Sukan

Krisis Kanak-Kanak Tanpa Wajah, Pemain Bola Legenda Afrika Ingin Semua Tahu Tentangnya

Seramai 140,000 kanak-kanak terkesan akibat penyakit yang dirujuk sebagai “Children without faces” atau “Kanak-kanak tanpa wajah” akan tetapi masih ramai tidak tahu kewujudan penyakit sebegini.

Antara kesan penyakit Noma. Sumber Imej: nonoma

Diambil daripada bahasa Yunani, “nomein” yang membawa maksud “untuk melahap” ini merupakan penyakit yang memusnahkan wajah.

Ia telah menyebabkan 90% kes kematian di kalangan kanak-kanak.

Bekas pemain bola sepak Roger Milla – pemain Afrika terbaik sejak 50 tahun lalu ini mengetahui tentang penyakit ini pada tahun 2018 ketika menjadi Presiden Yayasan Cœur d’Afrique.

Setahun setelah itu, Roger Milla menubuhkan yayasan Noma Fund bersama bekas pemain antarabangsa yang lain seperti Joseph-Antoine Bell, François Omam-Biyik, Patrick Mboma, Rigobert Song, dan Jacques Songo’o di Paris.

 

Rayuan Global Untuk Merawat Krisis Kanak-Kanak Tanpa Wajah Ini

Disebabkan ia sudah menjadi krisis, Roger Milla telah melancarkan rayuan global untuk menderma bagi menyelamatkan nyawa mereka yang disebut “kanak-kanak tanpa wajah”.

Projek “Membasmi Noma 2021-2030” itu telah dilancarkan pada 20 November 2020 dan Roger Milla menyeru orang ramai dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam kempen kesedaran ini.

 

Objektif Projek Membasmi Noma 2021-2030

Objektif projek ini adalah untuk memberi dana pelan perancangan bertujuan untuk membasmi Noma sepenuhnya pada tahun 2030 dengan menerapkan kempen kesadaran, pencegahan, dan perawatan kesihatan di kawasan yang paling terjejas.

Selain daripada itu, dana ini akan digunakan untuk membina hospital rujukan di Yaoundé dan juga pusat pemulihan dan bantuan pertama di sepuluh negara di benua Afrika seperti Cameroon, Côte d’Ivoire, CAR, Equatorial Guinea, Liberia, Nigeria, Togo, the Democratic Republic of Congo, Senegal, dan Chad.

 

Pemain Legenda Bola Sepak Mendedikasi Kehidupannya Melawan Penyakit Ini & Membantu Masyarakat Afrika

Bagi membantu Roger Mila yang kini mendedikasikan kehidupannya kepada misi kemanusiaan dan ingin melawan penyakit noma ini, setiap sumbangan adalah sangat bermaksa. Menurut laman web yayasan itu, sumbangan boleh dilakukan bermula lima euro.

Setiap transaksi adalah telus dan aman, kerana pembayaran dibuat menggunakan PayPal, platform yang khusus untuk mengumpulkan dana bagi NGO dan persatuan antarabangsa.

“Setiap orang boleh memberi sesuai dengan kemampuan mereka,” tegas Roger Milla.

“Situasi kanak-kanak dengan noma ini mengejutkan kerana terdapat penyelesaian terhadap penyakit ini dan ia dapat dijangkau. Noma boleh dirawat dengan ubat yang sederhana dan agak murah. Tetapi bagi orang-orang yang berada dalam kemiskinan yang menderita penyakit ini, mereka sama sekali tidak boleh mendapatkan rawatan tersebut. “

 

Merawat “Kanak-Kanak Tanpa Wajah” Ini Sebenarnya Murah & Boleh Dielak

Sebagai gambaran, 20 euro sudah cukup untuk menyembuhkan kanak-kanak dengan memberikan rawatan lengkap (antibiotik, vitamin, dan ubat kumur pembasmi kuman) sebaik sahaja gejala pertama muncul dan sebelum penyakit itu memburuk dengan sangat pantas.

Tanpa pencegahan dan akses ke rawatan yang mencukupi, satu-satunya peluang yang dimiliki anak-anak ini adalah untuk dimasukkan ke hospital pakar.

Hari ini, kes-kes yang jarang dirawat dipindahkan ke hospital Eropah dengan kos yang terlalu tinggi. “Hanya lapan anak yang dapat memanfaatkannya pada tahun 2019,” jelas Roger Milla, dengan menyesal.

 

Berharap Sebuah Hospital Khas Penyakit Noma Dapat Dibina

Roger Milla bersama pesakit Noma yang telah sembuh dengan pakar-pakar yang merawat penyakit ini. Sumber Imej: Facebook Roger Milla

Berharap untuk dibuka pada suku pertama tahun 2022, hospital rujukan akan menyediakan rawatan pembedahan, pemulihan wajah dan pemulihan yang lengkap dan percuma untuk pesakit noma dari seluruh Afrika.

Pembinaan telah diperuntukkan untuk sebidang tanah berhampiran Lapangan Terbang Yaoundé-Nsimalen, yang disediakan oleh Cameroon.

“WHO serta Persekutuan NoNoma Antarabangsa dan yayasan Winds of Hope juga memberikan jaminan sokongan kepada kami,” kata Roger Milla.

 

3 Fasa Projek Membasmi Noma 2021-2030

Projek Membasmi Noma 2021-2030 bakal dijalankan dalam tiga fasa. Fasa pertama ialah untuk menyebarkan penyakit sebegini wujud ke seluruh dunia terutamanya mereka yang mampu membuat keputusan secara global.

Fasa kedua ialah untuk fokus kepada pencegahan. Ini termasuk kempen di sekolah-sekolah dan juga kepada keluarga yang tinggal di kawasan paling terjejas teruk akibat penyakit ini.

Fasa terakhir ialah untuk membina hospital rujukan di Yaoundé yang boleh memberi rawatan khusus kepada pesakit Noma dan pada masa yang sama Noma Fund berharap dapat membina pusat integrasi sosial di 10 negara yang terjejas.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button