AntarabangsaIsu Semasa

Apa Yang Perlu Dilakukan Setelah Gencatan Senjata Israel?

Malam jumaat yang menggembirakan buat penduduk Palestin apabila pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengeluarkan kenyataan bahawa kabinet keamanan telah “Sebulat suara menerima cadangan untuk menerima inisiatif Mesir untuk… gencatan senjata tanpa syarat.”

 

Suasana Meriah Setelah Pengumuman Gencatan Senjata Oleh Israel

Menurut wartawan AFP, buat kali pertama kereta kelihatan di jalanan sambil membunyikan hon dan orang ramai menjalani kehidupan biasa, malah beberapa das tembakan turut kedengaran bagi meraikan gencatan senjata itu.

Buat kali pertama juga, tiada siren amaran dibunyikan di Israel bagi memberi amaran mengenai serangan roket Hamas, sekali gus menjadi petanda gencatan senjata itu dipatuhi kedua-dua belah pihak.

Gencatan senjata inisiatif Mesir itu turut membabitkan kumpulan bersenjata kedua paling berpengaruh di Gaza, Islamic Jihad, yang turut mempersetujuinya berikutan tekanan antarabangsa bagi menghentikan keganasan bermula 10 Mei lalu.

 

Apa Kata Hamas Tentang Gencatan Senjata Israel?

Seorang tokoh veteran Hamas, Khalil al-Hayya, menyifatkannya sebagai kegembiraan satu kejayaan.

Pihak Israel, dalam satu kenyataan, berkata kini terpulang kepada kepemimpinan politik pada peringkat akar umbi untuk menentukan hala tuju seterusnya bagi isu itu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, berkata beliau sedia ke Asia Barat pada bila-bila masa jika boleh membantu Israel dan penduduk Palestin mengakhiri keganasan serta meneruskan kehidupan seperti biasa.

 

China Sedia Membantu Mangsa Serangan Israel

China pula bersedia memberi bantuan bagi merawat orang awam yang tercedera dan mencari kediaman baharu untuk yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara oleh tentera Israel ke atas Gaza.

Menurut alJazeera, Pakistan pula bakal mengadakan siri demonstrasi di beberapa bandar utamanya sebagai tanda solidariti mereka kepada rakyat Palestin.

Bagi pasukan Hamas, Israel harus menghentikan pelanggaran di Baitulmaqdis dan menangani kerosakan akibat pengeboman Gaza setelah gencatan senjata sambil memberi amaran jari kumpulan itu masih berada di “pemicu”.

 

Hamas Masih Berhati-Hati

“Adalah benar bahawa pertempuran ini berakhir hari ini tetapi (Perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu dan seluruh dunia harus tahu bahawa tangan kami masih berada di pemicu dan kami akan terus mengembangkan kemampuan perbalahan ini,” kata Ezzat El-Reshiq, anggota biro politik Hamas, kepada Reuters.

Menurutnya, salah satu tuntutan gerakan itu termasuk melindungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan mengakhiri pengusiran beberapa orang Palestin dari kediaman mereka di Bailtumaqdis Timur yang digambarkan oleh Reshiq sebagai “garis merah”.

“Apa yang terjadi setelah pertempuran ‘Pedang Baitulmaqdis’ tidak seperti yang terjadi sebelumnya kerana rakyat Palestin menyokong perlawanan dan tahu bahawa perlawanan itulah yang akan membebaskan tanah mereka dan melindungi tempat suci mereka,” kata Reshiq.

 

Mesir Turut Bantu Dana Membangunkan Gaza

Sementara itu, wakil Mesir di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut mengumumkan bahawa mereka akan bantu memberi dana untuk membangunkan Gaza.

Malaysia menggesa dunia menumpukan perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin susulan gencatan senjata Israel-Hamas lewat semalam.

BERNAMA melaporkan, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya hari ini, berkata: “Sekarang kita perlu tumpukan kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula untuk rakyat Palestin.”

“Serangan Israel telah menyebabkan ratusan orang terkorban dan ribuan lagi cedera. Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa,” kata Hishammuddin lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button