AntarabangsaPolitik

Mengenali Naftali Bennett: Individu Yang Menyingkirkan Netanyahu

Perdana Menteri Israel yang paling lama berkhidmat, Benjamin Netanyahu, keluar dari pejabat setelah gabungan lapan parti pembangkang berjaya mencapai kesepakatan untuk membentuk kerajaan baru. Gabungan itu disahkan di Knesset Israel dan Netanyahu digantikan sebagai perdana menteri oleh mantan protegenya dan ketua parti sayap kanan, Yamina iaitu Naftali Bennett.

Bennett, seorang jutawan ultra-nasionalis akan berkhidmat sebagai perdana menteri selama dua tahun sebelum menyerahkan kepada ketua parti Yesh Atid, Yair Lapid.

Mungkin banyak yang bertanya-tanya siapa sebenarnya individu yang mungkin berjaya menyingkirkan Netanyahu.

Peribadi Bennett : Seorang Yahudi Konservatif

Bennet merupakan seorang nasionalis Yahudi yang telah lama bercita-cita untuk menjadi perdana menteri. Dia juga sekutu lama Netanyahu.

Pada 30 Mei, untuk pertama kalinya, dia secara terbuka memutuskan hubungan dengan Netanyahu dalam usaha untuk menyingkirkannya.

Bennett dilahirkan di bandar pelabuhan Haifa pada tahun 1972. Dia berasal dari mangsa Holocaust yang masih hidup di sebelah ibunya dan mempunyai darah keturunan Poland, Jerman, dan Belanda.

Ibu bapanya, Myrna dan Jim Bennett, berketurunan Amerika tetapi kini tinggal di Haifa. Mereka mengunjungi Israel untuk bercuti selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan akhirnya menetap di sana.

Ibu bapanya adalah lulusan University of California, Berkeley, dan merupakan penyokong parti “sayap kiri” sehingga mereka menetap di Israel dan mengikuti sebuah parti nasionalisme. Bennett dan dua saudaranya, Asher dan Daniel, dibesarkan di sebuah rumah Yahudi Ortodoks moden di Haifa.

Seorang rakan zaman kanak-kanak mendedahkan bahawa Bennett dibesarkan dalam suasana yang “sangat Zionis dan memihak kepada sayap kanan.”

Bennett juga berpandangan konservatif mengenai isu sosial, termasuk menentang perkahwinan sesama jenis.

 

Pernah Tegas Menentang Negara Palestin

Bennet tidak mempercayai jalan keluar untuk krisis Israel-Palestin. Rancangannya adalah untuk “melenyapkan” Palestin selama-lamanya dan berada di bawah kawalan Israel.

Bennett yang pernah menjadi ketua kumpulan peneroka Yahudi yang terkenal dan kini dijangka menjadi perdana menteri Israel seterusnya yang terbuka dengan rancangan untuk berjuta-juta orang yang tinggal di bawah penjajahan.

Satu cadangan, berdasarkan tujuh rancangan yang dikeluarkan Bennett pada tahun 2012 ialah akan memaksa kebanyakan penduduk Palestin Tebing Barat memasuki kawasan kediaman dengan kawalan terhad terhadap kehidupan mereka.

Berdasarkan dokumen itu, beberapa puluhan ribu akan diberikan kewarganegaraan Israel, untuk “melawan segala tuntutan apartheid”,

Orang-orang di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang terpisah secara geografi tidak akan diizinkan untuk “saling berhubungan” satu sama lain, kerana takut membawa “keganasan, ketidakstabilan dan masalah”.

Akhirnya, cadangan itu menjelaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan pernah dapat mewujudkan sebuah negara berdaulat di Tebing Barat, di mana Israel akan mempertahankan “kawalan keselamatan sepenuhnya”.

 

Kerajaan Pimpinan Bennett

Terdapat banyak alasan yang mungkin menyebabkan rancangan penubuhan kerajaan baru Bennett tidak bertahan.

Salah satunya ialah kerana dia menghadapi banyak tekanan dari ahli politik sayap kanan, bahkan dari Netanyahu sendiri yang menganggap ini berbahaya untuk keselamatan Israel kerana Bennett bekerjasama dengan golongan kiri, pusat, bahkan ahli politik Arab .

Gabungan yang pelbagai itu tidak mempunyai persefahaman untuk berkuasa. Mereka hanya mahu menyingkirkan Netanyahu.

Itu mungkin dapat menyatukan mereka walaupun terdapat perbezaan ideologi. Tetapi masih banyak peluang bagi Netanyahu untuk memecahkan gabungan itu dan sekaligus kembali mentadbir Israel seperti yang dilakukannya pada pilihan raya 2009.

Show More

Related Articles

Back to top button