AsiaPolitik

Dulu Digunakan di Thailand, Simbol “Hunger Games” Ini Kini Trending di Myanmar

Dengan memakai pelitup muka dan reben merah pada PPE mereka, kumpulan perubatan Yangon mengangkat tabik tiga jari seperti di dalam filem “Hunger Games” sebagai tanda sokongan kepada pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi dan menentang rampasan kuasa oleh tentera.

Di Mandalay, kota kedua di negara itu, isyarat itu digunakan oleh pekerja kesihatan di sebuah pusat rawatan koronavirus, beberapa di antaranya memegang sepanduk yang bertulis: “Kami menentang gerakan rampasan kuasa.”

Dua anggota kanan Liga Nasional Demokrasi Suu Kyi menyiarkan gambar mereka membuat isyarat yang sama di media sosial berikutan pengambilalihan tentera oleh Isnin lalu.

Image result for myanmar hunger games salute

 

Apakah Maksud Simbol Tiga Jari Itu?

Tabik tiga jari ke atas itu berasal dari filem popular “Hunger Games” yang diadaptasi dari novel distopia oleh Suzanne Collins. Tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, symbol tabik terbabit telah digunakan secara meluas oleh penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan autoritarian di Asia.

Dipopularkan oleh watak Jennifer Lawrence iaitu Katniss Everdeen dalam “Hunger Games”, isyarat itu menjadi simbol revolusi dan pemberontakan menentang pemerintahan totalitarian di negara fiksyen Panem.

Ia mula digunakan dalam protes di jalanan pada tahun 2014, ketika penunjuk perasaan di Thailand menentang larangan perhimpunan awam yang dilakukan setelah rampasan kuasa pada bulan Mei.

 

Selain Thailand, Simbol “Hunger Games” Turut Digunakan Di Hong Kong

Pada akhir tahun itu, para pejuang pro-demokrasi muda di Hong Kong juga menggunakan simbol sama dalam kempen mereka untuk pemilihan demokratik sepenuhnya.

Simbol itu dilihat secara meluas di Thailand yang mana pada tahun lalu, selama berbulan-bulan melaksanakan protes untuk menyeru pemecatan kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin kudeta 2014 dan pembaharuan monarki.

Tahun ini, ia digunakan pula oleh penduduk Myanmar sebagai solidariti untuk Aung San Suu Kyi yang digulingkan oleh tentera. Rampasan kuasa itu mengembalikan Maynmar yang hampir berjaya menjalankan demokrasi, di bawah pemerintahan ketenteraan.

BACA: Apa Sebenarnya Terjadi Di Myanmar Sehingga Aung San Suu Kyi Ditahan

Mahkamah Myanmar menuduh Aung San Suu Kyi melanggar undang-undang import dan eksport, kata jurucakap Liga Nasional Demokrasi (NLD).

Presiden Myanmar Win Myint juga turut ditangkap dan panglima tentera Jeneral Min Aung Hlaing diberi “kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif” untuk menguruskan negara.

Show More

Related Articles

Back to top button