Isu SemasaSains

Penemuan Bandar Berusia 3000 Tahun Seperti Baharu Sahaja Ditinggalkan

“Penemuan bandar yang hilang ini adalah yang kedua terpenting dalam bidang arkeologi sejak penempuan makam Tutankhamun, “kata Betsy Bryan, profesor bidang mesologi di Universiti Johns Hopkins, dalam pernyataan itu.

Sekumpulan ahli arkeologi telah menemukan bandar purba di Mesir yang dianggarkan wujud sekitar 3000 tahun yang lalu.

Diberi nama “The Rise of Aten” (Kebangkitan Aten) ia ditemukan di bawah timbunan pasir di tebing barat Luxor, kata ketua arkeologi Zahi Hawass dalam satu kenyataan.

Ia berasal dari pemerintahan Raja Amenhotep III, yang memerintah Mesir antara 1391 dan 1353 SM, menurut pernyataan itu.

 

Rumah Dengan Pelbagai Peralatan Ditemui

“Ini merupakan penempatan pentadbiran dan perindustrian terbesar pada era Mesir,” kata Hawass.

Ahli arkeologi juga menemukan jalan bandar tersebut yang memiliki rumah-rumah di sepanjang jalan.

Rumah tersebut ditemui dengan dinding setinggi 10 kaki dan bilik lengkap dengan peralatan untuk kehidupan seharian ditinggal oleh penduduk zaman tersebut seperti ianya baru ditinggalkan semalam.

Antara perkara yang ditemui ialah cincin, pasu berwarna, tempat percetakan untuk membuat azimat, periuk yang digunakan untuk membawa daging, dan alat untuk mengait, menenun, serta membuat logam dan kaca.

Penemuan Tengkorak Pelik

Terdapat juga sebuah kedai roti yang besar lengkap dengan oven dan bekas tempat penyimpanan.

Saiznya pula dikatakan mampu untuk menghidangkan kumpulan pekerja yang sangat banyak.

Terdapat juga penemuan tulang manusia yang ditanam dengan kaki diikat tali.

“Lokasi serta keadaan tulang tersebut adalah agak pelik dan lebih banyak kajian sedang dijalankan,” kata kenyataan tersebut yang menggambarkan penemuan ini sebagai pengebumian yang luar biasa.

“Penemuan bandar yang hilang ini adalah yang kedua terpenting dalam bidang arkeologi sejak penempuan makam Tutankhamun, “kata Betsy Bryan, profesor bidang mesologi di Universiti Johns Hopkins, dalam pernyataan itu.

 

Penemuan Yang Mengesahkan Tarikh Berdirinya Bandar Tersebut Juga Ditemukan

Pasukan arkeologi turut menemukan prasasti (tulisan pada batu) bertarikh 1337 SM, yang mengesahkan bandar itu aktif ketika pemerintahan anak lelaki Amenhotep III, Akhenaten.

Sejarawan percaya bahawa satu tahun setelah periuk itu dibuat, kota itu ditinggalkan dan ibu kota dipindahkan ke Amarna, 250 batu ke utara, tetapi alasan untuk melakukannya masih tidak diketahui.

“Penemuan Bandar Hilang ini bukan sahaja memberikan kita gambaran yang jarang berlaku dalam kehidupan orang Mesir Kuno pada masa di mana Empayar berada di kekayaan terkaya tetapi akan membantu kita menjelaskan salah satu misteri terbesar sejarah: mengapa Akhenaten dan Nefertiti memutuskan untuk berpindah ke Amarna?,” tambah Bryan kepada CNN.

 

Penggalian Bermula Sejak 2020 Akan Diteruskan

Penggalian, yang bermula pada bulan September 2020, telah menggali sebahagian besar bahagian selatan kota. Bagaimanapun, wilayah utara masih belum digali.

Tanah perkuburan dan makam yang besar serupa dengan yang ada di Lembah Raja juga ditemui tetapi belum diterokai.

“Hanya penggalian yang lebih di kawasan ini akan mengungkap apa yang sebenarnya berlaku 3500 tahun yang lalu,” kata kenyataan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button