Bisnes & Ekonomi

6 Rahsia Kejayaan Dikongsikan Elon Musk

Umum telah mengetahui 2021 membuka tirai dengan orang dunia paling kaya yang baharu iaitu Elon Musk. BBC berkongsi temuramah mereka bersama Elon Musk dan memecahkan rahsia kejayaan beliau.

Rahsia Kejayaan 1: Berusaha Bukan Kerana Wang Semata-Mata

Ini merupakan cara kerja Elon. Beliau memiliki impiannya sendiri dengan menginspirasikan kehidupannya daripada Iron Man. Beliau yang bakal berusia 50 tahun pada tahun ini tidak terfikir untuk menjadi manusia paling kaya di dunia tetapi beliau mahu mendapatkan wang untuk membina bangunan di Marikh.

Itulah impian Elon dan beliau sendiri tidak terkejut jika kekayaannya bakal digunakan sepenuhnya untuk tujuan tersebut kerana ingin menggunakan wangnya ke atas sesuatu yang bermanfaat ke atas peradaban manusia.

 

Rahsia Kejayaan 2: Kejar Impian Anda

Elon Musk mahukan masa depan yang lebih baik dan mahu perkara yang menarik untuk kelangsungan hidup yang lebih mudah.

Contohnya syarikat SpaceX yang dibinanya. Elon Musk membinanya kerana kecewa dengan program angkasa Amerika Syarikat.

“Saya selalu berharap kita boleh pergi lebih jauh daripada Bumi dan menghantar manusia ke Marikh serta memiliki pangkalan di bulan dan juga memiliki penerbangan mudah ke orbit,” kongsi Elon.

Apabila perkara ini tidak terjadi, Elon Musk memiliki idea untuk mengadakan “Misi Oasis Marikh” yang menyasarkan sebuah rumah hijau di planet berwarna merah itu.

Idea ini adalah supaya orang ramai teruja dengan kehidupan di angkasa serta mempengaruhi kerajaan AS untuk meningkatkan bajet Nasa.

Akan tetapi seiring perjalanan Elon, beliau sedar ia bukanlah kerana kekurangan semangat tetapi kekurangan cara kerana teknologi angkasa sangat mahal daripada yang beliau fikirkan. Maka, sebuah perniagaan pelancaran roket termurah di dunia dilahirkan Elon Musk!

 

Rahsia Kejayaan 3: Jangan Takut Untuk Bercita-Cita Besar

Elon Musk mahu merevolusikan industri permotoran, mengambil alih planet Marikh, membina keretapi berkelajuan tinggi dengan terowong vakum, mengintegerasikan kecerdasan buatan ke dalam otak manusia dan meningkatkan industri tenaga suria dan bateri.

Semua projeknya adalah impian futuristik yang wujud dalam majalah kanak-kanak di awal tahun 1980an.

Malah sememangnya Elon Musk mendapat inspirasi dalam kesemua perniagaannya daripada buku dan filem yang ditontonnya sewaktu membesar di Afrika Selatan.

Impiannya tercapai satu persatu dengan syarikat terowongnya diberi nama ‘The Boring Company’ (Syarikat yang membosankan).

Akan tetapi Elon Musk juga menasihatkan supaya melakukan perkara yang bakal mencapai tujuan dan perkara yang penting untuk manusia.

Salah satu perkara yang dilakukan Elon ialah mahu melakukan perubahan terhadap penggunakan minyak fosil.

 

Rahsia Kejayaan 4: Bersedia Untuk Mengambil Risiko

Perkara ini sering diberitahu oleh mana-mana usahawan tetapi Elon Musk telah mengambil risiko yang paling besar.

Pada tahun 2002, Elon Musk telah menjual dua holding miliknya dalam dua pelaburan pertamanya iaitu sebuah bandar panduan internet iaitu Zip2 dan syarikat pembayaran atas talian, PayPal. Ketika itu beliau berusia 30an dan memiliki hampir AS$200juta dalam akaun bank.

Rancangannya ketika itu menyimpan separuh kekayaan di dalam perniagaan dan menyimpan separuh lagi. Akan tetapi ia tidak berjalan baik seperti yang dirancang.

Syarikat baharunya telah mengalami pelbagai masalah. SpaceX gagal pada tiga pelancaran awalnya, Tesla mengalami masalah pengeluaran, rantaian bekalan, dan masalah reka bentuk.

Kemudiannya, krisis kewangan melanda. Maka ketika itu Elon Musk hanya memiliki dua pilihan. Untuk menympan wang yang ada dan melihat syarikatnya terkubur atau melabur dengan wang simpanan yang ada dan kemungkinan bakal berhasil.

Akhirnya Elon Musk memilih untuk melabur sehingga pada saat memiliki hutang dan meminjam wang daripada rakan-rakannya hanya untuk hidup. Tetapi prospek untuk menjadi muflis ini tidak pernah menakutkannya.

 

Rahsia Kejayaan 5: Abaikan Pengkritik

Pada tahun 2014, ramai orang mengkritiknya sehingga ada banyak laman blog yang berkata Tesla bakal mati.

Akan tetapi Elon Musk bermula dengan tidak berfikir SpaceX mahupun Tesla mampu buat duit. Oleh itu, Elon Musk tidak peduli dengan apa yang dikatakan pengkritik dan terus melangkah memenuhi impiannya.

Mengapa? Kerana Elon Musk merupakan seorang yang tidak mengambil kira berapa banyak wang yang beliau bakal dapat dari perniagaannya tetapi berapa masalah yang boleh beliau selesaikan.

Ini membolehkannya membuat keputusan dengan mudah kerana beliau fokus kepada apa yang patut. Perkara ini telah menarik perhatian pasaran dan pada Oktober 2020, bank pelaburan Morgan Stanley telah menilai SpaceX pada harga AS$100bn malah yang lebih membanggakan ialah syarikatnya telah menjadi program angkasa Amerika Syarikat sekaligus misi angkasa lepas dari Amerika Syarikat berjaya direalisasikan untuk pertama kali berjaya.

Rahsia Kejayaan 6: Berseronoklah

Elon Musk dilihat sebagai seorang yang bekerja keras dengan bekerja 1209 jam seminggu untuk memastikan pengeluaran Tesla Model 3 berjalan dengan baik. Akan tetapi Elon Musk menyukai apa yang dilakukannya.

Walaupun ada yang menganggap tingkah lakunya lain daripada manusia biasa, tetapi apa yang pasti cita-citanya yang luar biasa tidak pernah mengganggu gugat perniagaan yang diusahakannya.

Semua kerana beliau suka dengan apa yang dilakukannya dan tidak terbeban dengan perkara tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button