Hiburan

Pertandingan Ratu Cantik ‘Miss Germany’ Tidak Lagi Dipilih Melalui ‘Bikini’ Seksi

Wanita mengenakan pakaian renang bikini tidak lagi akan dipertandingkan dalam pemilihan ratu cantik Miss Germany.

Menurut penganjur pertandingan ratu cantik tersebut, Max Klemmer, kini Miss Germany bukanlah pertandingan ratu cantik semata-mata.

“Kami mahu menjadi seorang duta yang boleh menjadi seorang idola dan sosok yang menjadi identiti untuk kebanyakan wanita lain,” kata jejaka berusia 25 tahun yang kini mengetuai MGC (Miss Germany Corporation) bersama-sama ayahnya.

Kini pertandingan berdasarkan personaliti merupakan fokus utama MGC.

Klemmer berkata beliau mahu memberi pentas untuk wanita gigih.

 

Tiada Lagi Juru Lelaki Untuk Pertandingan Miss Germany

“Kami mencari kepelbagaian dan nilai-nilai dalaman,” kata Klemmer sambil menambah bahawa pertandingan ratu cantik bukanlah zamannya lagi.

Buat pertama kalinya pada tahun 2020, pemenang Miss Germany adalah seorang ibu berusia 35 tahun dan pertandingan itu dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada wanita sepenuhnya.

Pemenangnya ialah Leonie Charlotte von Hase yang merupakan seorang usahawan di atas talian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leonie von Hase (@leonievonhase)

 

“Saya bukan seorang ratu cantik,” kata von Hase yang telah lahir dan dibesarkan di Namibia.

 

Pentas Untuk Berkongsi Wanita Tidak Perlu Menjadi Sosok Yang Sempurna

Konsep baharu pertandingan ini telah menerima pelbagai reaksi positif dengan lebih 15,000 wanita telah mendaftarkan diri untuk pusingan seterusnya. Ia merupakan jumlah yang paling banyak mereka pernah terima.

32 telah terpilih dan memperkenalkan diri mereka di laman web Miss Germany.

Ramai daripada mereka telah meluahkan pengalaman mereka secara peribadi seperti pengalaman melalui kanser payudara, diperkosa, tekanan, dibuli malah memiliki dubur buatan dan tidak rasa segan untuk berkongsi tentang krisis kehidupan mereka untuk memberi kekuatan serta semangat kepada orang lain.

“Ini merupakan perkembangan yang menarik,” kata Simone Thomas yang merupakan jurucakap wanita tentang kesama rataan jantina di Jerman.

“Imej wanita ialah berwarna-warni dan pelbagai,” kata Thomas.

 

Menerima Reaksi Positif Tetapi Masih Ada Yang Ragu

Jika wanita berkongsi tentang pengalaman mereka, ia dapat membantu wanita lain.

“Jika wanita ini dijadikan duta, saya menyokongnya,” katanya.

Namun Thomas tidak pasti tentang aspek pertandingan kerana ia sudah tidak tentang memiliki bentuk badan yang hebat tetapi personaliti yang hebat.

Pakar budaya Sylvia Pritsch dari Pusat Disiplin Dalaman Wanita dan Pembelajaran Jantina di University of Oldenburg, Jerman juga memiliki perasaan bercampur baur tentang perkara ini.

Pritsch risau aspek wanita dipergunakan untuk pengiklanan.

“Setiap perkara memiliki nilai tertentu dan ia terjadi dalam konteks tertentu. Ia kurang tentang wanita dan lebih kepada tanggungjawab aspek pemasaran,” kata Pritsch.

 

Bekas Ratu Cantik Menyokong Perkembangan Terbaharu Pertandingan Miss Germany

Namun kebanyakan ratu cantik yang pernah memenangi pertandingan Miss Germany telah memberi respon positif terhadap perubahan konsep ini.

“Pertandingan ini beralih mengikut masa. Saya rasa perkembangan ini adalah hebat,” kata Miss Germany 2017, Soraya Kohlmann.

 

Adakah Nama Miss Germany Terus Dikekalkan Setelah Ini?

Permintaan untuk pertandingan kecantikan tradisional telah menurun di Jerman.

Mereka masih perlu melihat sama ada gelaran Miss Germany akan terus kekal sesuai.

Akan tetapi pihak penganjur tidak mahu mengubahnya, tetapi mereka mahu mengubah semula kandungan jenama itu, kata Klemmer.

Penganjur yakin mereka bersedia untuk masa depan. “Kami yakin kami telah menghasilkan konsep yang tahan krisis,” kata Klemmer.

 

Kemajuan & Peningkatan Keuntungan Untuk Syarikat Penganjur

Dengan khalayak sasaran yang lebih besar, ada juga kemungkinan baru untuk rakan kongsi di luar industri fesyen dan kecantikan, seperti kewangan, sains, budaya dan kelestarian untuk turut serta.

Syarikat ini bertujuan untuk meningkatkan keuntungannya dengan ketara, yang kini bernilai sekitar 1 juta euro (RM4.9juta) setiap tahun.

Klemmer berhasrat menggandakannya tahun depan.

“Kami percaya ini mungkin dilakukan dengan jalan baru kami,” katanya.

Dia tidak pasti sama ada pertandingan lain akan mengikutinya tetapi berharap akan turut mengikuti perubahannya seiring masa.

Show More

Related Articles

Back to top button