AntarabangsaIsu Semasa

Bagaimana Enam Beradik & Singa Mereka Merampas Bandar Di Libya

Mereka diberi gelaran keluarga dari neraka. Untuk bertahun lamanya adik-beradik Kani merampas sebuah bandar kecil di Libya dengan membunuh penduduk di situ termasuk kanak-kanak untuk terus berkuasa.

Kini segala jenayah yang dilakukan oleh adik-beradik Kani ini terungkap dan dilaporkan di BBC.

 

Ratusan Penduduk Dibunuh Untuk Kekal Berkuasa

Sejak tujuh bulan kebelakangan ini pekerja menggunakan pakaian perlindungan kimia ke bandar Tarhuna, satu jam perjalanan daripada ibu kota Libya, Tripoli.

Mereka di sana untuk menguburkan semula 120 mayat yang didapati dibunuh oleh adik-beradik Kani dan terdapat kawasan banyak lagi kawasan yang belum disentuh oleh mereka.

Di antara mayat itu, ada yang merupakan pejuang muda yang telah berperang di Tarhuna pada tahun lalu di kala Libya berdepan perang saudara untuk tahun ke-9.

Akan tetapi kebanyakan daripada mereka merupakan rakyat biasa termasuk wanita dan kanak-kanak yang paling muda berusia lima tahun serta ada yang memiliki kesan penderaan.

Ia merupakan bukti keganasan yang terpaksa dihadapi mereka hampir lapan tahun oleh penduduk Tarhuna akibat dirampas oleh adik-beradik Kani melalui pasukan ketenteraan yang mereka tubuhkan sendiri.

 

Siapakah Adik-Beradik Kani?

Mereka terdiri daripada tujuh lelaki bernama Abdul-Khaliq, Mohammed, Muammar, Abdul-Rahim, Mohsen, Ali dan Abdul-Adhim.

Tiga daripada mereka sudah pun mati tetapi empat yang masih hidup melarikan diri secara paksa pada Jun 2020 oleh Kerajaan Perjanjian Nasional (GNA) Libya yang diiktiraf oleh PBB.

Adik-beradik ini dilaporkan dari keluarga miskin tetapi telah mengambil peluang setelah terjadinya kekacuan di Libya akibat revolusi 2011 menentang diktator, Kolonel Muammar Gaddafi.

Mereka digambarkan seperti dubuk (hyena) yang sangat kasar, tidak beradab, suka bergaduh dan memukul.

 

Mengapa Adib-Beradik Kani Menyerang Bandar Kecil Tarhuna?

Ketika revolusi 2011 tercetus, kebanyakan orang di Tarhuna kekal setia kepada Gaddafi kerana Gadaffi menggemari bandar kecil ini dan memberi pekerjaan yang baik dalam pasukan keselamatannya.

Adik-beradik Kani pula adalah antara yang memperjuangkan revolusi tetapi bukan secara idealisme. Mereka memiliki dendam mendalam selama 30 tahun terhadap saudara mereka sendiri yang merupakan penyokong Gaddafi.

Ketika jatuhnya Gaddafi, adik-beradik ini mengambil peluang dan membunuh keluarga saudara mereka itu satu persatu. Tetapi akibat daripada ini juga salah satu adik-beradik mereka, Ali telah terbunuh.

“Ali merupakan adik ke-6 dalam keluarga Kani yang tampan. Ketika dia meninggal, mereka mengubahnya menjadi legenda,” kata Jalel Harchaoui, seorang ahli Libya di Clingendael Institute di Belanda, yang telah mengkaji sejarah keluarga tersebut.

Oleh sebab kematian Ali, adik-beradiknya telah mencari orang yang bertanggungjawab dan membunuhnya. Malah mereka membunuh keseluruhan keluarga orang itu.

 

Memiliki Pasukan Tentera Mereka Sendiri & Menguasai Polis

Adik-beradik ini akhirnya mengambil alih dan membina semula angkatan tentera di bandar Tarhuna hingga membina militia (pasukan tentera) mereka sendiri yang terdiri daripada ribuan orang.

Seperti militia yang lain di Libya, mereka memiliki akses terhadap wang negeri yang membolehkan adik-beradik ini mendapatkan kekuasaan penuh terhadap Tarhuna.

“Polisi mereka adalah untuk melakukan keganasan ke atas orang lain tanpa alasan untuk menimbulkan ketakutan. Mereka membunuh dengan alasan itu sahaja. Sesiapa sahaja di Tarhuna yang menentang mereka akan mati,” kata Hamza Dila’ab, seorang peguam terlatih dan aktivis masyarakat.

Pada 2017, adik-beradik ini telah melahirkan negeri kecil mereka di Tarhuna yang juga menguasai polis. Mereka mengadakan perarakan untuk memperlihatkan senjata berat mereka dengan polis berpangkat tinggi serta singa.

