AntarabangsaIsu SemasaSukan

Penggunaan Vaksin ‘Penentu’ Kelangsungan Olimpik Tokyo

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mencadangkan dalam kenyataannya minggu lepas bahawa penggunaan vaksin adalah ‘penentu’ untuk meneruskan Olimpik Tokyo dan berjanji akan memulakan proses vaksinasi selewatnya pada penghujung Februari ini dengan pengesahan dari Kementerian Kesihatan berhubung vaksin Pfizer.

Ini bermakna penduduk Jepun akan mula mendapat vaksinasi lima bulan sebelum Olimpik Tokyo bermula iaitu 23 Julai.

Olimpik Tokyo 2020 akan tamat pada 8 Ogos 2021.

Temasya yang berlangsung pada 2021 ini adalah susulan penundaan tarikh akibat pandemik Covid-19.

Setakat ini lebih 50 ngeara sudah melakukan perancangan penggunaan vaksin Covid-19.

 

Tempoh Percubaan Vaksin di Jepun

Ujian domestik diperlukan di Jepun sebelum vaksin diluluskan untuk penggunaan.

Jepun juga telah mempunyai bekalan vaksin yang secukupnya untuk rakyat negara itu setelah berjaya di dalam perjanjian bersama syarikat farmasi Pfizer, AstraZeneca dan Moderna.

Pfizer dijangka akan diluluskan pada Februari ini, Moderna baru sahaja memulakan ujian domestik pada Khamis 21 Januari, manakala AstraZeneca sudah tamat ujian namun menunggu keputusan kelulusan.

Presiden Jepun itu juga berjanji akan menyediakan laporan dengan informasi yang tepat berkaitan penemuan saintifik, termasuk kesan sampingan – untuk menjelaskankan keadaan vaksin kepada rakyat.

Menurut kaji selidik, Jepun antara negara terendah yang mempercayai terhadap vaksin-vaksin ini dengan hanya kurang 25% sahaja yang bersetuju dengan keselamatan, kepentingan dan keberkesanan vaksin tersebut.

 

Purata Rakyat Jepun Akan Menerima Vaksin Sebelum Olimpik Tokyo

Terdapat lebih 127 juta penduduk di Jepun.

Sehingga kini, lebih 360,000 kes Covid-19 dilaporkan dengan kematian mencatat lebih 5,000 orang.

Kerajaan Jepun juga dijangkan akan membelanjakan sekitar AS$14 bilion (RM72 bilion) untuk memastikan bekalan vaksin untuk negara itu.

Walaupun Suga menyatakan vaksin adalah ‘penentu’ untuk menghos Olimpik kali ini, ia bukanlah satu syarat penyertaan.

“Kami akan mempersiapkan Olimpik yang selamat dan selamat tanpa menjadikan vaksinasi sebagai prasyarat,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, tindakan ini mendatangkan kritikan yang mempersoalkan tujuan vaksin ini dilaksanakan.

“Tidak wajar untuk mendorong vaksinasi untuk mengadakan Olimpik. Vaksin harus digunakan untuk melindungi kesihatan rakyat, bukan untuk mencapai Olimpik,” jelas kerisauan seorang profesor di Kitasato Institute of Life Sciences, Tetsuo Nakayama.

Kaji selidik Kyodo News melaporkan 38 dari 47 ibu wilayah melahirkan kebimbangan sama ada mereka mempunyai doktor dan jururawat yang mencukupi untuk proses vaksinasi, sekaligus mungkin melambatkan rawatan.

Manakala bandar seperti Morioka, Toyama, Kofu, Kochi dan Miyazaki menjelaskan mereka mungkin lewat dalam memulakan proses vaksinasi tersebut.

 

sumber: insidethegame.biz

Show More

Related Articles

Back to top button