Bisnes & Ekonomi

6 Tip Keusahawanan Daripada Usahawan Berjaya Di Malaysia

Dengan pandemik yang lama melanda dunia dan ramai yang mungkin hilang pekerjaan, satu-satunya harapan yang baharu untuk orang mendapatkan sumber pendapatan yang halal ialah dengan cuba membuka perniagaan mereka sendiri. Ini adalah antara tip keusahawanan daripada mereka yang sudah berjaya mengembangkan produk mereka di Malaysia.

 

Tip 1: Perkasa Teknik Perniagaan dan Mantapkan Diri Dengan Ilmu Keusahawanan

Menurut Noraini, 65 tahun, pengusaha Noraini’s Cookies, modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus. Walaupun begitu, dalam perniagaan kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau boleh, pilih perniagaan yang kurang risiko serta sentiasa mantapkan diri dengan ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima kemahiran berkomunikasi.

Tip 2: Konsisten jaga kualiti produk

Pelanggan akan mempercayai sesuatu produk dan jenama apabila pengeluarannya kemas dan konsisten. Mereka tidak teragak-agak untuk membeli semula jika ia memenuhi citarasa dan kepuasan pelanggan.

Tip 3: Jangan takut melabur untuk pemasaran

Bagi Rosnah, 52 tahun yang mengusahakan perniagaan Rendan Maman, mempromosikan produknya dengan menyertai pelbagai acara seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA), Halal Fest, Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Fama Fest dan Karnival Usahawan Desa (KuD).

Beliau yang pernah mewakili Negeri Sembilan ke Malaysia Food Street Thailand ini juga memberitahu, bahawa seseorang peniaga harus belajar cara-cara untuk memasarkan produk dengan lebih meluas dan jangan takut untuk melabur.

Tip 4: Banyak bersabar, kreatif, dan fokus dengan tugasan.

Pada awal perniagaan sememangnya terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi terutamanya daripada segi kewangan, tenaga kerja dan situasi ekonomi yang kurang memuaskan. Apa yang perlu dilakukan ialah kekal fokus dan kreatif untuk keluar daripada masalah yang dihadapi.

Tip 5: Perlu berterusan, merancang, proaktif dan semangat

Ketua Pegawai Eksekutif Omni Mal, Chua Hock Tee berkongsi dengan BeritaHarian bahawa syarikatnya memiliki prinsip “Omni Mal 4P” iaitu Persistency (Berterusan), Planning (Perancangan), Proactive (Proaktif) dan Passion (Semangat).

Menurutnya, peniaga perlu mengambil inisiatif bagi menawarkan produk yang berbeza iaitu dengan memasukkan nilai tambah, kepelbagaian kegunaan, pengiktirafan dan pensijilan yang menjamin kualiti dan keselamatan makanan.

Tip 6: Jangan cepat putus asa

Setiap perniagaan ada persaingannya tetapi anda perlu terus berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan memenuhi kehendak pelanggan.

 

Sumber Imej Terencana: NST

Show More

Related Articles

Back to top button