Gaya Hidup

Pawagam Sewakan Dewan Untuk ‘Gamers’ Tegar!

Salah satu francais pawagam di Korea Selatan, CGV kini menawarkan perkhidmatan ‘sewa pawagam’ buat peminat permainan video.

Selain menawarkan tayangan filem, pawagam ini turut menyewakan dewan tayangan mereka untuk pemain permainan video merasai bermain dengan skrin yang besar dan sistem bunyi yang baik.

Sejak dunia mula menghadkan ramai orang untuk pergi menonton wayang di pawagam dan kekurangan wayang untuk ditayangkan, ia adalah salah satu alternatif buat pawagam seperti CGV untuk menjana pendapatan.

Kebanyakkan pawagam hanya membenarkan tidak lebih 50% penonton di dalam satu dewan dan dari sini datangnya idea untuk menyewakan dewan tersebut.

Idea Menyewakan Pawagam

Ia merupakan idea salah satu kakitangan CGV, Seung Woo Han yang melihat peminat penonton pawagam dan permainan video mempunyai beberapa minat yang sama – skrin yang besar.

“Apabila memikirkan bagaimana untuk menggunakan dewan pawagam yang kosong, saya perasan permainan video kini juga menghasilkan produk yang baik disampik grafik yang cantik seperti sebuah filem.

“Jadi, jika seseorang itu gemar menonton wayang di pawagam, saya rasa mereka juga akan seronok bermain permainan video di sini (pawagam),” jelas Woo Han kepada BBC.

 

Syarat Yang Ditetapkan Untuk Sewa Pawagam

Pengunjung yang berminat untuk menyewa boleh membuat tempahan namun mereka perlu membawa konsol permainan sendiri.

Di CGV, sewaan sebelum 6 petang adalah sebanyak AS$90 (RM365±) untuk 4 orang selama 2 jam. Manakala selepas pukul 6 petang, kadar ditetapkan pada AS$135 (RM545±).

 

Tempahan Sewa Pawagam Memberangsangkan

Dilaporkan CGV mempunyai dewan yang mempunyai 100 hingga 200 tempat duduk dan kadar rata AS$12 (RM49±) untuk setiap tiket tontonan.

Jadi, sejak penyekatan kehadiran penonton, pawagam tidak menerima lebih AS$600 untuk setiap tontonan.

Melihat perkara ini, alternatif menyewakan dewan ini dilihat mampu membantu memberikan pendapatan kepada pawagam dan kos ini tidak termasuk pembelian makanan pawagam.

Sehingga perkhidmatan ini mula diperkenalkan, CGV menerima lebih 130 tempahan. Majoriti pelanggan yang menempahnya adalah kumpulan lelaki dari usia 30 hingga 40 tahun dan juga pasangan serta keluarga.

 

Keadaan Pawagam Kini Secara Global

Secara kasar, pawagam di seluruh dunia terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda.

Penjualan tiket secara global pada tahun 2020 jatuh sehingga 71% kepada AS$12.4 bilion dari AS42.5 bilion pada 2019 menurut laporan majalah Variety.

Selain CGV, beberapa pawagam di seluruh dunia turut melakukan beberapa inisiatif bagi menghalangkan rangkaian mereka ditutup.

Beberapa pawagam di Amerika Syarikat seperti AMC dan Cinemark juga mula menyewa pawagam mereka kepada kumpulan kecil untuk melakukan siaran tertutup peribadi mereka.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button