BudayaGaya Hidup

Tahukah Anda Apa Yang Dijual Di Jangmadang, Pasar “Gelap” Korea Utara?

Jangmadang ialah nama yang diberikan oleh orang tempatan Korea Utara merujuk kepada pasar. Ia menjual pelbagai perkara daripada buah-buahan, pakaian dan produk rumah.

Ia mula bercambah ketika masalah kebuluran berlaku di tahun 1990an dan orang mula menyedarimereka tidak boleh bergantung pada catuan pemerintah semata-mata.

Ramai warga Korea Utara masih berbelanja di pasar ini untuk mendapatkan keperluan harian.

Akan tetapi ia juga menjadi sumber mendapatkan produk haram yang diseludup masuk ke dalam negara.

 

Apa Sahaja Yang Diseludup Masuk Dan Dijual Di Jangmadang?

Menurut Kementerian Penyatuan Korea Selatan, kandungan dari luar Korea Utara termasuk filem, video musik, dan drama disalin ke pemacu USB, CD atau Kad SD di Korea Selatan atau China dan diseludup masuk.

Ini juga cara yang digunakan oleh organisasi hak asasi manusia untuk memberi informasi mencabar rejim.

Orang muda Korea Utara mendapatkan budaya moden daripada luar negara melalui cara ini.

“Ini memberi kesan terhadap trend fesyen, gaya rambut dan standard kecantikan di Korea Utara,” tambah Park kepada CNN.

“Sekiranya anak muda Korea Utara menonton program TV Korea Selatan, mereka mungkin ingin menukar rambut atau pakaian mereka seperti penampilan orang Korea Selatan.”

Di pasar ini juga, penyeludup wanita akan bercakap dengan loghat Seoul untuk menarik perhatian wanita muda yang pernah terdedah dengan budaya di Korea Selatan.

Adakalanya penjual ini akan membawa pelanggan ke rumah mereka untuk melihat dan menjual pakaian dan kosmetik dari Korea Selatan.

 

Barangan Korea Selatan Dijual Pada Harga Berlipat Kali Ganda

Semuanya dijual pada harga dua hingga tiga kali ganda berbanding produk keluaran Korea Utara ataupun China.

Menurut seorang pembeli, dia menggunakan wang dua minggu yang seharusnya untuk membeli beras bagi mendapatkan gincu ataupun maskara keluaran Korea Selatan.

Pasar ini sangat popular dengan golongan muda sehingga anak muda di Korea Utara yang terpengaruh ini mendapat julukan “generasi Jangmadang”.

Bagaimana Generasi Muda Boleh Terdedah Dengan Pasar Jangmadang Ini?

Ketika Korea Utara mengalami krisis kebuluran, ia juga telah mengubah sistem persekolahan kanak-kanak sehingga mereka lebih dibesarkan di pasar ini dan didedahkan kepada kapitalisme berbanding generasi-generasi sebelum ini.

Adakah Wanita Korea Utara Tidak Boleh Mengenakan Alat Solek Sama Sekali Sehingga Ia Dijual Di Pasaran Gelap?

Di Korea Utara, mengenakan gincu berwarna merah dianggap melambangkan kapitalisme. Oleh sebab itu ia tidak dibenarkan di sana.

Wanita Korea Utara hanya dibenarkan mengenakan gincu yang tidak mencolok mata dan rambut panjangnya perlu diikat dengan kemas.

Terdapat juga polis yang ditugaskan untuk menangkap mereka yang berpakaian berbaur kapitalisme. Mereka berada setiap 10 meter dan orang ramai tidak dibenarkan mengenakan sebaran aksesori ataupun fesyen rambut bermacam-macam apatah lagi mewarnakannya.

Malah pakaian yang terlalu barat seperti kemeja dengan tulisan bahasa Inggeris, jeans ketat mahupun kain pendek (skirt mini) boleh dikenakan denda, hukuman ataupun dipermalukan di khalayak (setiap kawasan mengenakan undang-undang yang berbeza).

Walaupun Tidak Dibenarkan Bersolek Tetapi Tetap Setia Dengan Negara

Menurut Joo Yang, warganegara Korea Utara yang telah meninggalkan negaranya ke Korea Selatan pada tahun 2010, memang benar mereka ditanamkan dakyah oleh kerajaan Korea Utara. Oleh sebab itu mereka sangat menyukai pemimpin tertinggi. Akan tetapi ia tidak menghalang mereka untuk menjadi orang cantik.

Perkara seperti ini yang menyebabkan terdapat golongan yang memberontak.

Walau bagaimanapun, kerajaan menyedari generasi muda memberontak terhadap budaya yang diluluskan oleh negara.

Perkara ini juga menyebabkan mereka didorong untuk menyesuaikan diri dan membiarkan beberapa kelenturan arahan untuk mengekalkan kedudukan di peringkat tertinggi.

“Pada dasarnya, ini memaksa kerajaan untuk menjawab pertanyaan ini: Apakah mereka akan melakukan perubahan atau mereka hanya akan mencuba dan menekannya?”

Show More

Related Articles

Back to top button