Hiburan

Memerangi Gambaran Toksik Watak Orang Islam di Hollywood

Pelakon kelahiran Britain-Pakistan, Riz Ahmed dan sekumpulan aktivis telah melancarkan kempen memerangi ‘gambaran toksik’ watak orang Islam dalam industri filem popular yang dikuasai oleh Hollywood.

“Masalah gambaran toksik watak orang Islam adalah masalah yang tidak dapat diabaikan lagi dan masalah yang tidak dapat saya atasi sendirian,” kata Riz, seorang pelakon yang pernah tercalon dalam anugerah Oscar, yang mewakili sejumlah kecil orang Islam di Hollywood.

Riz melakar sejarah setelah menjadi pelakon beragama Islam pertama yang dicalonkan untuk kategori pelakon terbaik di Oscar kerana peranannya dalam The Sound of Metal tahun ini.

“Saya bertanya pada diri sendiri, jika saya terkecuali dari peraturan tersebut, tidak bermakna ia tidak berlaku?” Riz berkata, sambil menambah bahawa pengecualian tidak mengubah peraturan, tetapi lebih menonjolkannya.

“Watak orang Islam di  Hollywood tidak memberi gambaran sebenar tentang Islam atau gambaran stereotaip yang toksik,” katanya.

 

Kurang daripada 2 peratus perwakilan dalam filem

Umat ​​Islam membentuk sekitar 24 peratus daripada populasi global namun perwakilan mereka dalam filem popular dari AS hanya pada 1.6 peratus, menurut kajian USC Annenberg Inclusion Initiative yang meneliti 200 filem.

Riz telah berbicara tentang masalah perwakilan orang Islam di media selama beberapa tahun, tetapi kajian “Missing & Maligned: The Reality of Muslims in Popular Global Movies,” bertindak sebagai tulang belakang kempennya.

Di antara 200 filem teratas dari Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand, dan Australia, 181 daripadanya tidak mempunyai watak orang Islam. Ini bermaksud, 90.5 peratus filem yang diperiksa tidak memiliki perwakilan orang Islam.

Di antara negara-negara yang diperiksa, industri filem AS mempunyai kadar perwakilan terburuk di samping UK pada 1.1 peratus untuk setiap negara sementara New Zealand tidak memiliki perwakilan Muslim dalam filem sama sekali.

Sementara itu, tidak ada watak Muslim dalam 23 filem animasi yang diambil sebagai data kajian.

 

Stereotaip buruk tentang orang Islam

Perwakilan Muslim jarang terjadi, dan ketika ada, sangat bermasalah. Menerusi media sosial, umat Islam menggunakan satira untuk menyatakan ketidaksetujuan mereka terhadap filem dan rancangan yang mempunyai watak Muslim yang stereotaip. Bagi banyak umat Islam, lebih baik tidak memiliki perwakilan daripada ditunjukkan dalam gambaran yang jauh tersasar dari realiti sebenar.

“Jangan wujudkan watak orang Islam lagi,” kata seorang pengguna Twitter baru-baru ini sambil bergurau tentang pernyataan yang tidak senonoh terhadap umat Islam di industri filem Barat.

Watak wanita Islam yang memakai tudung sering ditunjukkan bertentangan dengan penampilannya. Tindakan menanggalkan hijab pula sering digambarkan sebagai tanda kebebasan.

Kajian ini menunjukkan bagaimana wanita Islam diburukkan dan digambarkan sebagai hamba lelaki oleh industri filem.

Sebagai contoh, drama perubatan Amerika yang terkenal Grey’s Anatomy menunjukkan dalam episod bahawa seorang doktor Muslim membuka hijabnya dan menggunakannya pada pesakit sebagai pembalut, walaupun dia berada di sebuah hospital dan dikelilingi oleh banyak fasiliti perubatan.

 

Watak Islam Sering Digambarkan Sebagai Orang Timur Tengah/ Afrika Utara

Karakter wanita hanya 23.6 peratus watak Muslim dalam 200 filem yang dikaji dalam kajian ini.

Lebih daripada 50 peratus umat Islam di layar perak dikaitkan dengan kekerasan dan dianggap sebagai “orang asing” yang merupakan pelarian atau pendatang, sementara majoriti dari mereka bercakap dengan loghat arab dan mengenakan pakaian “berbeza”.

Walaupun umat Islam adalah salah satu kumpulan agama yang paling pelbagai bangsa dan etnik di dunia, watak-wataknya sering digambarkan sebagai orang Timur Tengah / Afrika Utara.

Mereka juga digambarkan sebagai ancaman dan sering tunduk terutama kepada watak putih,” menurut Pillars Fund, organisasi yang bergabung dengan Riz.

Ketika keganasan anti-Muslim telah tersebar di seluruh dunia, kempen itu mengatakan bahawa bias berbahaya terhadap umat Islam pada skala global yang didorong oleh gambaran toksik umat Islam dalam filem dan format TV lain, telah memicu kebencian dan keganasan terhadap umat Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button