AntarabangsaIsu Semasa

Siapa Gadis Muda Yang Membaca Puisi Di Majlis Angkat Sumpah Joe Biden?

Ramai rakyat Amerika tersentuh dengan puisi yang dilontarkan oleh gadis muda bernama Amanda Gorman sewaktu majlis angkat sumpah Joe Biden.

Amanda Gorman, 22 tahun telah menjadi penyair termuda yang pernah tampil di majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat, menyeru “kesatuan dan kebersamaan” dalam puisi yang ditulisnya sendiri.

 

Ramai Memuji Puisi Amanda Gorman Di Majlis Angkat Sumpah Joe Biden

Puisi betajuk “The Hill We Climb” (bukit yang kita daki) yang diutarakan selama lima minit telah mendapat pujian ramai dari orang-orang terkenal.

Oprah Winfrey mengatakan bangga melihat kebangkitan gadis muda sepertinya. Bekas Wanita Pertama, Michelle Obama juga memuji Gorman kerana kata-kata berisi dan tepat yang digunakan bagi mengingatkan semua tentang kuasa demokrasi yang ada pada setiap individu.

Malah bekas calon Presiden, Hillary Clinton juga memuji Gorman dan tidak sabar menanti hari Gorman mahu mencalonkan diri menjadi Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2036 nanti.

 

Perasaan Amanda Gorman Ketika Diberi Peluang Membaca Puisi Ketika Majlis Angkat Sumpah Joe Biden

Gorman sangat teruja apabila mendapat tahu dia telah dipilih untuk membaca puisi di hadapan Presiden Biden ketika majlis angkat sumpah.

Gorman mengaku menjerit dan menari-nari dengan perasaan teruja, seronok, bangga dan rendah diri tetapi juga mengaku perasaan takut itu juga ada dalam dirinya.

Amanda Gorman membuka bacaan puisi dengan persoalan ramai bila hari cerah bakal tiba setelah lama dalam kawasan teduh.

Beliau meneruskan puisi tersebut dengan merujuk kepada serangan Capitol yang telah berlaku awal bulan ini.

“Kami telah melihat kekuatan yang akan menghancurkan negara kita daripada membaginya, akan memusnahkan negara kita jika ini bermaksud melambatkan demokrasi.

“Dan usaha ini hampir berjaya. Tetapi sementara demokrasi dapat ditangguhkan secara berkala, ia tidak dapat dikalahkan secara kekal.”

 

Daripada Seorang Gadis Berketurunan Hamba Hingga Diberi Peluang Membaca Puisi Di Hadapan Presiden

Dalam puisinya, Gorman telah menggambarkan dirinya sebagai seorang “gadis kurus berkulit hitam berketurunan hamba dan dibesarkan oleh ibu tunggal yang boleh bermimpi untuk menjadi seorang presiden, dan mendapati dirinya sedang membaca puisi untuk seorang presiden.”

Amanda Gorman menyampaikan karya itu dengan rahmat, kata-kata yang terkandung di dalamnya bergema di seluruh dunia.

Gorman lahir di Los Angeles pada tahun 1998 merupakan seorang penulis yang menjadi Pemenang Penyair Pemuda Nasional pertama negara pada tahun 2017, mengikuti jejak nama-nama terkenal seperti Robert Frost dan Maya Angelou.

 

Amerika Syarikat Membuka Lembaran Baharu Dengan Perlantikan Joe Biden

“Saya memang mahu menggunakan kata-kata saya untuk menyampaikan titik penyatuan, kolaborasi dan kebersamaan,” kata Gorman kepada BBC.

“Saya rasa ini merupakan bab baharu untuk Amerika Syarikat tentang masa depan dan melakukannya dengan perkataan-perkataan yang anggun dan indah,” ujarnya yang menjadi pemenang penyair pemuda LA di usia 16 tahun.

Tiga tahun setelah itu beliau menyambung pengajian dalam sosiologi di Harvard dan menajdi Pemenang Penyair Belia Negara.

Gorman telah menerbitkan buku pertamanya pada tahun 2015 bertajuk ‘The One for Whom Food Is Not Enough’ (Untuk mereka yang tidak cukup makan) dan bakal menerbitkan sebuah buku bergambar, ‘Change Sings’ (Nyanyian perubahan) pada tahun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button