 

Menjalankan Perniagaan & Menguasai Ekonomi Bandar Tarhuna

Mereka menjalankan perniagaan, memeras cukai ke atas kilang simen dan perniagaan tempatan yang lain serta mendirikan sebuah pusat membeli-belah dan beberapa syarikat peruncitan lain termasuk sebuah dobi.

Mereka juga mengambil keuntungan daripada pengedar dadah dan pendatang yang laluannya melintasi wilayah mereka dalam perjalanan dari Sahara ke pantai Mediterranean.

Pada masa yang sama mereka bangga dengan “kejayaan” memerangi pemerdagangan manusia dan mewujudkan sebuah pulau yang teratur di Libya setelah dilanda perang.

 

Ketua Tarhuna Dilihat Sebagai Orang Yang Baik

Mohameed alKani, ketua bandar Tarhuna (kiri), Mohsen (tengah) Abdul-Rahim (kanan) Sumber Imej: BBC

Ketua di Tarhuna merupakan abang kedua daripada adik-beradik Kani iaitu Mohammed al-Kani. Beliau merupakan satu-satunya ahli keluarga yang memiliki pendidikan dan pekerjaan tetap sebelum revolusi tercetus.

Mohammed al-Kani dilihat sebagai seorang yang tenang dan berjimat pernah bekerja sebagai pemandu untuk sebuah syarikat minyak.

Menurut penganalisis, selalunya dalam keluarga gangster, mereka yang dikedudukan tertinggi selalunya tidak kelihatan jahat ataupun berkarisma.

Selalunya mereka merupakan orang yang memahami keadaan yang rumit agar sistem piramid mereka berjalan.

 

Mengapa Kejahatan Adik-Beradik Kani Tidak Ditangkap?

Dibawah Mohammed al-Kani ialah Abdul-Rahim yang ditugaskan untuk mengawal hal-ehwal dalam negeri yang berurusan dengan mana-mana pengkhianat yang disyaki, sementara Mohsen yang berwajah garang adalah “menteri pertahanan”, yang bertanggungjawab terhadap tentera Kanis.

“Abdul-Rahim adalah pembunuh nombor satu; selepas dia: Mohsen,” ingat Hamza Dila’ab yang melarikan diri dari Tarhuna dan pernah melaporkan kepada pemerintah di Tripoli berkali-kali tentang pembunuhan yang berlaku di sana, “tetapi sayangnya kerajaan itu hanya mengabaikan semua kejahatan Kanis, kerana tentera Kanis berguna bagi mereka”.

 

Kejatuhan Adik-Beradik Kani

Kemudian, pada tahun 2019, adik-beradik Kani dengan tegas mengubah sisi dalam perang saudara. Mereka meninggalkan pakatan mereka dengan GNA, yang menguasai Libya barat, dan mengundang musuh terbesar GNA, Jeneral Khalifa Haftar, penguasa bahagian timur negara itu, untuk menggunakan kota mereka sebagai pusat pelancarnya bagi menyerang ibu kota.

Tarhuna secara mendadak menjadi kokpit perjuangan antarabangsa.

Haftar disokong oleh pakatan aneh Perancis, Mesir, Emiriah Arab Bersatu – dan Rusia, yang menghantar tentera upahan untuk berkhemah di bandar Tarhuna.

Manakala Turki mencurahkan senjata untuk menyokong pemerintah Tripoli.

Besar kemungkinan dron Turki yang telah membunuh Mohsen al-Kani dan adik bongsunya, Abdul-Adhim, berusia 22 tahun, pada bulan September 2019.

Kematian mereka, dan kegagalan mengambil Tripoli mencetuskan tempoh paling berdarah yang diketahui oleh Tarhuna.

Akibat kegagalan ini, adik-beradik ini paranoid dan membunuh lebih ramai orang kerana takut ditikam dari belakang.

 

Adik-Beradik Kani Melarikan Diri Bersama Pasukan Haftar

Pejuang pro-kerajaan mula menangkap Tarhuna di awal Jun 2020 dan empat adik-beradik Kani yang masih hidup bersama anggota tentera mereka melarikan diri bersama pasukan Haftar ke Timur Libya.

Setelah pemergian mereka, penduduk Tarhuna yang mana suami, anak ataupun abang mereka ditangkap berharap dapat bertemu semula dengan mereka tetapi mereka telah menemukan penjara bersaiz 70cm x 70 cm yang hanya muat untuk duduk tetapi tidak berpenghuni dan penuh darah.

Kamal Abubakr, ketua Lembaga Pemerintahan GNA untuk Mencari dan Mengenal Orang Hilang, mengatakan lebih daripada 350 orang dari Tarhuna didaftarkan sebagai hilang – walaupun sebilangan penduduk tempatan mengatakan jumlah sebenarnya hampir 1000.

Show More

Related Articles

Back to top button