“Tanah ini adalah ladang tiga generasi yang milik usianya hampir satu abad oleh datuk, ayah dan saya sendiri. Saya akan terus tinggal di sini untuk bertani,” kata Takao Shito kepada AFP.
Keluarga Shito telah menanam sayur-sayuran pada ladang yang sama sejak lebih 100 tahun yang lalu.
Menjadi seorang petani merupakan pekerjaan turun-temurun mereka. Namun kini, sekitar tanah tersebut telah bertukar menjadi lapangan terbang dan tanah milik keluarga Shito menjadi satu-satunya yang masih berdiri di tengah-tengah Lapangan Terbang Narita, lapangan terbang kedua terbesar di Jepun.
Bagaimana Takao Shito Keluar Masuk Dari Ladang Miliknya?
Sebelum ini lebih kurang 30 keluarga tinggal di situ dan kini Shito ditemani oleh kapal terbang yang terbang di atas kepalanya 24 jam sehari.
Satu-satunya cara Shito keluar masuk dari ladangnya ialah dengan menggunakan terowong bawah tanah.
Mungkin bagi kebanyakan orang yang berada di tempat Shito akan meninggalkan ladang tersebut kerana bunyi yang kuat datang daripada kapal terbang tetapi tidak bagi Takao Shito.
Dia telah berjuang untuk mengekalkan hak milik tanah ladangnya itu lebih daripada dua dekad dan telah menolak tawaran sebanyak lebih AS$1.7juta untuk tanah tersebut.
Tanah Milik Tiga Generasi Yang Sayang Untuk Dilepaskan
“Tanah ini adalah ladang tiga generasi yang hampir satu abad oleh datuk, ayah dan saya sendiri. Saya akan terus tinggal di sini untuk bertani,” kata Shito kepada AFP.
Ayah Takao, Toichi adalah salah satu peladang yang telah menolak rancangan kerajaan untuk membesarkan lapangan terbang Narita sejak tahun 1970-an.
Kebanyakan peladang di kawasan tersebut telah diyakinkan untuk menjual tanah mereka melalui insentif kewangan yang diberikan tetapi Toichi Shito telah mahu menerima sebarang bentuk wang di dunia pun.
Ketegasan ayahnya itu telah tertanam pada Takao setelah bapanya meninggal dunia pada usia 84 tahun yang menyebabkan Takao berhenti kerja dari sebuah restoran dan kembali ke ladang milik keluarganya untuk mempertahankannya.
Perjuangan Tidak Mengenal Penat Lelah Makan Bertahun Lamanya
Takao Shito telah konsisten dalam perjuangannya dari segi undang-undang untuk menghentikan pihak berkuasa dari menyingkirkannya dari tanah yang telah ditempatkan oleh keturunannya sejak lebih 100 tahun lalu.
Menurutnya, ia adalah memenatkan tambahan lagi kerja-kerja di ladang tetapi dia tidak ada niat untuk menarik diri.
Perjuangannya telah menjadi simbol hak asasi, dan ratusan sukarelawan serta aktivis telah berkumpul untuk menyokongnya selama ini.
“Saya ditawarkan penyelesaian wang dengan syarat saya meninggalkan ladang saya,” kata Takao kepada BBC.
“Mereka menawarkan 180 juta yen (RM6.85juta). Itu upah petani bernilai 150 tahun. Saya tidak berminat dengan wang, saya mahu terus bertani. Saya tidak pernah mempertimbangkan untuk pergi. “
Takao Shito Berjuang Di Mahkamah
Pada bulan Januari 2021 kelmarin, Shito berdepan dengan perintah pemerolehan wajib yang memaksanya meninggalkan ladang tersebut untuk membolehkan landasan ketiga lapangan terbang tersebut dijalankan.
Pelan pembangunan lapangan terbang Narita yang dilakukan diawal 1960-an itu pada awalnya telah dirancang untuk mengadakan lima landasan tetapi apabila ia pertama kali dibuka pada tahun 1978, hanya satu landasan sahaja yang ada.
Landasan kedua pula dibuka pada tahun 2002 tetapi itu juga telah berdepan dengan aksi bantahan.
Ratusan Orang Bantu & Membantah Mendirikan Landasan Tambahan Di Lapangan Terbang Narita
Pada bulan Januari, ratusan orang telah membantah dengan pembinaan landasan baharu di Narita seperti yang berlaku pada tahun 1960-an.
Aksi pembantah menjadi ganas dan dua orang telah kehilangan nyawa mereka.
Sehingga kini Shito masih memperjuangkan kesnya di mahkamah dan nasibnya masih belum diputuskan.
Menurut Arabnews Japan, orang yang membantah dengan pembinaan landasan tersebut telah mengutarakan bahawa tidak perlu adanya landasan baharu di Narita kerana pandemik COVID-19 telah menjejaskan kebanyakan industri penerbangan.