MalaysiaPolitikUncategorized @ms

“Lupakan Tradisi Presiden UMNO Diangkat Sebagai PM”

Umno perlu melupakan amalan untuk menjadikan presiden sebagai perdana menteri (PM), kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

 

Orang Paling Layak Akan Dipilih

Beliau setuju dengan kenyataan Ketua Bahagian Umno Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad yang mengatakan amalan itu perlu dihapuskan.

“Saya setuju di banyak negara maju di Britain dan AS orang yang jadi presiden bukannya ketua parti. Dia jaga dasar dan perjuangan parti. Sampai masa, bila nak jadi calon, orang yang paling layak akan dipilih,” katanya menurut laporan The Malaysian Insight.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, negara memerlukan pemimpin yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan.

Katanya, tidak guna mempunyai perdana menteri yang popular dalam parti tetapi ada rekod buruk dan tidak boleh menjadi contoh buat negara.

“Kita perlu melatih pemimpin kita untuk menerima perubahan ini dan tidak berpegang kepada amalan lama. Negara perlukan Ahli Parlimen lebih berkualiti,” katanya.

 

UMNO Masih Belum Memiliki Calon PM

Sebelum ini, veteran Umno, Shahrir Samad berkata Umno tidak boleh lagi mengamalkan konsep one man show atau seorang tokoh saja bertindak sebagai dominan dan menguasai segala-galanya.

Katanya, soal calon perdana menteri sememangnya penting dan Umno hari ini masih belum mempunyai calonnya.

Umno sebelum ini dikenali sebagai sebuah parti dominan dan secara tradisinya presiden Umno menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun tradisi Umno menjadi perdana menteri terhenti selepas BN tewas dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Ketika itu Umno, BN dipimpin bekas perdana menteri, Najib Razak.

 

Umno tanggung dosa PN jika terus kekal dalam kerajaan

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata Umno akan menanggung “dosa” dilakukan Perikatan Nasional (PN) jika tidak meninggalkan kerajaan secepat mungkin.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, Umno perlu bertanggungjawab jika tidak meninggalkan kerajaan PN.

“Dosa yang paling besar dilakukan PN adalah pengisytiharan darurat walaupun tidak dipersetujui Umno.

“Jadi ini semua dosa yang kita tanggung. Kenapa Umno mesti pikul tanggungjawab ini. Umno tak patut berkongsi kesalahan ini, kerana kita tak salah,” katanya.

Beliau berkata, Umno hanya bersetuju menyertai kerajaan PN pada 2020 bagi menamatkan pergolakan politik yang bermula daripada “Langkah Sheraton”.

 

Show More

Related Articles

Back to top button