Bisnes & Ekonomi

Elon Musk Bukan Lagi Individu Terkaya Dunia?

Belum sampai habis bulan Februari 2021, Elon Musk dikhabarkan sudah tidak lagi menduduki tangga pertama orang paling kaya di dunia. Menurut BBC, perkara ini terjadi apabila saham syarikat kereta elektrik miliknya jatuh 20%.

Saham syarikat ini merupakan satu-satunya yang menaikkan nilai kekayaan yang ada padanya akan tetapi ia jatuh kerena pelaburan AS$1.5bn firma tersebut ke dalam Bitcoin.

Ini membuat Jeff Bezos kembali menduduki takhta ditangga pertama sebagai orang paling kaya di dunia.

 

Bagaimana Bitcoin Boleh Menjejaskan Kekayaan Elon Musk?

Risiko untuk mengaitkan syarikat Tesla dengan Bitcoin telah membuat ramai pelabur mula menjual saham mereka walaupun penganalisis berkata langkah tersebut sebenarnya tidak menjejaskan syarikat tersebut.

Nilai Bitcoin dilihat telah meningkat sebanyak 50% dalam beberapa minggu setelah Tesla membeli AS$1.5bn matawang Bitcoin dan mula merancang untuk menerima matawang tersebut dalam transaksi pembelian mereka.

Namun begitu, BBC turut melaporkan beberapa masalah yang sedang dihadapi Tesla.

 

Tesla Berdepan Beberapa Masalah

Antara masalah yang dihadapi Tesla ialah menghentikan kebanyakan penjualan kereta elektrik versi harga terendah SUV Model Y, kerana ingin meningkatkan lagi kereta tersebut.

Awal bulan ini, pengawal selia China memanggil firma berkenaan akibat masalah keselamatan dan kualiti, setelah terdapat laporan kebakaran bateri dan pecutan yang tidak normal.

Tesla juga kini juga mempunyai pesaing seperti General Motors dan Volkswagen yang telah mula fokus menghasilkan kereta elektrik.

Kesukaran ini muncul setelah saham Tesla meningkat secara mendadak pada tahun 2020 daripada nilai kurang AS$90 menjadi lebih AS$700.

 

Ciapan Twitter Elon Musk Mempengaruhi Pasaran Saham Tesla

Ada juga yang mempersoalkan jika perkara sebegini adalah munasabah kerana Tesla hanya menghasilkan kereta dengan jumlah yang sedikit berbanding pengeluar kereta yang lain.

Sumber juga menyatakan ciapan Elon Musk di Twitter seringkali mengubah harga pasaran saham Tesla termasuk satu kejadian di mana firma tersebut kehilangan AS$14bn nilai pasaran setelah Elon Musk menulis pasaran sahamnya terlalu tinggi di Twitter.

Show More

Related Articles

Back to top button