Hiburan

Siapakah Sosok Yang Duduk Di Kerusi Sehingga Viral Ini?

Media sosial dibanjiri banyak gambar seorang lelaki tua duduk dengan tangan serta kaki bersilang berlatar belakangkan pelbagai perkara. Siapa beliau yang viral ini? Beliau ialah Senator Bernie Sanders, seorang perwakilan bebas yang juga pernah menjadi calon Presiden Amerika Syarikat mewakili parti Demokrat.

Gambar itu diambil semasa hari angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Joe Biden.

 

Dari Mana Datangnya Foto Viral Bernie Sanders Tersebut?

Ia diambil oleh seorang wartawan foto yang tidak sangka foto itu boleh viral kerana menurutnya foto itu tidaklah begitu hebat.

“Foto tersebut tidaklah begitu hebat. Ia bukan sebuah komposisi yang paling baik di dunia,” ujar Brendan Smialowski, yang berpangkalan di Washington dan sering melakukan liputan politik untuk agensi France-Presse kepada CNBC.

Sumber Imej: CNBC/ Brendan Smialowski/ AFP

Foto perwakilan bebas Vermont, Sen. Bernie Sanders ini dilihat mengenakan mittens (sarung tangan musim sejuk) bersaiz besar dengan baju sejuk berwarna coklat duduk mengikuti penjarakan sosial dengan tangan serta kaki bersilang sehingga kini telah dijadikan ribuan meme di mesia sosial.

Menurut Brendan, dia sedang memerhatikan tetamu yang hadir di majlis angkat sumpah Joe Biden terutamanya dari parti Republikan, Sens. Ted Cruz dan Josh Hawley yang telah dikritik kerana cuba membangkang keputusan Presiden AS yang telah dipilih.

Tetapi Brendan terlihat Sen. Sanders di hujung anak matanya yang sedang membetulkan sarung tangannya. Ia merupakan momen yang baik apabila beliau dilihat menyilangkan tangan dan kakinya. Saya langsung mengambil foto ketika itu,” cerita Brendan.

Foto itu menjadi sensasi dengan cepat apabila ia dipandankan dengan tulisan kapsyen lawak.

 

Mulanya Foto Bernie Sanders Menjadi Viral

Salah satunya yang menyebabkan foto tersebut viral ialah apabila seorang pelajar PhD di Penn State kongsikan foto Bernie di Twitter sehingga mendapat 1.1juta ‘likes’ dan 139.9K ‘retweet’.

Menurut Ashley Smalls, foto Bernie mengingatkan kepada dirinya yang duduk di belakang bilik mesyuarat menanti ia habis.

“Kebanyakan komen balas mengatakan ‘ini adalah saya’ atau ‘mood‘ dan saya sangat gembira ramai yang boleh mengaitkan dengan diri mereka,” kata Ashley kepada CNBC.

 

Jurugambar Tidak Sedar Fotonya Viral

Brendan memang tidak sedar fotonya menjadi viral sehingga beliau mendapatkan beberapa e-mel daripada bossnya mengatakan orang ramai sedang berseronok dengan imej tersebut.

Lalu emel serta media sosial miliknya dibanjiri notifikasi dan setelah itu beliau tahu memang benar foto miliknya menjadi viral.

“Saya tidak rasa wartawan foto gemar hasil karya mereka dijadikan meme tetapi ia menyenangkan melihat orang ramai menjadi kreatif terhadap sesuatu.”

Wartawan foto itu berkata dia sangat terhibur dengan pelbagai versi meme Bernie Sanders itu diletakkan di atas lukisan, terutamanya mereka yang melakukan usaha tambahan menggunakan Photoshop bagi menghasilkan senator tersebut menjadi sebuah karya seni.

Apa Kata Bernie Sanders Tentang Fotonya Menjadi Viral

Dalam sebuah wawancara di acara temubual lewat malam, “Late Night with Seth Meyers“, Bernie berkata beliau tidak tahu fotonya menjadi sensasi di internet.

“Saya hanya duduk di situ mencuba untuk kekal panas, cuba untuk menumpukan perhatian apa yang sedang berlaku,” katanya kepada Meyers.

Bernie Sanders juga memberitahu bahawa Jen Ellis, seorang guru sekolah di Vermont telah menghasilkan mittens yang dipakainya.

Menurut Ellis, mittens tersebut telah direkasemula daripada sebuah ‘sweater‘ dengan lapisan kain ‘fleece‘ yang diperbuat dariapada botol plastik kitar semula.

Kempen senator juga telah menghasilkan ‘sweatshirt‘ dan tshirt dengan meme diatasnya di mana jualan produk-produk tersebut, 100% akan disalurkan ke sebuah usaha “Meals on Wheels Vermont” yang memberi makanan percuma kepada warga emas berpendapatan rendah.

Dilaporkan t-shirt dengan meme tersebut telah pun habis dijual.

 

Bagaimana Foto Ini Boleh Viral?

Brandan berkata Senator Sanders memiliki sebuah jenama dan imej yang sangat baik. Beliau adalah dirinya sendiri dan beliau sangat selesa dengan keadaan itu. Malah ia sebenarnya ciri khasnya dalam politik.

“Ia adalah sebahagian hidup yang baik. Bernie hanya menjadi Bernie,” ujar Brandan.

Sumber Imej Terencara: GLITCHED

Show More

Related Articles

Back to top button