AntarabangsaIsu Semasa

Kronologi Kejadian Kapal Selam Indonesia KRI Nanggala 402 Yang Hilang

Operasi pencarian untuk menjejaki kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI), KRI Nanggala 402, yang terputus hubungan dan hilang di perairan utara Pulau Bali sedang berlaku ketika ini.

 

Malaysia & Singapura Membantu Dalam Misi Pencarian KRI Nanggala 402

Menurut Ketua Pusat Penerangan TNI, Mejar Jeneral Achmad Riad berkata, sebanyak lima kapal perang dan satu helikopter TNI Angkatan Laut (TNI AL) sedang melaksanakan operasi pencarian.

Selain itu KRI Rigel 933 yang merupakan sebuah kapal pencarian hidro oseanografi yang bergerak ke lokasi. Kapal ini memiliki kebolehan untuk mengesan bawah air dan pernah digunakan untuk operasi mencari dan menyelawat kapal terbang jatuh sebelum ini.

Ia dijangka untuk tiba di lokasi pada hari Jumaat pagi.

Singapura dan Malaysia juga menghulurkan bantuan mencari kapal selam tersebut dengan Singapura menghantar Kapal Swift Rescue yang akan tiba pada hari Sabtu manakala Malaysia mengirimkan Kapal Rescue Mega Bakti yang dijangka tiba pada hari Isnin.

Tumpahan Minyak Ditemukan

Melalui pemerhatian udara dari helikopter pada pagi tadi, tumpahan minyak terlihat di kawasan awal kapal menyelam.

Mereka juga menemukan tumpahan minyak pada kawasan 150m persegi.

TNI AL berkata analisis sementera mereka menunjukkan bahawa “mungkin ketika menyelam secara statik, terjadinya putus bekalan elektrik sehingga kapal tersebut tidak boleh berjalan dan melakukan prosedur darurat menyebabkan ia jatuh pada kedalaman 600-700 meter.

Di kawasan tenggelam pula menunjukkan “kemungkinan terjadinya tumpahan minyak di sekitar kawasan yang tenggelam yang mana tangki minyak kapal mungkin rosak kerana tekanan air laut.”

Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat Mejar Jeneral Achmad Riad, tumpahan minyak ini “belum boleh disimpulkan sebagai bahan bakar kapal selam”.

Ini merupakan kejadian pertama kapal selam TNI AL hilang.

Pencarian kini sedang dilakukan di perairan Bali Utara dengan kedalaman lebih kurang 700 meter.

Informasi Kapal Selam KRI Nanggala 402

Ketua Penerangan TNI AL, Laksamana Pertama Julius Widjojono berkata kapal ini sudah berusia 40 tahun lebih dengan risiko tekanan yang tinggi.

KRI Nanggala 402 dibuat di HDW (Howaldtswerke Deutsche Werft) Jerman pada 1977 dan mulai digunakan pada 1981, dengan kecepatan jelajah 21,5 knot.

KRI Nanggala pernah beberapa kali melaksanakan pemeriksaan kebolehgunaan di Jerman dan Korea Selatan pada tahun 2007 hingga 2012.

Ia merupakan satu daripada lima kapal selam yang dimiliki Indonesia.

Sebelum hilang untuk melakukan latihan penembakan torpedo, kapal selam ini mengangkut 53 orang yang terdiri daripada 49 anak buah kapal, satu komandan dan tiga orang pakar senjata.

Bagaimana Kronologi Kehilangan KRI Nanggala 402?

Menurut Mejar Jeneral Achmad Riad, KRI Nanggala sedang melakukan penyelaman pada 0346 waktu tempatan dan kemudian pada 4 pagi bersiap sedia untuk melakukan penembakan torpedo.

“Pada 4.25 pagi selepas arahan kebenaran penembakan diberikan, komunikasi dengan Nanggala terputus,” katanya.

Apakah Yang Boleh Menyebabkan Kapal Selam Hilamg?

Kemalangan kapal selam di dunia ketenteraan adalah sangat jarang, kata penganalisis pertahanan Muhammad Haripin.

Peralatan ketenteraan memiliki piawaian yang lebih tinggi berbanding produk komersial ataupun produk awam.

Menurut Haripin terdapat dua faktor penyebabkan kemalangan kapal selam.

“Yang pertama, kesalahan teknikal. Mungkin terdapat kerosakan teknikal yang tidak dikesan ataupun dibiarkan berlanjutan. Yang kedua, kesalahan manusia,” jawab Haripin kepada BBC Indonesia.

“Kemungkinan orang yang mengendalikannya kurang latihan atau berdepan dengan keadaan sukar dan tidak lazim,” tambahnya.

Selain Malaysia dan Singapura, tujuh negara lain iaitu Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis, Turki, India dan Australia juga menawarkan bantuan dalam pencarian kapal selam itu.

Untuk rekod, kemalangan kapal selam pernah terjadi di Argentina, selatan Samudera Atlantik pada tahun 2017 dengan mengorbankan 44 awak. Ia hanya ditemukan setahun kemudian dan sebab kejadian ialah pecah kerana tekanan.

Show More

Related Articles

Back to top button