Isu SemasaTempatan

TNB Kehilangan Elektrik Bernilai RM8.6 Juta Akibat Sindiket Bitcoin di Johor

Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket perlombongan bitcoin yang mencuri arus elektrik selepas menangkap tujuh lelaki dan merampas lebih 1,700 unit mesin bitcoin bernilai RM2.6 juta.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan TNB Johor mengalami kerugian sehingga RM8.6 juta akibat kegiatan mencuri arus elektrik ini.

 

Kejayaan Terbesar Polis Menumpaskan Sindiket Bitcoin Yang Mencuri Elektrik di Johor

Penangkapan tujuh lelaki dan rampasan 1,746 mesin melombong bitcoin merupakan adalah kejayaan terbesar pihak polis yang membabitkan kegiatan perlombongan bitcoin dengan mencuri arus elektrik di Johor.

“Operasi selama dua hari kelmarin dan semalam hasil risikan dibuat unit SEAL TNB dan Jabatan Siasatan Jenayah Johor telah membuat serbuan 21 premis di daerah Johor Bahru Selatan, Seri Alam, Tangkak dan Muar.

 

Sindiket Bitcoin Bermula Sejak Awal Tahun Lalu

“Dengan tertangkapnya tujuh lelaki berusia antara 24 hingga 64 tahun, polis percaya berjaya menumpaskan satu sindiket yang mula bergerak aktif sejak awal tahun lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini hari ini.

Menurut sumber TNB Johor, sepanjang tahun lalu penyedia utiliti itu mengalami kerugian sekitar RM90 juta akibat aktiviti mencuri arus elektrik bagi kegiatan melombong bitcoin.

 

Jenayah Mencuri Arus Elektrik

“Satu unit mesin bitcoin ini boleh didapati dengan mudah dalam platform jual beli atas talian berharga antara RM200 hingga RM3,000 dan seunit mesin ini menggunakan kuasa elektrik yang bersamaan penggunaan bagi penghawa dingin 1hp (horsepower).

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan kerana mencuri arus elektrik dan melakukan khianat ke atas harta benda milik TNB dan TNB akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik ke atas pemilik akaun berdaftar” katanya.

Menurut FMT, kesemua tahanan tersebut diperintahkan Majistret Johor Bahru ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 18 Februari ini.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button