Percutian

AirAsia Lanjut Tempoh Penerbangan Pas Tanpa Had

Pada tahun lalu, syarikat penerbangan AirAsia telah memperkenalkan Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia (Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia) yang membolehkan pelancong terbang dalam negara seberapa banyak kali dengan harga RM399 mengikut terma dan syarat tertentu.

Sebanyak 16 destinasi di Malaysia boleh menggunakan pas penerbangan tanpa had ini seperti Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu, Sibu, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan.

Namun, pihak AirAsia telah melanjutkan tempoh penggunaan pas ini berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan.

 

Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia (Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia)

Sebelum ini, pas penerbangan tersebut hanya sah digunakan dari 25 Jun sehingga 31 Mac 2021.

Namun, AirAsia baru sahaja menguar-uarkan tentang lanjutan tempoh penerbangan iaitu sehingga 30 Jun 2021.

Tujuan tempoh pas ini dipanjangkan adalah kerana, pihak AirAsia ingin memastikan penumpang berpeluang menggunakan pas tersebut dengan sebaiknya apabila perjalanan merentas negeri diizinkan kelak.

Ia juga bagi memastikan pembeli pas ini lebih jelas dengan keadaan ketika ini.

 

Pas Tanpa Had AirAsia X

Perkara yang sama juga diumumkan buat pembeli Pas Tanpa Had AirAsia X yang diperkenalkan awal tahun 2020 yang lalu.

Berikutan lonjakan kes Covid-19 di seluruh dunia, syarikat penerbangan tambang murah ini juga telah melanjutkan tempoh penerbangan bagi pembeli pas ini sehingga 30 Jun 2021.

Ketika diperkenalkan, tempoh penggunaan pas ini hanya bermula dari 2 Mac 2020 hingga 2 Mac 2021.

Pas yang berharga RM499 ini membolehkan penumpang mengambil penerbangan AirAsia X ke destinasi seperti Australia, Jepun, China, Korea, India dan juga Honolulu melalui Osaka.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang bentuk pertanyaan, pembeli pas boleh melayari web www.airasia.my.

Show More

Related Articles

Back to top button