AntarabangsaIsu Semasa

COVID-19 Belum Reda, India Kini Diserang Epidemik Kulat Hitam

Negeri di seluruh India semalam mengarahkan tindakan kecemasan bagi mengatasi peningkatan jangkitan ‘kulat hitam’ yang boleh membawa maut dalam kalangan pesakit COVID-19.

 

Peningkatan Mendadak Jangkitan Kulat Hitam

Dua negeri mengumumkan jangkitan kulat dikenali sebagai mucormycosis itu sebagai epidemik, sementara New Delhi dan beberapa bandar raya utama sudah membuka wad khusus bagi merawat ribuan pesakit yang dijangkiti.

India sebelum ini cuma berdepan kurang daripada 20 kes setahun berkaitan jangkitan ‘kulat hitam’, namun jangkitan itu kini menjadi ancaman baharu susulan gelombang COVID-19 yang mengakibatkan 120,000 kematian dalam tempoh enam minggu.

 

Punca & Kesan Jangkitan Kulat Hitam

Menurut beberapa doktor, jangkitan itu berpunca daripada penggunaan steroid yang tinggi bagi merawat COVID-19 dan lebih daripada 50 peratus pesakit yang dijangkiti terkorban dalam masa beberapa hari.

Dalam beberapa kes, mata dan rahang atas pesakit terpaksa dibuang oleh pakar bedah untuk menyelamatkan nyawa mereka.

 

Epidemik Di Dua Negeri Di India

Setakat ini, pihak berkuasa tidak memaklumkan jumlah pesakit yang terkorban disebabkan jangkitan berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan meminta pihak berkuasa negeri untuk bersedia terutama kumpulan pakar prosedur rekonstruksi, pakar bedah umum serta pakar telinga, hidung dan tekak bagi merawat jumlah pesakit yang terus meningkat.

Gujarat dan Telangana adalah dua negeri yang baru mengumumkan jangkitan ‘kulat hitam’ sebagai epidemik, iaitu sehari selepas Rajasthan mengambil tindakan sama.

 

Wad Khusus Di New Delhi

Dalam perkembangan berkaitan, menurut pihak berkuasa, negeri Maharashtra melaporkan lebih daripada 2,000 kes, sementara Gujarat, yang juga negeri kelahiran Perdana Menteri India, Narendra Modi merekodkan kira-kira 1,200 kes jangkitan berkenaan.

Sementara itu, di New Delhi, wad khusus bagi merawat pesakit ini diwujudkan di tiga hospital susulan peningkatan kes.

Terdapat lebih daripada 200 pesakit jangkitan itu di hospital sekitar New Delhi dengan puluhan penduduk yang dijangkiti masih menunggu untuk mendapatkan katil, lapor agensi media.

 

Bagaimana Jangkitan Kulat Hitam Boleh Berlaku Pada Pesakit Covid-19?

Menurut doktor, mucormycosis, menjangkiti pesakit ketika sistem imunisasi mereka rendah akibat jangkitan COVID-19.

“Kita sekarang menghadapi cabaran baru dari kulat hitam, kita harus berhati-hati dan bersiap siaga,” kata Perdana Menteri India Narendra Modi pada hari Jumat.

Sekurang-kurangnya tujuh negeri telah menyatakan kulat hitam sebagai penyakit yang dapat diketahui, sesuai dengan nasihat kerajaan pusat untuk mengumpulkan data dari pihak kerajaan negeri masing-masing.

“Kes-kes ini dijumpai pada pesakit yang telah pulih dari Covid, jadi ada sejumlah komplikasi,” kata J. V. Modi, pengawas perubatan di Hospital Sivil Ahmedabad, Gujarat.

Hospital telah mengalami peningkatan kes dalam 10 hari terakhir, ketika negara itu baru sahaja berdepan gelombang kedua koronavirus.

Show More

Related Articles

Back to top button