Gaya HidupKesihatan

Mengapa Sehingga Kini Masih Belum Ada Ubat Telan Yang Mampu Melawan COVID-19?

Banyak negara sedang mengandaikan terdapat ombak Covid ketiga tidak lama lagi. Tetapi Perdana Menteri UK, Boris Johnson menginginkan ubat-ubatan yang boleh diminum di rumah, dalam bentuk pil, yang menghentikan orang menghidap COVID-19 berada di hospital dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

 

Mengapa Sukar Untuk Mengadakan Ubat Melawan COVID-19?

Menurut BBC, terdapat ubat anti-radang yang mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19, seperti dexamethasone dan tocilizumab, tetapi ubat ini hanya diberikan kepada orang yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-19 yang teruk.

Ia selalunya memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk membangunkan dan meluluskan ubat antiviral yang baharu.

Ini kerana penemuan ubat ini melibatkan proses yang sukar untuk mengenal pasti sebatian kimia yang mensasarkan virus dan kemudian menguji keberkesanan dan keselamatannya.

Atas sebab ini, para saintis juga melihat penggunaan semula ubat-ubatan yang ada yang telah dipersetujui untuk merawat virus atau penyakit lain.

 

Ubat Antibiotik VS Ubat Antivirus

Tidak seperti ubat antibiotik yang memiliki spektrum yang luas dan mampu menangani jangkitan bakteria yang pelbagai jenis, ubat melawan virus selalunya sangat spesifik untuk satu jenis penyakit dan jarang boleh mengubati penyakit virus lain.

Sebagai contoh, ubat remdesivir pada asalnya adalah untuk merawat penyakit hepatitis C dan pernah disyorkan untuk merawat COVID-19 tetapi hasil ujian klinikal telah menunjukkan bahawa kesan ke atas koronavirus sangat terhad.

Sebab mengapa sangat sedikit ubat antiviral yang memiliki spektrum luas kerana virus lebih pelbagai berbanding bakteria.

Ini termasuk bagaimana cara virus menyimpan maklumat genetik mereka (ada yang dalam bentuk DNA dan ada yang dalam bentuk RNA).

Tidak seperti bakteria, virus memiliki pembangunan protein yang sedikit yang menyukarkan sasaran ubat.

 

Bagaimana Ubat Antivirus Berfungsi?

Untuk ubat berfungsi, ia harus mempunyai sasaran. Ini adalah sukar untuk virus kerana virus mampu berganda (mereplikasi) dalam sel manusia dengan merampas mesin selular tubuh badan.

Ubat perlu memasuki sel yang terjangkiti dan melakukan proses tersendiri supaya tubuh manusia boleh berfungsi seperti biasa. Oleh sebab itu, ia sering mengakibatkan kerosakan pada sel manusia dan terjadi kesan sampingan.

Menyasarkan bahagian luar sel virus sebelum ia boleh berganda boleh dilakukan tetapi ia sangat sukar kerana luaran virus tersebut sangat mampu untuk menahan kesan negatif yang menjejaskan kelangsungan hidup mereka.

Hanya apabila virus mencapai sasarannya, bahagian luar virus akan mengurai atau mengeluarkan kandungan yang mengandungi maklumat genetiknya.

Proses ini mungkin menjadi titik lemah dalam kitaran hidup virus, tetapi keadaan yang mengawal pelepasannya sangat spesifik. Walaupun ubat-ubatan yang mensasarkan bahagian luar virus terdengar menarik, beberapa ubat mungkin beracun bagi manusia.

Walaupun ianya sukar, ubat-ubatan yang merawat virus seperti influenza dan HIV telahpun diadakan.

 

Kesan Sampingan Yang Mungkin Terjadi Setelah Memakan Ubat Antivirus

Sebilangan ubat ini mensasarkan proses replikasi virus dan pemasangan bahagian luar virus. Sasaran ubat koronavirus yang dilihat memberi tanda positif juga telah dikenal pasti.

Tetapi mengembangkan ubat baru memerlukan masa yang lama, dan virus bermutasi dengan kadar yang sangat cepat. Oleh itu, walaupun ubat itu dikembangkan, virus yang terus berkembang mungkin akan mewujudkan perlawanan menentang ubat tersebut.

Salah satu lagi masalah yang perlu diperlihatkan juga ialah beberapa virus seperti HIV, papillomavirus dan herpes boleh bertukar ke mod tidur.

Dalam keadaan ini, sel yang terjangkiti boleh menghasilkan virus baharu dan maklmat genetik virus pula adalah satu-satunya perkara yang ada dalam sel tersebut dan ubat yang dihasilkan untuk melawan proses replikasi yang menyasarkan luaran virus tersebut tidak mampu menangani masalah ini dan akibatnya, virus terus hidup.

Apabila virus tidur ini menjadi aktif semula, simptom akan kembali muncul dan rawatan tambahan dengan ubat-ubatan adalah sangat diperlukan.

Ini meningkatkan kemungkinan daya tahan ubat dalam manusia kerana virus mengalami pemilihan yang disebabkan oleh ubat untuk varian bertahan lebih lama.

 

Berapa Lama Lagi Kita Harus Tunggu Untuk Ubat Antivirus COVID-19 Wujud?

Walaupun kita masih baru mula memahami kitaran hidup koronavirus, terdapat tanda-tanda bahawa ia dapat bertahan lama, terutama pada pesakit dengan imunisasi yang lemah, yang mengakibatkan masalah tambahan dengan kemungkinan terhasilnya strain virus yang lebih bertahan.

Penyelidikan untuk memahami bagaimana koronavirus berfungsi telah banyak berjalan dalam waktu yang pendek, tetapi ketika mengembangkan antivirus ini masih banyak pertanyaan yang harus dijawab.

Dengan potensi kebangkitan semula jangkitan yang dijangkakan pada akhir tahun ini, pasukan petugas antivirus mempunyai tugasan yang berat untuk menangani perkara ini.

Show More

Related Articles

Back to top button