Bisnes & Ekonomi

Bagaimana Beijing Boleh Menjadi Bandar Yang Memiliki Bilionir Paling Banyak Di Dunia

Pada tahun lalu, ibu kota China, Beijing memiliki 33 bilionir pada tahun lalu dan terbaharu mereka memiliki 100 orang bilionir.

Ia telah memintas bandar New York yang memegang status bandar paling banyak bilionir selama tujuh tahun berturut-turut dengan sangat tipis apabila New York memiliki 99 orang dengan status bilionir.

 

Apa Yang Menyebabkan Munculnya Ramai Bilionir Di Beijing?

Tindakan cepat China menangani masalah Covid-19, peningkatan firma teknologinya dan pasaran saham telah membantu mereka menduduki tempat teratas.

Walaupun Beijing kini mempunyai lebih banyak jutawan daripada Big Apple, nilai bersih gabungan jutawan New York City kekal AS$80bn lebih besar daripada rakan seangkatan mereka di Beijing.

Orang Paling Kaya Beijing

Zhang Yiming, pengasas aplikasi TikTok yang menjadi orang paling kaya di Beijing dengan nilai kekayaannya berganda dua kali sehingga AS$35.6bilion.

Manakala orang paling kaya di New York pula ialah Mayor Michael Bloomberg yang memiliki kekayaan sebanyak AS$59bilion.

Kemaraan E-dagang Di China

China dan Amerika Syarikat telah melihat syarikat teknologi gergasi telah membesar dengan dasyat ketika pandemik melanda apabila ramai orang lebih menggunakan perkhidmatan atas talian sebagai sumber hiburan.

Ini telah menjadikan pengasas teknologi serta para pemegang saham mereka semakin kaya-raya.

China berserta Hong Kong dan Macau telah mencatatkan bilionir paling banyak berbanding negara lain di dunia dengan 210 pendatang baharu.

Setenggah daripada jutawan China ini telah membuahkan kekayaan mereka melalui usaha pembuatan atau teknologi, dan kini merangkumi jutawan wanita Kate Wang yang menghasilkan wangnya dari e-rokok.

Dengan 698 jutawan, China sangat menghampiri AS, yang masih berada dihadapan dengan 724 bilionir.

1 Bilionir Dihasilkan Setiap 17 Jam

Sebanyak 493 pendatang baru menyertai senarai Jutawan Forbes itu secara global tahun lalu, dan menurut Forbes, terdapat kira-kira satu jutawan baru setiap 17 jam.

India mempunyai jumlah jutawan tertinggi ketiga, dengan 140 orang.

Secara keseluruhan, 1,149 jutawan dari Asia Pasifik bernilai AS$4.7 trilion berbanding dengan AS$4.4 trilion di Amerika Syarikat.

Jeff Bezos, pengasas dan ketua eksekutif Amazon, kekal sebagai orang terkaya di dunia untuk tahun keempat berturut-turut. Nilai bersihnya meningkat sebanyak AS$64bn menjadi AS$177bn tahun lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button