Gaya Hidup

Gedung Popular Jepun Don Quijote Bakal Dibuka di Malaysia!

Selain Family Mart, Daiso, Uniqlo dan pelbagai lagi rangkaian perniagaan komersial Jepun telah diperkenalkan di Malaysia, satu lagi rangkaian popular negara itu bakal di buka di tengah-tengah Kuala Lumpur. Dikenali sebagai Don Quijote di Jepun, ia adalah rangkaian gedung membeli belah yang popular dengan menjual pelbagai variasi produk dan ia bakal hadir di Kuala Lumpur, Malaysia tidak lama lagi.

Mydin Jepun Di Malaysia

Kepada yang pernah ke Jepun dan mengunjungi gedung ini, anda pastu tahu pelbagai produk yang dijual di sana dan boleh diibaratkan seperti ‘Mydin di Jepun’.

Pelbagai produk boleh diperolehi di sini seperti kelengkapan rumah, makanan, pakaian, produk kosmetik sehinggalah produk-produk unik buatan Jepun.

Tidak seperti gedung besar lain, Don Quijote menawarkan produk dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan berbanding gedung lain di tengah-tengah bandar seperti Tokyo.

Cawangan Don Quijote Malaysia Bakal Dibuka Mac ini

Don Quijote telah pun mula melebarkan rangkaian gedung di beberapa negara Asia Tenggara seperti di Thailand dan Singapura.

Dalam pengumuman terbaru, Don Quijote akan membuka cawangannya di iSetan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 19 Mac ini dengan nama Don Don Donki.

Gedung ini dioperasikan oleh Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn. Bhd, sub-subsidari bahagian Malaysia oleh Pan Pacific International Holdings.

Pembukaan Don Don Donki di Malaysia ini juga dilihat sebagai tindakan positif untuk membawa lebih banyak produk Jepun ketika kebanyakan negara tidak dapat melancong ketika ini.

Menurut sebuah laman, setelah pengumuman kehadiran Don Don Donki di Lot 10, terdapat rancangan untuk turut membukanya di Petaling Jaya, Selangor.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh ke laman Facebook mereka di https://www.facebook.com/DonDonDonkiMY/

Show More

Related Articles

Back to top button