling baik, saya cuba menipu; yang lebih teruk lagi, saya adalah orang yang aneh. Mereka merasa berhak untuk bertanya kepada saya soalan-soalan yang memalukan dan mendalam tentang perincian pembedahan saya, dan bercakap secara terbuka tentang badan saya di hadapan saya, seolah-olah saya tidak ada di sana.”

 

Olimpik Membenarkan Transgender Bertanding Di Olimpik Sejak 2003

Pada tahun 2003, undang-undang IOC yang dikenali sebagai konsensus Stockholm telah membenarkan wanita dan lelaki transgender untuk bertanding di Olimpik dengan syarat mereka sudah menjalankan perubahan pembedahan anatomi (termasuk menyingkirkan testis dan ovari), mandapatkan pengesahan undang-undang perubahan jantina, dan menjalankan terapi hormon dalam jangka waktu yang mencukupi untuk mengurangkan keadaan kelebihan berkaitan jantina.

Namun begitu, Worley berkata undang-undang tersebut tidak memiliki asas sains.

Worley telah menjalani pembedahan menyingkirkan testis dan tubuhnya tidak menghasilkan hormon testosteron.

Dia telah memohon pengecualian untuk membenarkan dirinya mengambil testosteron untuk kesihatan tubuh tetapi ia hanya dibenarkan setelah tiga tahun dan di bawah paras yang mana dia percaya ia akan membolehkan tubuhnya sihat.

 

Adakah Atlet Transgender Wanita Memiliki Hormon Testosteron?

Walaupun testosteron seringkali dikaitkan dengan hormon lelaki, ia juga terjadi secara semulajadi pada wanita. Namun ia tidak jelas betapa pentingnya hormon tersebut untuk wanita, tetapi ia boleh membantu wanita meningkatkan tenaga mereka, kata Amy K. Weimern, pangarah perubatan University of California.

Menurutnya lagi, kebanyakan wanita transgender tidak mengambil makanan tambahan testeron setelah melakukan perubahan fizikal tetapi dalam beberapa kes, ia adalah disarankan.

“Kajian pada bahagian ini kurang kajiannya tetapi setiap orang memiliki pengalaman berbeza,” ujarnya lagi.

Bagi kes Worley, akhirnya dia berhenti daripada sukan trek berbasikal akibat proses bertahun.

Menurutnya dia rasa takut dan trauma setelah proses yang dilaluinya untuk menjadi atlet berbasikal dan mengikuti Olimpik.

“Ia menyebabkan saya rasa seperti bukan manusia,” katanya kepada CNN.

Pada 2015, Worlet membawa kesnya ke Tribunal Hak Asasi Manusia Ontario dan mendakwa dasar Olimpik 2003 telah melanggar hak asasi manusia.

Akhirnya pada 2017, Persatuan Berbasikal Ontario dan Berbasikal Kanada komited untuk mengubah dasar mereka.

 

2015, Olimpik Ubah Peraturan Atlet Transgender

Pada masa yang sama, IOC memperlihatkan lagi polisi mereka dan pada tahun 2015, mereka bersetuju untuk mengeluarkan keperluan pembedahan dalam garis panduan mereka.

Wanita transgender boleh bertanding dalam kategori wanita selagi mereka mengumumkan identiti jantina mereka sebagai wanita sekurang-kurangnya empat tahun dan boleh menunjukkan paras testosteron di bawah 10 nanomol selitir sekurang-kurangnya setahun.

Akan tetapi atlet yang berubah jantina daripada wanita ke lelaki boleh bertanding dalam kategori lelaki tanpa halangan.

Apa Kata Kajian Sains Tentang Perkara Ini?

Joanna Harper yang telah membantu menulis undang-undang Olimpik 2015 tahu bahawa terdapat kekurangan data untuk mengetahui keupayaan sukan bagi atlet yang sudah melalui proses pertukaran.

Harper yang pernah bertanding sebagai salah seorang atlet lari maraton Canada sebagai wanita transgender sejak 17 tahun lalu ini merupakan pelajar Loughborough University , UK.

Menurut Harper, walaupun wanita trans masih mengekalkan keupayaan lebih berbanding wanita cis, ia tidak jelas sejauh mana ia lebih kuat terutamanya dalam atlet elit.

Dalam sebuah sukan seperti angkat berat, kekuatan menjadi kunci tetapi ketangkasan dan teknik juga penting.

“Terapi hormon tidak mengubah wanita trans menjadi wanita cis – itu tidak,” katanya. “Persoalan pentingnya, dapatkah wanita trans dan wanita cis saling bersaing dalam persaingan yang bermakna? Saya akan berfikir bahawa jawapannya mungkin ya.”

 

Adakah Hubbard Mampu Memenangi Pingat Olimpik Kerana Merupakan Atlet Transgender?

Dalam kes Hubbard, dia tidak dilihat sebagai pesaing hebat untuk memenangi pingat. Ini kerana Hubbard menduduki tangga ke-15 dalam acara ‘super heavyweight 87kg plus’ dunia.

Angkatan terbaik yang pernah dilakukan Hubbard ialah 285kg, jauh lebih rendah berbanding atlet no. 1 dunia, Li Wenwen yang memegang rekod mengangkat 335kg.

 

Boleh Atau Tidak Atlet Transgender Mengalahkan Atlet Wanita Juara Dunia?

Penerbitan Harper dalam salah satu kajian yang dijalankan ke atas atlet wanita transgender dalam sukan pada tahun 2015 mendapati 7 daripada lapan transgender wanita yang bukannya pelari profesional menunjukkan tahap yang sama dengan wanita lain.

Seorang profesor neurobiologi di University of Amsterdam, Dick Swaab yang telah mengkaji kimia otak identiti jantina berkata sensitiviti terhadap hormon testosteron berbeza untuk setiap orang. Ini bermakna ada yang memiliki kadar testosteron yang tinggi tetapi badan mereka tidak dapat menggunakannya.

Dalam sebuah kenyataan IOC kepada CNN, mereka sedang membangunkan panduan baru untuk memastikan atlet dapat terlibat dalam pertandingan yang selamat dan adil, tanpa mengira jantina mereka.

“Secara keseluruhan, perbincangan sejauh ini telah mengesahkan ketegangan yang cukup besar antara konsep kewajaran dan inklusi, serta keinginan dan keperluan untuk melindungi kategori wanita,” kata IOC.

Show More

Related Articles

Back to top button