Isu SemasaSains

Imej “Tangan” Gergasi Di Ruang Angkasa Ditangkap NASA

Sebuah tangan gergasi dengan jari-jarinya dilihat menggapai ruang angkasa.

Kedengaran seperti fiksyen sains tetapi ia jelas kelihatan dan ia adalah imej yang berjaya ditangkap oleh Balai Cerap sinar-X Chandra NASA.

 

Bagaimana Tangan Gergasi Di Angkasa Lepas Ini Terjadi?

“Tangan” tersebut dipercayai terjadi akibat letupan supernova sebuah bintang yang besar. Ia menyebabkan bintang tersebut berputar cepat dan teramat padat yang dikenali sebagai pulsar, kata anggota pasukan Chandra dalam penerangan tentang gambar dramatik itu.

Pulsar tersebut telah menyebabkan partikel buih bertenaga mengelilinginya yang mana apabila digabungkan dengan debu yang dilepaskan ketika letupan supernova menjadikan struktur kelihatan seperti tangan yang menyebar 150 tahun cahaya.

 

Apakah Objek Yang Tangan Itu Mahu Capai?

Sumber Imej: nydailynews.com

Imej bersinar yang mana kelihatan seperti tangan itu menggapainya pula merupakan gas awan besar yang dikenali sebgai RCW 89.

Sisa supernova di bahagian tengah tangan pula dikenali sebagai MSH 15-52 terjadi 17,000 tahun cahaya dari Bumi.

Para astronomi berkata kemungkinan cahaya dari letupan tersebut pernah tiba di bumi sekitar 1,700 tahun lalu yang menyebabkan MSH 15-52 baki supernova paling muda yang diketahui di Galaksi Bima Sakti, kata ahli pasukan Chandra.

Chandra pernah mengeluarkan imej tersebut sebelum ini pada April 2009 tetapi kajian terkini telah didalami menggunakan imej Chandra dari tahun 2004, 2008, 2017 dan 2018.

 

Hasil Kajian Terkini Imej Tangan Di Angkasa Lepas Diterbitkan

Kajian tersebut yang diterbitkan di The Astrophysical Journal Letters pada Jun 2020 mendapati gelombang letupan supernnova yang terjadi di hujung jari imeh tersebut bergerak pada 9 juta batu perjam (14.5 juta kiloperjam) dan bahan berdekatan dengan tapak tangan itu bergerak dengan lebih cepat iaitu lebih 11juta batu perjam (17.7 juta kiloperjam).

“Walaupun ia merupakan kecepatan yang luar biasa, ia juga menunjukkan baki yang perlahan. Kajian menganggarkan bahawa untuk mencapai penghujung RCW 89, sesebuah bahan perlu bergerak pada kelajuan sekurang-kurangnya 30 juta batu perjam (48.2 juta kiloperjam),” tulis salah seorang ahli kumpulan Chandra tentang imej tersebut.

“Perbezaan pada kelajuan ini menyebabkan bahan yang melalui kaviti gas dengan kepadaran rendah dan kemudian menurun dengan ketara dengan memasuki RCW 89, “tambah mereka.

Bintang mati itu kemungkinan besar membuat rongga semacam itu sebelum meletup dan menumpahkan sebahagian besar lapisan hidrogen luarnya, kata anggota pasukan Chandra.

 

Pelbagai Alatan Canggih NASA Di Ruang Angkasa

Menurut space.com, Chandra telah melihat kosmos dalam sinar-X selama lebih dari dua dekad. Teleskop itu dilancarkan ke orbit Bumi di atas kapal angkasa Columbia pada bulan Julai 1999.

Chandra adalah salah satu daripada empat “Observatorium Hebat” NASA, yang dilancarkan antara tahun 1990 dan 2003.

Yang lain adalah Teleskop Angkasa Hubble, yang masih aktif hari ini (walaupun ia menghadapi masalah komputer pada masa ini); Balai Cerap Compton Gamma Ray, yang dilancarkan pada tahun 1991 dan mengakhiri misinya pada tahun 2000; serta Spitzer Space Telescope yang dioptimumkan untuk inframerah, yang dilancarkan pada tahun 2003 dan tidak beroperasi tahun lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button