Isu SemasaTeknologiTempatan

Pakej Data Internet Khusus Pelajar SPM/SPTM Untuk Kemudahan Buat Pelajar

Baru-baru ini syarikat telekomunikasi, termasuk Celcom, Digi, U-Mobile, Maxis dan Telekom Malaysia mengumumkan penawaran pakej internet pelajar masing-masing dibawah Pakej Data Khas SPM/STPM 2021.

Ia merupakan kerjasama syarikat telekomunikasi dan kerajaan bagi menyediakan kemudahan Internet lebih baik kepada calon-calon yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh Malaysia.

Pakej Khas Internet Untuk Pelajar Yang Lahir 2001-2004

Terma dan syarat untuk langganan, ia terbuka kepada pelajar SPM dan STPM yang lahir di antara tahun 2001 sehingga 2004 (berdasarkan kad pengenalan).

Melalui pakej khas internet untuk pelajar ini, data sebanyak 15GB pada harga RM20 ditawarkan untuk penggunaan selama 30 hari lamanya oleh syarikat-syarikat ini.

Turut difahamkan, mana-mana pelajar yang mempunyai kuota data tersedia dalam pelan prabayar. Kemudiannya, melanggan pakej ini. Mereka akan menerima 15GB kuota data tambahan.

Syarikat-syarikat ini telah mula menyawarkan pakej ini sejak 6 Januari lalu dan dilaporkan sah guna pakai sehingga 30 April 2021.

Kepada setiap pengguna talian masing-masing, disini adalah cara-cara untuk melanggannya.

 

CELCOM

Penggunaan perlu menggunakan aplikasi Celcom Life dan teruskan dengan langkah berikut.

Untuk pelanggan baru :

  • Langkah 1 – Pembelian pek permulaan boleh dibeli menerusi kedai atas talian Celcom, kedai Bluecube atau mana-mana pengedar sah Celcom.
  • Langkah 2 – Aktifkan pek permulaan tersebut untuk membolehkan langganan dibuat.
  • Langkah 3 – Tunggu pemberitahuan berkaitan pakej ini daripada pihak Celcom. Pemberitahuan ini akan diterima menerusi SMS dalam tempoh empat hari bekerja selepas pengaktifan berjaya.

Untuk pelanggan sedia ada :

  • Langkah 1 – Penawaran mengenai pakej akan dimaklumkan secara terus menerusi SMS.
  • Langkah 2 – Log masuk ke aplikasi Celcom Life
  • Langkah 3 – Langgan data Internet ini menerusi pautan ‘Deals’
  • Langkah 4 – Proses langganan yang berjaya akan menerima pemberitahuan daripada pihak Celcom menerusi SMS.

[Pautan sokongan]

DIGI

Pakej ini terbuka kepada semua pelanggan prabayar Digi – KECUALI pengguna daripada pelan ABADI, Digi Monthly Plan 28 dan juga Digi monthly Plan 50.

Menerusi Aplikasi MyDigi :

  • Langkah 1 – Cari tawaran ini menerusi tab ‘Internet’ yang terdapat pada halaman ‘Add On’ di aplikasi MyDigi. Kemudian, klik padanya untuk meneruskan proses langganan.
  • Langkah 2 – Klik butang ‘Confirm’ untuk lengkapkan proses langganan.
  • Langkah 3 – Jika langganan anda berjaya, anda akan dapat melihat ringkasan mengenai pakej pembelian pada halaman aplikasi. Secara tidak langsung, melaluinya juga anda boleh memantau setiap penggunaan data.

Menerusi Kod UMB (Bukan pengguna aplikasi MyDigi) :

A) Untuk pengguna pelan Digi prabayar NEXT :

  • Cara 1 – Dail kod *128#, kemudian pilih ‘Truly High Speed Internet Plans’.
  • Cara 2 – Dail kod *128*2#, kemudian pilih ‘Monthly Internet’.
  • Cara 3 – Dail kod *128*2*1#, kemudian pilih ‘Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 RM20 for 15GB’.

B) Untuk pengguna pelan Digi lain (hanya pelanggan sedia ada) :

  • Cara 1 – Dail kod *128#, kemudian pilih ‘Internet’.
  • Cara 2 – Dail kod *128*3#, kemudian pilih ‘Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 (One Time)’.
  • Cara 3 – Dail kod *128*3*5#, kemudian pilih ‘Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 RM20 for 15GB’.

[Pautan sokongan]

U-MOBILE

1) Menerusi aplikasi MyUMobile

  • Langkah 1 – Muat turun aplikasi MyUmobile menerusi Google Play, App Store atau AppGallery.
  • Langkah 2 – Buat pendaftaran akaun terlebih dahulu, kemudian pilih ‘Adds-On’.
  • Langkah 3 – Pilih ‘Pakej Data SPM/STPM’ & sahkan pembelian anda.

2) Menerusi kod UMB

  • Langkah 1 – Dail kod 118*3*12#.
  • Langkah 2 – Sahkan pembelian anda.

[Pautan sokongan]

MAXIS HOTLINK

Untuk pelanggan Hotlink pula, langganan boleh dibuat aplikasi Hotlink. Ia boleh dijumpai pada laman utama aplikasi.

Menurut pihak Maxis, mana-mana data langganan jam/harian/mingguan yang telah dilanggan bersama-sama pakej khusus ini.

[Pautan sokongan]

 

TELEKOM MALAYSIA

Walau bagaimanapun, Telekom Malaysia (TM) akan mula mengumumkan menawarkan pakej khas SPM/STPM hanya pada 11 Januari ini.

[Pautan sokongan]

 

sumber: amanz, celcom, digi, u-mobile, maxis, telekom malaysia

Show More

Related Articles

Back to top button