Isu SemasaSains

Penemuan Setelah 375 Tahun Mendapati Bumi Memang Ada Benua Ke-8!

Ia mengambil ahli sains 375 tahun untuk menemukan benua ke-8 dunia kerana ia tersembunyi daripada pandangan selama ini. Akan tetapi terdapat misteri yang masih belum diselesaikan sehingga kini.

 

Sejarah Penerokaan Bumi

Ratusan tahun lalu orang Eropah masih meneroka bumi tetapi mereka percaya terdapat sebahagian tanah yang besar yang dipanggil Terra Australis.

Pada 14 Ogos 1642, sebuah ekspedisi oleh pelayar Belanda, Abel Tasman dari syarikat yang didirikannya di Jakarta, Indonesia telah diadakan. Dua kapal layar kecilnya akhirnya berhenti di Selatan Pulau New Zealand.

Pertemuan pertamanya dengan orang Maori tidak berjalan baik. Mereka menaiki kanu dan melanggar kapal kecil yang menghantar mesej ke kapal Abel sehingga empat orang Eropah mati.

Ini menyebabkan pertempuran kecil di antara orang Eropah dan orang Maori yang berada dalam kanu. Orang Eropah melancarkan meriam tetapi tidak pasti apa yang terjadi dengan sasaran tersebut.

Misi tersebut berakhir di situ.

Abel menamakan lokasi tersebut ‘Moordenaers‘ Bay yang membawa maksud pembunuhan dan belayar pulang setelah beberapa minggu tanpa berhasil menjejakkan kaki di situ.

Namun, Abel percaya dia telah menemukan benua selatan yang hebat tersebut tetapi tidak kembali ke tempat itu.

Pada masa ini, Australia sudah diketahui, tetapi orang Eropah menganggap ia bukannya benua legenda yang mereka cari.

Memang Ada Benua Legenda Yang Membuktikan Bumi Memiliki 8 Benua

Pada tahun 2017, sekumpulan ahli geologi telah menemukan Zealandia – Te Riu-a-Māui dalam bahasa Māori dan mereka membuktikan penemuan Abel tersebut adalah benar. Memang terdapat benua misteri yang hilang.

Ia merupakan sebuah benua dengan keluasan 4.9 juta km persegi – enam kali lebih besar daripada Madagascar.

Setelah sekian lama ensiklopedia menyebut dunia memiliki tujuh benua, kumpulan geologi ini membantah maklumat tersebut dan menambahkan lagi satu benua. Ia merupakan benua paling kecil, nipis dan muda dia dunia. Akan tetapi 94% daripadanya masih berada di bawah paras air dengan beberapa pulau yang timbul seperti New Zealand.

Ia menyembunyi daripada pandangan kita selama ini.

Namun, perkara ini menjadi permulaan untuk mengetahui bagaimana ia terbentuk, adakah ada peradaban sebelum ini dan berapa lama ia berada di bawah air?

Rajah New Zealand yang dipercayai sebahagian daripada benua Zealandia. Sumber Imej: The Guardian

Permulaan Penemuan Benua Ke-8 Bumi

Setelah lebih satu abad berlalu setelah penemuan New Zealand pada tahun 1642 oleh Abel, pelukis peta British, James Cook telah dihantar untuk sebuah ekspedisi saintifik di hemisfera selatan.

Arahan rasmi yang diterima James Cook ialah untuk memerhati peredaran Venus dengan Bumi serta matahari untuk mengira jarak matahari.

James Cook juga diarahkan membawa surat yang hanya boleh dibuka apabila beliau selesai menghabiskan misi pertamanya.

Ia merupakan misi rahsia untuk meneroka benua selatan yang membawa James Cook tiba di New Zealand.

Namun begitu, petunjuk nyata tentang keberadaan Zealandia telah dikumpulkan oleh ahli alam semulajadi Scotland, Sir James Hector, yang mengikuti pelayaran untuk meninjau beberapa pulau di pesisir selatan New Zealand pada tahun 1895.

Setelah mempelajari geologi, beliau menyimpulkan bahawa New Zealand adalah “sisa-sisa rantai gunung yang membentuk puncak kawasan benua besar yang membentang jauh ke selatan dan timur, dan yang sekarang tenggelam… “.

Walaupun terdapat kemajuan awal, pengetahuan tentang kemungkinan Zealandia tetap kabur, dan sangat sedikit yang terjadi hingga tahun 1960-an.

 

Apakah Yang Menyebabkan Sesebuah Kawasan Menjadi Sebuah Benua?

“Perkara berlaku dengan perlahan dalam bidang ini,” kata Nick Mortimer, ahli geologi di GNS Science yang mengetuai kajian pada tahun 2017.

Kemudian pada tahun 1960-an, ahli geologi akhirnya bersetuju definisi tentang apa itu benua.

Secara luas, ia merupakan kawasan geologi dengan ketinggian tinggi, pelbagai jenis batu, dan kerak tebal. Ia juga mesti besar.

“Anda tidak boleh menjadi potongan kecil,” kata Mortimer. Ini memberi ahli geologi sesuatu untuk bekerjasama – jika mereka dapat mengumpulkan bukti, mereka dapat membuktikan bahawa benua kelapan itu nyata.

Akan tetapi misi tersebut terpaksa ditamatkan kerana ia memerlukan wang yang banyak dan sukar. Nick Mortimer berkata tidak ada keperluan untuk meneroka.

 

Penerokaan Pencarian Benua Ke-8 Mula Berjalan Pada Tahun 1995

Pada tahun 1995, seorang pakar geologi, Bruce Luyendyk telah sekali lagi memperihalkan kawasan tersebut sebagai sebuah benua dan menamakannya Zealandia.

Pada masa yang sama, Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Undang-Undang Laut dijalankan yang akhirnya mencetuskan motivasi yang serius.

Sekiranya New Zealand dapat membuktikan bahawa ia adalah sebahagian daripada benua yang lebih besar, ia dapat meningkatkan wilayahnya sebanyak enam kali.

Ini menyebabkan keberadaan dana yang banyak secara tiba-tiba untuk meninjau kawasan itu. Perkara ini menyebabkan bukti-bukti secara bertahap bertambah. Dengan setiap sampel batuan yang dikumpulkan, kes untuk Zealandia bertambah baik.

Akhirnya data satelit yang canggih mampu mengesan kepelbagaian bentuk di Bumi dan memperlihatkan bentuk dasar lautan.

Melalui teknologi ini Zealandia boleh dilihat hampir sama besar dengan Australia.

Gambarajah satelit menunjukkan Zealandia di bawah laut. Sumber Imej: GNS Science
Show More

Related Articles

Back to top button